Thursday, May 5, 2011

Elak Jadi Kuda Tungangan Anwar Ibrahim

Esok, 6 Mei 2011 ada Hari Kemarahan Rakyat dirancang dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan, AMK di Masjid Negara (baca sini). Hendak marah apa sebenarnya? Marah sebab video Anwar didedahkan? Shamsul Iskandar hendak ulangai semula kekecohan dalam masjid? Peliknya, GAMIS yang sepatutnya menjadi badan untuk amal makhruf, nahi mungkar seolah digunakan oleh AMK untuk tujuan politik peribadi Anwar Ibrahim.

Anwar bukan lagi ketua pembangkang, yang menjadi ketua adalah DAP. Bila sudah dapat kuasa, DAP akan tinggalkan PAS dan pengundi pengundi Melayu lain yang undi mereka. Mereka hanya hendak kuasa sahaja. Sebelum nasi menjadi bubur, belum terlambat untuk Melayu bersatu.

Benarlah kata Dr Juanda, mereka yang tidak bersetuju dengan penggabungan UMNO dan PAS ini adalah pengkhianat pada Islam. Mereka ini tidak ubah seperti golongan khawarij yang mengkucar kacirkan pemerintahan khalifah dahulu. Mengapa tidak AMK dan GAMIS berfikiran secara rasional dan menerima fakta sebenar bahawa Anwar masih lagi belum bersumpah dan takut untuk ujian poligraf. Lagipun Anwar masih lagi belum membuktikan di mana jam Omeganya. Selagi persoalan-persoalan ini gagal dijawab Anwar, usahlah membuta tuli menjadi kuda tungangan Anwar Ibrahim. Elak mempergunakan masjid untuk membela orang yang membuat kemungkaran.

0 comments: