Tuesday, March 1, 2011

PAS Tidak Laksana Hudud

Haji Hadi menyatakan PAS tidak akan melaksanakan hudud selepas 5 hari menang di Kedah. "Kita sudah perintah Kelantan 18 tahun tetapi belum laksana (hudud) dan Terengganu pun semasa kita memerintah, berapa orang sudah kena kerat tangan" kata Haji Hadi Awang, Utusan Malaysia, 13 Mac 2008. Kenyataan Haji Hadi ini memperlihatkan sikap sebenar PAS berhubung perlaksanaan hudud di negeri yang mereka menangi.


Ternyata PAS tidak mahu melaksanakan hudud di mana-mana negeri yang dimenanginya. Muslihat PAS ini terbongkar hanya selepas lima hari PAS menang di Kedah dan Kelantan dalam pilihanraya umum yang lepas. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, PAS berhak untuk melaksanakan hudud di Kelantan dan Terengganu tetapi mereka enggan laksanakannya. Dalam manifesto pilihan raya umum ke-11, PAS telah menggugurkan agenda hudud semata-mata ingin memenuhi tuntutan Barisan Alternatif ketika itu.


Gobind Singh Deo membantah tindakan Nik Aziz ingin melaksanakan undang-undang Islam di Kedah dan Kelantan pada 14 April 2008. Ternyata bukan hanya bapanya yang menentang kuat PAS tetapi penentangan tersebut turut diwarisi oleh anak-anaknya yang menentang kuat PAS.

PAS sebenarnya takut dengan DAP yang mendominasi pakatan pembangkang. Demi menjaga kerjasama dengan DAP, PAS telah mengadaikan prinsipnya. PAS tolak ketepi prinsipnya bila memikirkan soal kerjasama dan hubungannya dengan DAP. Pengundi di Kerdau dan Merlimau boleh menilai apakah sikap sebenar parti PAS bila bersama dengan DAP.

Pengundi juga perlu menilai sikap DAP yang kuat menolak semua perundangan Islam di negara ini. Bukan sahaja hudud yang mahu dilaksanakan PAS yang ditentang tetapi perlaksanaan dan beberapa keputusan di Mahkamah Syariah juga menjadi pertikaian dari DAP. Inilah wajah DAP semasa mereka bergelar pembangkang bersama PAS dan PKR, kalau mereka dapat kuasa penuh, entah apa lagi akan berlaku. Sedarlah orang Islam tentang bahaya ini.

3 comments:

Da'ieRider said...

Tolong faham.
Bukan sebab mereka tak mahu laksanakan, tp tak sesuai dengan waqi'(realiti) masa sekarang.

Kalau dilaksanakan serta-merta, boleh membawa fitnah kepada kerajaan dan paling teruk, Islam tu sendiri.

Memang betul hudud itu penting, tp perlu dilihat pada kesesuaian.

Lagipun, sepatutnya kerajaan pusat boleh memulakan hukum hudud, jika sesuai. Tapi, kenapa tidak dibangkitkan hal itu?

Anonymous said...

kutuk UMNO tak buat hudud..tapi yang UMNO laksana hukum syariah tu apa dia??? PAS ni nak buat hudud cara dia saja yang betul...otak PAS ni tak bleh pakai la

Anonymous said...

umnongok tak payah nak bercakap tentang islam lah ,,,,suruh bini pakai tudung n tutup aurat lah dulu ,baru lah kita boleh sembang pasal hukum syariah !!!!