Sunday, April 24, 2011

Video Sex: Azmin Berang Dengan Mustafa Ali


“Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.

“Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian,” kata Azmin seperti dipetik dari laman Twitternya, pada 23 April 2011. Amat jelas sekali tiada demokrasi dan kebebasan bersuara dalam pakatan pembangkang. Sesiapa yang bersuara dan bercanggah pendapat kerana menegur kesalahan akan disisihkan.

Ianya sudah berlaku pada Zulkifli Nordin, Gobalakrishnan dan ramai lagi yang telah keluar parti. PKR hanya untuk tiga A sahaja (Anwar, Azizah dan Azmin). Jika Anwar salah sekalipun, ianya perlu disapu ke bawah karpet. Itulah cara PKR kendalikan isu video sex. Amat memalukan sekali.


0 comments: