Kroni Anwar adalah individu ke-3 terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Lee Shin Cheng, ketua Kumpulan IOI, salah satu peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia. Aset beliau bernilai AS$3.2 bilion. IOI pernah juga diterajui oleh bapa kepada Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim.Bapa Anwar, Datuk Ibrahim Abdul Rahman merupakan bekas ahli parlimen dan bekas Setiusaha Parlimen Kementerian Kesihatan. Selepas beliau bersara, Dato Ibrahim telah menjadi pengerusi IOI Group dimana Tan Sri Lee Shin Cheng merupakan pemilik dan pemegang saham utama.
Berita Harian, 8 Desimber 1998 melaporkan bapa Anwar miliki saham dalam 20 syarikat. Anwar Ibrahim mengamalkan kronisme, nepotisme dan kolusi. Anwar membisu bila didedahkan terhadap kepentingan perniagaan keluarga dan rakan rapatnya. Senarai Pendaftar Syarikat menunjukkan anggota keluarga Anwar dan rakan rapatnya adalah peneraju korporat yang penting.
Sebelum Anwar menjadi Menteri, sewaktu menjadi mudir Yayasan Anda, nama ayahnya sebagai tokoh korporat tidak timbul. Bila Anwar menjadi menteri, terutama sekali sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik. IOI mempunyai hartatanah yang banyak di berbagai-bagai negeri. Malah di Sabah saja dikatakan hartatanah IOI melebihi 50,000 hektar.
Utusan Malaysia melaporkan pada 19 Jun 1998 ;
Dalam senarai saham, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai turut mendapat peruntukan saham bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan. Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizan dan Marzukhi memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.
Pada 2 Mei 1998, bapa Anwar, Dato’ Ibrahim Abdul Rahman, memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan 3,790,500 saham Nissan Industrial Oxygen Incorporated manakala adik-beradik Anwar, Farizon memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan Marzukhi memiliki 2,800,000 saham Penas Corporation.
Bapa Anwar juga menjadi Pengerusi bagi Syarikat IOI Corporation.
Berikut adalah petikan jadual dari majalah Asiaweek yang menunjukkan penerimaan saham yang diperuntukkan kerajaan yang diterima Ibrahim Abd Rahman.
| 109. Dato’ Hj Ibrahim B Abdul Rahman | Nissan Industrial Oxygen Incorporated Bhd | 3,790,500.00 | 10/6/97 |
| Lam Soon Huat Development Bhd | 400,000.00 | 4/3/85 | |
| Industrial Oxygen Incorporated Bhd | 2,000,000.00 | 24/04/1993 |
- sumber mykmu.net
Dilaporkan semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, saham IOI group telah meningkat secara mendadak.
Begitu seronok Anwar menuduh orang itu rasuah dan sebagainya. Sedangkan bekas rakan kongsi bapa Anwar merupakan individu ke-3 terkaya di Malaysia ketika ini. Bagaimana boleh kaya? Itu anda kena tepuk dada, tanya Anwar bagaimana Tan Sri Lee Shin Cheng boleh kaya sehingga hari ini.





2 comments:
IOI Marriot antara hotel terawal di bina semasa Putrajaya sedang diteroka. Walhal siapa nak dok kat hutan sawit dan getah ni..buka pada lewat 90an.. kebetulan agaknya masa tu Menteri Kewangan siapa ntah..
mari undi di sini
mari-mengundi.blogspot.com
Post a Comment