Wednesday, March 30, 2011

PAS Takut Dengan Nallakarupan


“Pimpinan Pas boleh pilih tempat dan waktu, saya sedia bersemuka dengan mereka bagi menjelaskan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar yang mereka (Pas) julang sebagai ketua. Sebaik-baiknya saya diberi peluang bertemu dengan pemimpin tersebut kerana mereka orang yang boleh membuat keputusan dalam parti,” kata Nallakarupan (Presiden Parti Bersatu India Malaysia, MIUP.

Menurut Nalla lagi, “Mereka harus sedar sifat-sifat sebenar Anwar yang tidak boleh kita julang sebagai pemimpin. Anwar tidak layak menjadi pemimpin". Apakah PAS tidak sanggup dengar penjelasan Nalla tentang sifat-sifat sebenar Anwar tersebut ? (baca sini) Nalla adalah sahabat karib Anwar, beliau adalah orang yang paling sesuai untuk menceritakan sikap sebenar Anwar kepada PAS. Kenapa PAS tolak, takut tidak mendapat bantuan kewangan lagi daripada Anwar? Atau kerana PAS sekarang sudah dikuasai oleh orang-orang Anwar Ibrahim?

Pernah berjoget dan bermain tenis bersama. Mengapa Anwar tidak saman Nalla jika apa yang didakwa oleh Nalla adalah tidak benar?

Nalla ada satu cerita yang perlu dikongsi bersama oleh ahli-ahli marhaen PAS di peringkat bawahan. Mereka perlu berkongsi cerita dalam kereta antara Anwar Ibrahim dan Nalla ketika membaca akhbar dengan gambar Anwar sedang membaca khutbah Jumaat. Apakah reaksi Anwar secara spontan terhadap gambar tersebut?

Cerita tersebut ada dengan Nalla. Orang-orang PAS di peringkat bawahan tidak perlu terus ditipu oleh pemimpin PAS peringkat atasan yang terlalu mementingkan kedudukan dan terlalu menjaga hati Anwar. Nalla perlu dijemput oleh ahli-ahli biasa PAS untuk berkongsi cerita sebenar tentang Anwar Ibrahim. Kebenaran perlu disebarkan.

0 comments: