Normala dikatakan pengsan mendengar keputusan Tenang. Apakah nasib mereka akan dibela oleh Nik Aziz dan Ustaz Azizan?Sejumlah 71.8 peratus daripada 14,753 pengundi Tenang keluar mengundi sehingga pengundian ditutup pada pukul 5 petang tadi. Keputusan tidak rasmi, BN telah menang dengan majoriti 3,735 undi.
Biarpun banjir besar melanda Tenang dan menutupi jalan jalan utama namun pengundi tetap keluar untuk menunaikan tanggungjawab mengundi. Pengundi tidak terpengaruh dengan SMS yang disebarkan oleh pembangkang kononnya pengundian akan ditangguhkan dan dilewatkan hingga jam 7 petang.
Akibat SMS yang disebarkan ini, ramai pengundi pembangkang yang percaya dan tidak turun mengundi. Bila jadi begitu, Tony Pua mula menyalahkan bomba dan polis sebagai tidak mengangkut pengundi ke tempat mengundi. Jangan salahkan pihak lain, DAP seharusnya menyalahkan pihak sendiri kerana melakukan perang saraf yang akhirnya memakan diri sendiri. Salah Harakah juga kerana tersilap langkah untuk melakukan propaganda (baca sini).
Tenang kekal di pihak Barisan Nasional. Selepas ini, yang tidak duduk tenang adalah Normala Sudirman dan suaminya. Normala sudah berhenti kerja sebagai guru semata-mata untuk menjadi calon PAS. Suaminya pula seorang guru telah melakukan kesalahan yang besar dengan menipu cuti sakit selama 21 hari berturut-turut. Apakah kerajaan negeri PAS di Kelantan dan Kedah akan membantu mencari pekerjaan baru buat Normala dan Ma'arof? Nik Aziz dan Ustaz Azizan perlu melantik Normala dan Ma'arof ini dalam mana mana GLC di dua buah negeri tersebut. Mahukah Nik Aziz dan Ustaz Azizan buat begitu?

1 comments:
saya adalah pegawai tinggi kerajaan yang meletak jawatan untuk bertanding pada pilihanraya 2008 tapi kalah.. tak ada masalah pun bagi saya untuk meneruskan hidup seperti biasa..malah lebih seronok kerja sendiri sbb kitalah bos kitalah kuli.. tak perlu pening kepala nak ikut semua peraturan2 pejabat.. saya masuk pas bukan nak mengejar kekayaan.. kalau saya nak mengejar kekayaan baik saya masuk umno.. dah tentu kaya spt kawan saya kalah dlm pilihanraya dapat jawatan tinggi dalam glc kerajaan bn..
Post a Comment