Wednesday, May 11, 2011

DAP Pertikai Klinik 1Malaysia

Phee Boon Poh (ADUN DAP Sungai Puyu) menyatakan Klinik 1Malaysia adalah satu pembaziran kerana sudah ada klinik-klinik kesihatan yang menyediakan perkhidmatan sesuai kepada orang ramai. Nampaknya DAP sudah tidak ada isu lagi hendak dimainkan, sampai klinik yang mengenakan caj hanya RM1 kepada rakyat pun dipertikaikannya.

Apakah sama caj kesihatan di klinik-klinik lain lebih murah berbanding klinik 1Malaysia? Sudah tentu tidak. DAP memang tidak tahu bertimbang rasa kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan memerlukan kos rawatan di klinik. Apakah DAP mampu membuat dan membiayai kos perubatan rakyat dengan membuat kliniknya sendiri? Rakyat yang datang ke klinik 1Malaysia tidak pernah didiskriminasikan dari segi warna politik. Ahli PAS, ahli PKR, ahli UMNO atau ahli DAP semua dapat layanan yang sama dan surcaj yang sama. Mengapa perlu pertikai?

4 comments:

Anonymous said...

WHAT CONTRIBUTIONS DAP HAVE DONE TO MALYSIA?NOTHING! THEY WILL OPPOSE ANYTHING FOR THE SAKE OF OPPOSING.

Anonymous said...

Phee Boon Poh = Pee Bo Doh

Anonymous said...

Phee Boon Poh? Apa yang dia tau pasal kebajikan masyarakat Majmuk Malaysia???Sila melawat ke kilang nya di Mak Mandin- Bagan Printers. Adakah pekerja 1Malaysia kat situ??? Ni manusia hipokrit

Anonymous said...

tu suara dari doktor swasta ye lah kalau dah kabanyakan pelangan diorang pergi kat klinik 1Malaysia atau hospital, sekarang diorang tinggal 30% je pelanggan yang tinggal untuk diorang, kalau tak percaya tengok kat hospital kena ambil nombor giliran time subuh-subuh, kalau lambat alamat, sesi petang le.