Sunday, May 8, 2011

PAS Wajib Cerai Dengan DAP


Apa lagi yang PAS tunggu? Hendak tunggu DAP menjadi Perdana Menteri di Malaysia ini baru PAS hendak menyesal? Sudah terang lagi bersuluh, agenda DAP adalah untuk "mengkristiankan" Malaysia ini.

Pemimpin PAS kini dikuasai oleh pemimpin PAS yang sudah kaya raya hasil anugerah balak kepada kroni DAP dari Pulau Pinang dan Singapura. Mereka ini yang tidak mahu bercerai dengan DAP demi poket sendiri. Pok Jak Selak Kain dan Arif Fahmi adalah talibarut DAP yang tidak mahu PAS berpisah dari DAP. Orang-orang PAS terus miskin, sedangkan kroni-kroni DAP dalam PAS terus untung dari hasil anugerah balak.

PAS sudah memutuskan dalam muktamar PAS pada tahun lepas bahawa mereka hanya akan bertanding 63 kerusi sahaja. 3 kerusi diberikan kepada bukan Islam. Bagaimana hendak memerintah Malaysia ini jika PAS bertanding hanya 63 kerusi? Tidak cukup majoriti mudah untuk perintah kerana majoriti mudah memerlukan 112 kerusi.

Selebihnya PAS beri ruang kepada DAP untuk mengepalai pakatan pembangkang. Sudah tentu DAP yang akan jadi Perdana Menteri dan menjawat posisi utama menteri-menteri. Tidak mustahil misi orientalis boleh berjaya di negara ini jika DAP perintah. PAS yang mewakili kerusi orang Melayu dalam pakatan yang berjumlah 56% etnik Melayu di negara ini memberi laluan yang lebih besar kepada DAP yang mewakili 25% etnik Cina, ini sesuatu yang tidak adil dalam pembangkang. Tidak wujud perkongsian dan pengagihan yang adil dari segi kerusi berdasarkan peratusan etnik di negara ini.

Umat Islam dalam pembangkang dari PAS dan PKR seolah-oleh merelakan DAP menjadi ketua mereka. Sudah pasti DAP akan menjayakan misi mereka tersendiri. Majoriti ahli parlimen DAP adalah beragama Kristian, tidak mustahil DAP memang benar-benar menjadikan negara ini sebuah negara Kristian bila mereka menjadi Perdana Menteri. Demi agama, wajib bagi PAS ceraikan DAP. Selamatkan Islam dari dijajah DAP.

3 comments:

Anonymous said...

blah la lu............

EpPieY said...

kan Nik Aziz ade cakap kat Sinar Harian edisi Kelantan.."Dia tak pecaye"

dah jadi baru nak pecaye kot. haish

EpPieY said...

kan Nik Aziz ade cakap kat Sinar Harian edisi Kelantan.."Dia tak pecaye"

dah jadi baru nak pecaye kot. haish