Monday, March 28, 2011

PKR Makin Nazak Kerana Anwar Ibrahim

20 Mac 2011, sejumlah 300 orang ahli PKR di Indera Mahkota keluar parti. Puncanya dalah kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai Anwar Ibrahim. 26 Mac 2011, sejumlah 113 orang ahli PAS cawangan Gong Tinggi, Semerak telah menyertai UMNO kerana hilang keyakinan pada PAS Kelantan. Puncanya dalah kerana kepimpinan PAS Kelantan terlalu mendengar nasihat Anwar Ibrahim dan berkawan baik dengan DAP.

Tidak cukup dengan itu, gelombang keluar parti PKR turut menular di Pulau Pinang bila sejumlah 200 anggota Persatuan Sami-sami Hindu Pulau Pinang, PKR Cabang Bayan Baru telah keluar parti. Puncanya adalah kerana hala tuju PKR semakin tidak menentu dan hanya mementingkan perjuangan individu (Anwar) malah kepentingan serta hak kaum India di Pulau Pinang tidak dijaga oleh kepimpinan pakatan pembangkang.

Gelombang untuk keluar parti di kalangan ahli PAS dan PKR akan lebih ramai lagi selepas ini. Punca utamanya adalah kerana sikap Anwar dan kebajikan yang tidak dijaga oleh pemimpin parti mereka sendiri. Paling jelas adalah isu peniaga-peniaga di kompleks Majlis Perbandaran Kota Bharu yang bakal diusir oleh kerajaan negeri Kelantan.

0 comments: