Friday, December 31, 2010

Senarai "OK tak OK" Ada Dengan Nik Aziz

Pada 31 Disember 2010, Nik Abdul Aziz berkata soal Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) berpakaian tidak sopan atau tidak menutup aurat, adalah perkara kedua yang perlu diperbetulkan. Pandangan sebeginilah yang menjadikan DAP semakin berani untuk melanggar adab adab dalam Islam di masjid serta berani menggunakan ayat suci Al Quran di atas pentas politik. Lihat dalam gambar di atas, ada beberapa orang lelaki yang turut sama kelihatan mengambil kesempatan untuk melihat pakaian "manis" yang dipakai oleh Teo Nie Ching. Mereka bukan menegur, malah seronok pula melihat. Apakah ini yang dimahukan dalam sambutan Maal Hijrah yang diadakan di kawasan masjid?

"Di Kelantan, kelab malam kita tutup. Gambar-gambar iklan kalau melibatkan wanita kita minta tutup aurat. Habis ikhtiar kita. Nampak berlaku juga apa boleh buat" kata Nik Aziz dalam Sinar Harian 17 Februari 2009 mengulas mengenai gambar bogel Elizabeth Wong. Gambar di iklan ditutup, namun bila Elizabeth Wong dengan gambar bogel dan Teo Nie Ching berpakaian "manis" dalam masjid, Nik Aziz yang meluru ke depan untuk membela mereka. Inilah hipokrasi Nik Aziz. Dulu boleh, sekarang halal kesemuanya. Malah konsert tahun baru pun sudah diadakan di Kelantan (baca sini).

17 April 2009, Nik Aziz telah memberi sokongan moral untuk Elizabeth Wong selepas mengakui dalam satu sidang akhbar tentang pendedahan gambar bogelnya (lihat video ini). Mengapa perlu dipertahankan sesuatu perkara yang jelas menyalahi syariat Islam? Salah tetap salah, ianya perlu diakui. DAP akan lebih berani untuk menghina kesucian Islam kerana mereka tahu mereka akan dibela habis habisan oleh Nik Aziz. Senarai "OK tak OK" yang diminta oleh Teo Nie Ching sebenarnya ada pada Nik Aziz. Sewajarnya persoalan syariat Islam tidak boleh dipermainkan. Perkara yang salah tidak boleh disucikan dosanya oleh Nik Aziz. Jangan persendakan hukum Allah SWT.

Thursday, December 30, 2010

DAP Bersenamrobik Di Masjid

12 Disember 2010, Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) telah turut serta dalam acara senamrobik di kawasan Masjid Taman Cheras Jaya. Senamrobik adalah program pertama dalam Karnival Maal Hijrah anjuran PAS di kawasan masjid terbabit. PAS yang selama ini kuat memperjuangkan tentang percampuran lelaki dan wanita serta aurat wanita telah menjemput wakil rakyat DAP dengan memakai pakaian yang ketat untuk bersenamrobik dalam kawasan masjid.

Apakah penyokong PAS yang berada di belakang itu tidak sedar bahawa mereka bersenam robik dalam kawasan masjid dan ada Teo Nie Ching berpakaian ketat? (lihat gambar-gambar lain)

Ini bukan kali pertama kejadian ini berlaku, pada 22 Ogos 2010, Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) telah masuk untuk bertazkirah dan menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli PAS di Surau Al-Huda Kajang Sentral. Bukan sekadar masuk ke dalam surau, malah Teo pergi ke barisan saf pertama untuk berceramah kepada orang Islam di dalam surau. Bila DAP berterusan membuat perkara yang jelas bertentangan dengan Islam, PAS akan menutup mata dan mulut mereka. Takut benar PAS dengan DAP, hinggakan dicabar langkah mayat pun PAS masih lagi sanggup berkawan dengan DAP. Menjemput pemimpin DAP untuk datang ke masjid dengan tidak menjaga kesucian Islam membuktikan PAS telah menjadi parti suruhan DAP.

