Sunday, January 9, 2011

Pemerintahan Kuku Besi DAP Pulau Pinang


"Tutup kedai, balik India," perkataan rasis yang dilontarkan Ng Wei Aik (ADUN DAP Komtar, Setiausaha Politik Lim Guan Eng) kepada pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar pada 4 Januari 2011. Namun Ng Wei Aik menafikan dia meluahkan kata-kata tersebut pada 6 Januari 2011. Akhirnya, penafian itu memakan dirinya sendiri bila video Ng Wei Aik sedang melakukan cara pemerintahan tyranny terhadap restoren tersebut didedahkan. Tindakan DAP ini sebenarnya telah mencabuli separation of power yang ada dalam sebuah negara demokrasi yang mengasingkan antara kuasa eksekutif, legislatif dan kehakiman.


Pengasingan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman ini diadakan dalam sebuah negara demokrasi bagi mengelak berlakunya penindasan, kezaliman dan pemerintahan kuku besi oleh pemerintah. Ia juga bagi menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat dalam kehidupan. Ng Wei Aik tidak menghormati amalan demokrasi bila bertindak sebagai kuasa eksekutif terhadap restoren tersebut. Malah dalam video tersebut, Ng Wei Aik jelas menunjukkan sikap despotisma bila menguatkuasa undang-undang yang sepatutnya dalam bidang kuasa eksekutif. Atas justifikasi apa Ng Wei Aik bawa beberapa orang Cina dalam gambar untuk turut sama menyita restoren? Beginilah jadinya bila seorang Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri DAP tidak faham berkaitan dengan proses demokrasi dan undang-undang negara. Guan Eng wajib memecat Ng Wei Aik sebagai Setiausaha Politik.

Kampung Buah Pala yang dirobohkan pada 14 September 2009 adalah bukti kerajaan tyranny DAP (lihat video ini). Selain itu, di Selangor kerajaan PKR yang dipengaruhi oleh DAP turut melakukan penindasan yang sama kepada rakyat.

Karya Interlok yang sudah 44 tahun menang anugerah peraduan menulis novel pada 1967 dan menjadi buku teks mata pelajaran sastera pada tahun 1970an telah disensasikan sebagai karya rasis kerana ada perkataan paria pada mukasurat 211 dan 220. Sedangkan Azmin Ali menggelarkan Gobala dengan perkataan tersebut tidak pula dipanggil rasis. (baca sini) . Ayat "Tutup kedai, pergi balik India" oleh Ng Wei Aik dan sikap tyranny terhadap pemilik restoren tersebut adalah amat rasis dan melampau berbanding karya Interlok. Rakyat perlu membuka mata dengan luas tentang pemerintahan kuku besi DAP ini. Tanah orang Melayu mereka usir, Kampung Buah Pala mereka robohkan dan restoren nasi kandar mereka suruh balik India. Ini bukti DAP adalah rasis.

3 comments:

Anonymous said...

namewee kan fuck racism.apa kta ko tlg wat post tnya itu namewee.
kalau betul dia fuck racism nape x buat lgu tuk ng wei aik..
bru betul fuck racism cmtu..
bru betul nazri aziz boleh sanjung..

-destini anak bangsa-

Anonymous said...

skong ag dap!spe sruh!padan muke ang!!

Anonymous said...

sokong lg dap spe suruh! percaye sgt!