Sunday, May 15, 2011

Anwar Ibrahim Kata UMNO Pandi Kutty


"Bila saya tuduh Umno amalkan budaya 'pandi kutty mereka marah, tetapi sekiranya Umno membunuh orang, mengamalkan rasuah, zalim dengan rakyat, ambil kekayaan negara, tindas rakyat, orang inilah yang menjalankan politik 'pandi kutty' kata Anwar Ibrahim dalam satu ceramahnya pada 14 Mei 2011 di Bukit Katil, Melaka.

Memang sah Anwar memang mengatakan Dato' Seri Najib dengan gelaran tersebut. Najib is a real ‘pandikutti’,” kata Anwar Ibrahim dalam satu perjumpaan dengan Malaysian Indian Voice (MI-Voice) di Dewan Hamzah, Klang pada 7 Mei 2011. (baca sini) Pandikutti dalam bahasa Tamil bermaksud "anak babi". Kemudian Anwar Ibrahim menafikan dan menyatakan dia tidak sebut perkataan tersebut. Isterinya juga turut membela Anwar (baca sini).

Menggelar orang dengan gelaran "anak babi" adalah satu bentuk politik tidak kotor bagi Anwar Ibrahim. Boleh label orang itu dengan gelaran binatang dan boleh juga hukum orang ke neraka atau syurga mengikut fatwa tok gurunya. Sedangkan pada hakikatnya, orang yang menggelar itu masih belum membersihkan perbuatan peribadinya sendiri. Kebiadapan Anwar Ibrahim adalah sangat melampu. Tidak pernah ada dalam sejarah kepimpinan orang Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, ada seorang ahli politik sebiadap dan semelampau Anwar Ibrahim.

0 comments: