Sunday, May 15, 2011

Benarkah Kereta Anwar Ibrahim Kena Sabotaj?


Artikel ini mengenai pandangan pakar dan mekanik tentang isu 'sabotaj' kereta Anwar Ibrahim yang dilaporkan kepada pihak polis 2 minggu selepas kejadian. Benarkah kereta itu disabotaj dan sasarannya adalah Anwar Ibrahim?

Apakah ini satu strategi reverse psychology yang sengaja digunakan untuk menarik simpati? Termasuklah SMS yang dihantar kepada Nurul Izzah juga adalah satu game plan untuk tarik simpati? Anwar Ibrahim dilihat terdesak untuk overkilled dirinya sendiri bagi mencetuskan rasa simpati rakyat terhadapnya. Dulu pernah kata kena racun arsenik pada 1998, kemudian kata ada orang ugut bunuh hingga lari ke Kedutaan Turki, kemudian ada pula kes kereta kena sabotaj. Modus symphaty ketika kesnya mendapat perhatian rakyat seolah dimain kembali.

Laporan yang lambat itu mendatangkan kecurigaan kepada rakyat Malaysia malah kenyataan di bawah juga membantu kita untuk memahami isu tersebut. Di antara laporan tersebut:-

1. Pengarah Penyelidikan Biomekanik dan Keselamatan Kenderaan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Prof. Madya Dr. Wong Shaw Voon berkata, penggunaan bahan komponen yang tidak berkualiti juga boleh mengundang permasalahan tersebut. Katanya, pemanduan kenderaan secara keterlaluan atau dipandu dalam keadaan luar biasa turut menjadi punca berkenaan.


"Kalau dalam keadaan biasa, cakera brek tidak akan tertanggal kerana ia dilengkapi ciri-ciri keselamatan. "Mungkin semasa pemasangan (cakera brek) sebelum itu tidak mengikut standard sebenar atau ia tidak direka bentuk untuk menahan keadaan sedia ada,'' katanya....

2. Dalam pada itu Shaw Voon berkata, pengguna kenderaan yang menghadapi permasalahan itu perlu membuat pemeriksaan bagi menyiasat punca sebenar.

"Jika kemungkinan ia disabotaj, hanya mereka yang mempunyai alat dan kepakaran sahaja boleh berbuat demikian (mengeluarkan skru pada cakera brek),'' katanya.

3. Seorang mekanik, Khairul Nizam Mohd. Hanapiah pula berkata, ciri-ciri keselamatan pada kenderaan Mercedes Benz sangat tinggi berbanding model kereta lain.

Justeru katanya, kemungkinan cakera brek pada kenderaan itu tertanggal sendiri mustahil akan berlaku, melainkan perlanggaran kuat di bawah pemanduan melebihi 80 kilometer sejam.

"Kalau kita buka tayar Mercedes dia ada skru untuk kunci cakera brek, ia tidak akan tercabut jika tayar tidak tercabut.

"Kemungkinan ada orang tanggalkan skru yang menyokong cakera brek itu amat rendah kerana ia memakan masa berbuat demikian kecuali ada kesilapan semasa servis pemasangan brek,'' katanya - Sumber Minda Intelek Melayu.

1 comments:

Anonymous said...

Mana datang kereta Mercedes?