Monday, May 2, 2011

Bila PAS hendak ceraikan DAP?

30 April 2011, Presiden UMNO menggesa PAS agar beralih angin dan jangan bekerjsama lagi dengan DAP. Hadi Awang menyambut dengan menyatakan kerjasama dengan DAP dibenarkan oleh agama dan tidak menggadai prinsip Islam (baca sini).

Apa lagi yang hendak disorok oleh Hadi Awang? Semua orang sudah tahu bahawa bila DAP memerintah di Pulau Pinang, sudah banyak perlakuan yang tidak menguntungkan orang Islam berlaku. DAP minta kandang babi RM100 juta di Selangor, DAP minta hapuskan tulisan jawi, DAP gesa hak istimewa orang Melayu yang sudah termaktub dalam perlembagaan dihapuskan, DAP juga pernah cabar PAS untuk langkah mayat mereka dahulu sebelum buat perundangan Islam. Apakah ini semua menguntungkan PAS?

Perbezaan paling ketara adalah PAS hanya jadi parti ketiga dalam Pakatan Rakyat (yang masih belum didaftarkan secara sah). Parti yang menguasai pembangkang adalah DAP bukannya PAS. Tidak seperti UMNO yang menjadi ketua kepada semua 14 parti komponen dalam BN. PAS tidak mampu untuk menjadi khalifah dalam pakatan. PAS hanya tunduk cakap DAP. Bertanding pun hanya diberi 66 kerusi berbanding 222 kawasan parlimen. Tidak cukup kuat untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam. Mengapa masih hendak berkawan lagi dengan DAP? Sertailah BN jika itu akan menguatkan lagi orang Islam di Malaysia ini. Ceraikanlah DAP, tunggu apa lagi.

0 comments: