"Di Kelantan sejak 1990 lagi kita mengekang gejala tersebut di mana wanita dewasa tidak dibenarkan mempersembahkan nyanyian di depan khalayak ramai," kata Nik Aziz dalam Harakah (baca sini). Malah Nik Aziz turut melarang penyertaan qariah Kelantan dalam musabaqah Al Quran dengan alasan suara wanita adalah aurat. Bagaimana jika seorang guru perempuan mengajar dalam kelas? Seorang calon wanita berkempen atas pentas politik?
Pada 17 Jun 2007, Nik Aziz mahu membenarkan sukan boksing (tomoi) disertai oleh wanita di Kelantan. Nampaknya Nik Aziz lebih suka aksi wanita di atas gelanggang boksing daripada mengalunkan ayat-ayat suci Al Quran. Aksi menyepak, terajang, bertumbuk oleh wanita lebih dibenarkan berbanding tilawah Al Quran.
Dalam Sinar Harian, 28 Oktober 2008, Nik Aziz sudah menjemput penyanyi dikir wanita untuk membuat persembahan di PUTIK, Kelantan. Berdikir juga menggunakan suara, apakah ini tidak dianggap aurat oleh Nik Aziz? Ternyata Nik Aziz memang suka mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umat Islam termasuklah menyatakan "tak undi PAS orang jahiliah" dalam pilihan raya kecil di Tenang pada 26 Januari 2011 (baca sini).Di Tenang, PAS telah letak calon wanita yang menggunakan suaranya untuk berkempen. Apakah ini tidak aurat bagi Nik Aziz? Kenyataan Nik Aziz yang berputar belit ini telah mengakibatkan ramai umat Islam berpecah dan keliru. Esok, PAS akan kalah (3,400 undi) di Tenang akibat penipuan cuti yang dilakukan oleh suami Normala, akibat fatwa jahiliah Nik Aziz dan atas faktor rekod peribadi Normala. Pengundi BN perlu turun mengundi untuk memberi signal bahawa orang Melayu sudah tidak mahu lagi dijahiliahkan oleh ajaran karut marut pemimpin-pemimpin PAS.





0 comments:
Post a Comment