Pada 5 Ogos 2009, Mohd Razali Abdullah (Ahli Jawatankuasa Pusat Khidmat Krisis Sehenti, Dewan Bandaraya Pulau Pinang, ahli JIM) telah dituduh oleh Jeff Ooi (Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang) sebagai 'ekstremis agama' kerana Razali merupakan ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM), dan JIM pula meletakkan visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020. Lim Guan Eng pernah berkata akan mengikut cara Umar Abdul Aziz, tetapi staffnya menyelar syariat Islam secara terbuka. Ketua Menteri kata lain, staff kata lain.Akhirnya pada 23 Mei 2011, Jeff Ooi didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang mengarahkan Jeff Ooi Chuan Aun, membayar RM150,000 kepada bekas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Mohd Razali Abdullah, dalam satu saman fitnah.Hakim Vazeer Alam berkata berkata walaupun Ooi tidak mengaku perkataan "mad man" itu digunakannya semasa satu sidang akhbar tahun lepas, dua saksi bebas memberi keterangan di mahkamah bahawa Ooi telah menggunakan perkataan itu. Terbukti DAP adalah parti fitnah. Rasanya ada lagi kes yang Jeff Ooi berbohong, hendak mengaku atau tidak belum tentu lagi.





0 comments:
Post a Comment