Manchester United vs Barcelona. Dato' Seri Najib adalah penyokong pasukan Manchester United akan menonton perlawanan secara live bersama belia di Himpunan Sejuta Belia, Putrajaya. Manchester United tentunya hendak menebus kekalahan 0-2 pada Barcelona dalam final 2009. Tidak mudah bagi Manchester kerana Barcelona dibarisi oleh bintang-bintang Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia 2010 dan bintang ajaib dari Argentina. Messi merupakan sesatunya pemain bolasepak yang tersenarai dalam 100 orang paling berpengaruh di dunia pada 2011 mengikut majalah TIME.
Barcelona akan menang malam ini jika mengekalkan konsistensi dan kawalan permainan. Manchester United terlalu bergantung kepada Wayne Rooney dan Chicharito untuk menjaringkan gol. Berbanding Barcelona, barisan tengahnya kelihatan lebih berbisa untuk menjaringkan gol. Kelebihan memihak Barcelona. Alex Ferguson boleh mengharapkan barisan pertahanan yang mantap untuk menghadirkan satu lagi kejuaraan sebelum persaraannya nanti. Kesilapan barisan pertahanan akan membuka peluang untuk Barca menghukumnya.
Sesiapa yang menang akan terpahatlah memorinya dalam History Channel. Dalam menyokong pasukan bolasepak, ahli-ahli UMNO yang menyokong Barcelona tidak akan bersama dengan Presiden UMNO malam ini. Begitu juga sebaliknya, akan ada juga orang-orang PAS, dan PKR akan turut sama bersorak bersama Perdana Menteri malam ini jika Manchester United jaringkan gol. Inilah demokrasi dalam bolasepak, menyatukan rakyat yang pelbagai fahaman politik kerana pasukan kesayangan mereka.

1 comments:
barca bro!!
Post a Comment