Monday, March 28, 2011

Karpal Singh Akan Saman Datuk T?


Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim berkata Karpal Singh dan sekutunya perlu menonton video berkenaan bagi mendapatkan testimoni yang konsisten berhubung perlakuan sumbang pihak yang terlibat dalam rakaman tersebut.

“Kita juga mahu tahu apakah tindakan susulan Karpal (Singh) dan sekutunya selepas menonton video tersebut...adakah dia sebagai peguam Anwar akan tetap mempertahankan Anwar atau sebaliknya jika terbukti Anwar terlibat.

“Dari situ kita boleh menilai tahap moral pemimpin-pemimpin pembangkang ini yang sebelum ini lantang mengkritik perlakuan sumbang pihak lain yang kononnya terlibat dalam perlakuan tidak bermoral,” kata Zamil.

Apakah Karpal Singh, selaku peguam utama Anwar Ibrahim akan bertindak menyaman Datuk T selepas menonton video tersebut? Karpal Singh perlu dimasukan sama sebagai ahli Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat video tersebut. Beranikah Karpal Singh?

1 comments:

Anonymous said...

LINGKUP la malaysia kalau ANUar iBERAHIm ni jadi PM..tak pasal2 malaysia kena ugut & pow negara lain. rasanya ini bukan kali pertama beliau buat "projek" kt luar negara & x mustahil ada rakaman2 lain. Bayangkan kalau itu dijadikan modal utk ugut Malaysia..jatuh maruah Malaysia.