
Azizah dalam dosa. Baca lanjut di Kedah Senget.
Azizan memang terbukti seorang Menteri Besar yang gagal. Oleh kerana tidak cukup hasil, Azizan telah menekan UUM untuk membayar cukai tanah. Tindakan kerajaan negeri PAS Kedah tidak menyambung rebat cukai tanah kepada Universiti Utara Malaysia, UUM membuktikan negeri itu kini menghadapi masalah kewangan dan tiada cara lain untuk menjana hasil. Akhirnya terpaksa mengambil duit pelajar untuk menampung kelemahan Azizan mentadbir kerajaan negeri.
"Nampaknya mungkin kerajaan negeri kedah tak ada banyak sumber, tak ada lain cara, nak kadar jauh lebih tinggi dari yang dikurniakan kerajaan BN. Itu harus jadi satu ikhtibar pada sesiapa saja, apa yang dibuat kerajaan barisan dan apa yang tak mampu dibuat oleh pihak kerajaan pembangkang." kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri.
Menurut Tan Sri Muhyiddin, kerajaan negeri sepatutnya membantu sektor pendidikan kerana UUM dibina kerajaan pusat demi kepentingan rakyat. Sebelum ini, Azizan Abdul Razak berkata, rayuan UUM untuk menyambung rebat cukai tanah ditolak Pejabat Tanah dan Galian Kedah.
Berikutan itu, UUM kini perlu membayar RM1. 74 juta ringgit setahun, berbanding RM100 ribu sebelum ini. Jika gagal dijelaskan sebelum 1 Jun depan, insititusi pengajian tinggi itu akan didenda hampir RM100 ribu . Azizan naikkan tarif air untuk langsaikan hutang yang bertimbun dengan kerajaan BN pusat (baca sini). Naikkan kadar cukai tanah juga untuk langsaikan hutang dengan UUM. Apakah Azizan sedar siapa Canselor kepada UUM? Tindakan Azizan itu sebenarnya telah membelangkai institusi raja di Kedah. Azizan dalam dosa, berdosa kepada pelajar, berdosa kepada rakyat, berdosa kepada Canselor UUM.





8 comments:
saya jujur sy pnyokong umno tetapi post yg kamu buat ini adlah memalukan,dan merupkan satu fitnah..cukai itu mmng lah hasil dlm ngri knp perlu pertikaikn?dan mereka tdk mngambil mnekakn pljar krna pelajar masih mmbayar yuran yg sama..jika mereka mmberi rebat kpda uum ini tidak adil kepada para petani dan sektor2 lain yg mmbayar cukai..smga anda insaf drpd mlkukn fitnah ini
Dolu hangpa masok kampus..merayu rayu ..hangapa hasut students minta undi hangpa..hangpa tanam kebencian pada students untuk bencikan BN...laa ni bila hangpa dah dapat ..ini kah balasan nya !....Kedah Sejatera naa..iiyaarkkk tuuihhh ! pada rakyat kedah jgn tertipu lagi dgn imej Islam Pas....pembohong ! Cakap memang senang!.....
blog sampah
blog penipu besar..nmpak sgt ke'bias'sannya..sy antara wrga uum,mse rebat blom trhapus pon uum da kne kn mcm2 duit yg mmbebankan kt pljar..x nmpk kbenaran yg tuan katakan dlm blog nih..
hahahaha...
sape blogger ni?
tulisan macam sampah..
ni kalau bawak ke berita hairan x pun utusan meloya pun mau dorang buang dalam tong sampah..
kah2
ak pun yang kadang2 setuju ngan umno sangat2 la tegelak ngan tulisan ni...
wei, cepat la delete weh..wat malu kaum je taw...
hadoi...takat 1.7 juta kerajaan negeri xde la batak..lain la kalau sebut 100.7 juta..e2 boleh la cakap kerajaan negeri nak kaut untung..
kamon la bai..hadoi...sangat sampah taw..
sila delete ngan kadar segera..
patehnet@yahoo.com
hahahaha plezzz la weiii....
kitrang ok ja duk UUM....yuran pun stil standard rate ja dari dulu cume tmabahan duet utk kitaran bus ja...
KO YG TULIS NI BUDAK UUM...LAEN KALI KLU NAK TULIS PEGI LA INTERVIEW KAMI MAHASISWA UUM....
jgn duk reka cita kerajaan amek duet pelajar ngok...
haduiii....tu la masuk UUM bru tau hahahah
wat lawakk jak ahhaha
mai lawat kami kt sime darby kolej....xdak papa pon..bahagia aman damai ja...
fitnah itu lebih buruk dari membunuh...
Allaaahhh....
takut la kamu wahai penulis blog ini...
ambe pon pangkah umno jgk...tp xla nk fitnah sampai lagu ni...
rasa nk beralih angin nk pangkah tang bulan plok...adehhh...
serius entry sampah
aku tak paham apa kaitan tajuk dan isi entry
adakah azizan berdosa kerana mengutip cukai???
adakah azizan berdosa kerana tidak hormat kepada Sultan kedah???
dan sungguhpun jika azizan mengutip cukai ia tidak menindas sesiapa
dah jadi kewajipan kepada uum untuk bayar cukai tanah
Post a Comment