
Chegu Bard yang disebut-sebut akan keluar parti itu berkata, beliau masih ahli seumur PKR tetapi secara terbuka mengakui “memang tidak disenangi beberapa pemuka” dalam komponen pakatan pembangkang. Apa lagi yang hendak ditunggu oleh Chegu Bard? Video sex dan tindakan autoratik Anwar-Azmin dalam PKR sudah menjadi alasan yang amat kukuh bagi Chegu Bard keluar dari PKR.
Anwar hanya sayang pada Azmin sahaja. Lain-lain pemimpin PKR yang menentang beliau akan dicantas dan diketepikan. Ramai sudah keluar dari kongkongan Anwar dan parti yang mendakwa mereka adalah pengamal demokrasi sebenar atas prinsip keadilan. Padahal pada hakikatnya, PKR adalah parti kroni, parti pembela mereka yang melakukan kemungkaran dan parti yang bersekongkol dengan DAP, yang jelas mahu menjadikan Malaysia ini bukan negara Islam. Bukan hanya Chegu Bard seorang, lain-lain pemimpin Melayu dalam PAS dan PKR wajib keluar bila pakatan pembangkang jelas-jelas menjayakan agenda sulit orientalis di negara ini.





0 comments:
Post a Comment