Politik haru biru dalam pakatan pembangkang amat ketara ketika hampirnya penamaan pilihan raya Sarawak yang akan diadakan pada 6 April 2011. Amat jelas tiada kesepakatan yang murni dalam pakatan pembangkang. Mereka hanya ingin menganggu kestabilan yang sedia ada di Sarawak. Sehingga pada 28 Mac 2011, pakatan pembangkang masih lagi haru biru tentang agihan kerusi di Sarawak (baca sini). Sesama mereka masih lagi berebut untuk bertanding, antara PKR dan SNAP masih belum lagi sepakat (baca sini).
Pembangkang tidak boleh dipercayai. Bukan mudah untuk mengubah dengan menggadaikan kebahagiaan dan kemajuan yang sedia ada di Sarawak. Amat jelas politik pembangkang hanyalah untuk merompak segala hasil yang ada di Sarawak. Pengundi Sarawak perlu menolak pembangkang yang cuba menjadi "hantu" dan jembalang yang mahu kucar kacirkan Sarawak.





0 comments:
Post a Comment