Wednesday, April 6, 2011

Guru Sekolah PAS Pukul Murid Sampai Mati

Cikgu ambil nyawa

Sungguh tidak berperikemanusiaan. Hanya kerana dituduh mencuri wang RM7, arwah adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah PAS di Balai Islam MADI, Jejawi , Arau, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pada 3 April 2011. Guru yang membelasah pelajar terbabit adalah seorang guru PAS.

ZIARAH... guru serta kenalan keluarga mengusung jenazah Saiful di Masjid Ar-Rahman di Jejawi Dalam, Kangar, petang semalam.

Guru serta kenalan keluarga mengusung jenazah Saiful di Masjid Ar-Rahman di Jejawi Dalam, Kangar. "Kejadian ini sesuatu yang amat memeranjatkan setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti,” kata Hashim Jasin (Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis) (baca sini). Kenyataan Hashim tersebut mengesahkan sekolah tersebut adalah milik PAS di Balai Islam, MADI, Jejawi.

Tidak cukup dengan hanya meminta maaf, PAS perlu menutup terus sekolah tersebut. Kesalahan membunuh orang bukanlah satu perkara yang kecil, ianya melibatkan nyawa. Bagaimana PAS memilih seorang guru yang ganas untuk mengajar di sekolahnya? Satu suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat kes ini dengan teliti. Balai Islam tersebut perlu ditutup sementara kes ini belum diselesaikan. Rakyat Perlis perlu bersuara atas kezaliman ini.

3 comments:

pemerhati said...

yg ni x mau buat suruhanjaya diraja ke? setakat mintak maaf?? klau kat sekolah kerajaan mesti dah dikatanya BN pembunuh, berarak satu kl, baring atas jalan & ntah apa2 lah lg.

Tam Dalyell said...

Tahniah PAS.

Seolah-olahnya geram pada Anwar dan videonya.

Lepas geram pada anak yang sudah diikat.

Seperti Anwar, janganlah hendak berangan-angan memegang kuasa ...

Kedua-dua akhlak yang berakhir dengan tragedi dahsyat itu didorong oleh nafsu tanpa batas.

Anonymous said...

korang baca cerita sebenarnya ... di sini http://www.mygamis.net/2011/04/kematian-adik-saiful-apa-ceritanya.html