Dalam sesi bersama dengan Yahoo Malaysia selama sejam antara jam 11.30 - 12.30 tengahari telah mendedahkan siapa Anwar yang sebenar. Soalan pada pukul 11.53 daripada Editor Yahoo! Malaysia bertanyakan mengenai hak lesbian, gay, biseksual dan orang yang tukar jantina. Anwar menyatakan dia mengiktiraf golongan tersebut dan tidak sepatutnya perlu didiskriminasi. Anwar juga berjanji akan mensekolahkan PAS untuk menerima pandangannya. Bolehkah PAS menerima pandangan seperti itu? (baca lanjut sini)
Anwar juga tidak menjawab "ya atau tidak" kepada persoalan untuk melaksanakan hudud di Malaysia sekiranya beliau menjadi PM. Anwar memang pakar pusing. Dalam sibuk menjawab, sebenarnya Anwar mendedahkan pandangan dirinya yang sebenar. Orang-orang PAS sila lihat jawapan-jawapan Anwar ini. Orang-orang dalam ABIM sudah mula bertelingkah dengan pandangan pluralisme Anwar, apa yang PAS takut sangat dengan Anwar?





1 comments:
Tuan Guru mesti boleh terima punya
asalkan UMNO tumbang.
lepas tu bumi Malaysia hilang ditelan bumi. ada umat pun dah buta hati tidak dapat menerima
hakikat kebenaran yang ditunjuk allah. Sembahyang hajat dah buat, bukan di Malaysia saja mungkin di tanah suci juga tapi masih tak sebelah puak mereka. eloklah bumi malaysia ini tenggelam dah manusia tak tahu nak bersyukur kepada allah
Post a Comment