Pembangkang pernah memperlekehkan Syeikh Al Azhar, Said Muhammad Tantawi dalam Utusan Malaysia, 21 September 2003 kerana mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Malah pembangkang juga mencaci dan menghina Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam muka hadapan Harakah, keluaran 1-15 Ogos 2003 dengan menggelar ulama kerajaan sebagai barua, anjing, paderi dan sebagainya. Lebih teruk daripada itu, di Terengganu ketika PAS memerintah, PAS pernah memecat imam-imam dan bilal-bilal dan memberhentikan elaun guru-guru agama.
Tindakan PAS menghina golongan ulama dan menyamakan pemimpin DAP dengan ulama adalah satu tindakan yang amat memalukan sekali. PAS sudah lari daripada motto asalnya iaitu "Kepimpinan Bersama Ulama". PAS sanggup berpelukan dengan pemimpin DAP dan membiarkan pemimpin DAP mempergunakan ayat suci Al Quran untuk tujuan politik. PAS bukan lagi parti yang boleh diharapkan oleh orang Islam, mereka hanya memperalatkan agama untuk tujuan politik semata-mata. PAS juga tidak boleh ganti UMNO di Malaysia. Sebelum terlambat, masih ada masa buat ahli-ahli PAS mengubah pendirian mereka menyokong PAS. Ubahlah sebelum nasi menjadi bubur.





0 comments:
Post a Comment