Tuesday, January 25, 2011

PAS Merendahkan Peranan Wanita

Berita Harian, 24 Januari 2011. (baca sini)

Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata "orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik……siapa adik kakak ambil orang kafir buat kawan baik”. (Disambut beramai-ramai “UMNO” )….Ha…..UMNO…..Apa hukum orang ni!……. (Pendengar jawab “Munafiq” ) dan disambung “Munafiq”.

Dulu PAS kata UMNO ini kafir dan munafik kerana berkawan dengan MCA dan MIC, namun sekarang bila PAS berkawan dengan DAP apa pula hukumnya? Menafsirkan semula yang dulunya haram menjadi halal hanya menurut selera politik semata-mata.

PAS pernah menghalang calon wanita untuk bertanding dalam PAS mengikut buku yang dikeluarkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat ini. Sekarang ini PAS halalkan pula.

Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidal adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga,” kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu. PAS pernah merendahkan martabat wanita untuk bekerja.

Pada 20 Julai 1999 Nik Aziz berkata "cadangan kerajaan negeri untuk memberi pekerjaan kepada wanita kurang rupawan kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka". Hari ini PAS telah gunakan wajah yang rupawan untuk memancing undi daripada rakyat. PAS bukanlah parti yang boleh dipercayai oleh rakyat, esok lusa mereka boleh berubah-berubah pendirian setelah dipengaruhi oleh DAP. Usah terpedaya dengan taktik PAS.

7 comments:

Anonymous said...

pas dulu dgn sekarang lain... setiap orang pon berubah utk jd yg terbaik mengikut peredaran zaman...nk samekan pas 1999 dgn 2011....mane same bhai..

Anonymous said...

Mana ada ayat Quran boleh berubah mengikut citarasa dan selera manusia?

Anonymous said...

BERALIH KEPADA KEBAIKAN SUATU YANG DI TUNTUT...
BERALIH KEPADA KEHANCURAN KEHARMONIAN SUATU YANG DI BENCIII.....

Anonymous said...

Dasar pedagang agama, tunggu sekejab lagi Allah akan bertanya setiap kamu adakah kamu menggunakan akal atau kamu menggunakan nafsu. Tunggu setiap kamu.....

Anonymous said...

Ala kalau suke hati keluarkan fatwa sana sini ape ingat tok guru tu Nabi ke?? buat hukum ikut suke hati, org yg sokong pas ni bole kate separa buta dah!!

Anonymous said...

memang dulu pas len, skrang len... dulu pas ada laa skit kredibiliti... skrang, macam sampah... lidah biawak...

memang manusia boleh berubah... sama ada ke baik atau ke buruk...

skrang pas nak kata die fleksibel... so, jangan laa nak kata BN macam2... cermin diri dulu...

usin said...

kena berubah ikut zaman. ikut nafsu. sbb tu gelaranpun berubah, pas kluk klek.....