Sunday, January 30, 2011

Keputusan Rasmi DUN Tenang


Keputusan Rasmi DUN Tenang
Calon PAS, Normala Sudirman- 2,992
Calon BN, Azahar Ibrahim- 6,699
Undi ditolak 142
Majoriti: 3,707
Peratusan Undi 67% undi.

Undi PAS merosot sebanyak 883 berbanding 3,875 undi pada Mac 2008. Ini menunjukan ada pengundi yang dulunya mengundi PAS mula beralih arah mengundi BN pada kali ini. Majoriti BN meningkat sejumlah 1,215 undi berbanding sebelum ini (2,492 undi). Daripada mana datangnya tambahan undi tersebut? Majoritinya adalah daripada pengundi Melayu yang mula muak dengan PAS yang memperdagangkan agama untuk tujuan politik dan sikap DAP yang berterusan menindas dan menzalimi orang Melayu bila diberi kuasa memerintah.

Alhamdulilah, kemenangan buat BN selepas Hulu Selangor, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi dan seterusnya di Tenang. Faktor utama kekalahan PAS adalah kerana faktor peribadi Normala, kes cuti sakit Ma'arof, fatwa jahiliah Nik Aziz dan penolakan rakyat terhadap PAS yang bersekongkol dengan DAP . Biarpun begitu, undi BN di saluran Cina di Pekan Labis agak merosot. Sesuatu perlu dilakukan MCA untuk memastikan MCA terus kekal relevan atau DAP akan menguasai lagi kawasan-kawasan bandar dalam pilihan raya akan datang. Tahniah dan selamat bertugas Tok Ai. Selepas ini momentum seterusnya adalah di Merlimau.

3 comments:

Tenang Tenang said...

tak sampai 5000 pun majoriti...hahaha

Anonymous said...

kalau aku jadi muhyidin..aku dah nangis dahh...

Mohd said...

Perhatikan kaum Cina memangkah PAS utk memenangkan PAS di peti2 undi majoriti kaum Cina.
Di PRU 13 nanti, letaklah calon Melayu sahaja di kawasan majoriti Melayu. Biarkan MCA berentap dgn sesiapa saja di kawasan majoriti Cina.
Nampak sungguh ada pakatan yg jahat di antara MCA, Gerakan, PKR dan DAP utk memenangkan calon bukan Melayu sahaja.
Kalaulah UMNO dan PAS bersatu, boleh mamposlah kaum Cina dan India di Malaysia ini!
Orang Melayu berharap Najib akan bertegas utk kepentingan orang Melayu.
Diharap Melayu tidak mudah lupa ...