Wednesday, December 29, 2010

Harimau Malaya Juara ASEAN

Laser yang dijadikan alasan dan provokasi agresif tidak menghalang Malaysia untuk menjadi juara bolasepak di rantau ASEAN. Tahniah kepada pasukan negara atas komitmen, usaha gigih dan penuh semangat untuk negara. Usaha seterusnya adalah untuk mengekalkan kemenangan yang ada bagi memartabatkan semula bolasepak Malaysia di rantau Asia. Malaysia boleh mengambil model Barcelona di Sepanyol yang menghimpunkan semua pemain Sepanyol dalam satu pasukan. Iniesta, Xavi, David Villa, Pique, Puyol, Pedro adalah tonggak kemenangan Sepanyol pada Piala Dunia 2010.

Malaysia juga perlu lebih kerap mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan yang ranking dunia dalam sekitar ranking Malaysia. Apa pun kebajikan pemain-pemain muda Malaysia perlu diberi perhatian untuk kemenangan jangka panjang pasukan negara. Bolasepak sudah berada di landasan sebenar, usaha berterusan perlu dilakukan untuk mengekalkan momentum yang sedia ada. Tahniah sekali lagi kepada pasukan negara. Rio Ferdinand turut memuji kemenangan pasukan negara.

Penganjur Perhimpunan 1.1.2011 Gagal Keluar Dari Universiti


Pada 1 Januari 2011 nanti, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) merancang untuk mengadakan Himpunan Mahasiswa seramai 1,000 orang di Dataran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Program ini dianjurkan bertujuan untuk mendekatkan diri dengan aktivis mahasiswa. Bagi pelajar yang tidak tahu menahu pastinya akan terpesona dan terpengaruh bahawa program tersebut adalah berfaedah untuk meningkatkan kefahaman kepada semangat aktivis kampus.

Namun ramai yang tidak tahu bahawa Shazni Munir (Presiden SMM) yang mahu menganjurkan program tersebut sebenarnya berstatus Gagal Keluar (GK) daripada Universiti Malaya. Gagal dalam pelajaran kerana terlalu aktif sangat dalam berpolitik di kampus. Ini bukan satu contoh yang baik yang boleh diikuti oleh mahasiswa. Malah ibubapa perlu memastikan anak-anak mereka yang mahu aktif dalam bidang kepimpinan di kampus tidak mengabaikan pelajaran Setelah gagal, Shazni masuk pula ke Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Mungkin lebih selesa di KUIS yang berada di bawah kerajaan negeri Khalid Ibrahim. Mahasiswa jangan mudah terpedaya dengan ajakan dari SMM ini. Bahagikan masa dengan baik antara politik kampus dan belajar, jangan jadi seperti Shazni Munir.


Ayuh Berikan Sokongan Untuk Negara


Malam ini, 90 minit permainan di Stadium Gelora Bung Karno menjadi detik penentuan untuk menabalkan Harimau Malaya sebagai juara bolasepak Asia Tenggara. 14 tahun lepas, Malaysia dikecewakan 0-1 oleh Thailand di perlawanan akhir. Dengan skuad yang muda dan penuh semangat, malam ini adalah peluang terbaik untuk Harimau Malaya menebus semula hutang kekalahan 1-5 kepada Garuda. Kemenangan 0-3 belum cukup lagi, masih ada baki lagi 1 gol yang perlu dibalas.

Laser yang dijadikan helah oleh Markus akhirnya memakan diri sendiri. Tiga gol yang dilepaskan bukanlah disebabkan oleh laser tetapi adalah kerana kesilapan Markus sendiri.


Kemenangan malam ini adalah hadiah terbaik untuk membalas segala provokasi yang dibuat oleh media negara jiran tersebut terhadap pasukan negara. Provokasi yang dicemuh oleh Alfred Riedl kerana menyebabkan pemain Indonesia mabuk dengan pujian. Kemenangan 0-3 baru "sebelah kaki" bergelar juara. Dengan sokongan dan doa pemain ke-12 iaitu warganegara Malaysia yang penuh patriotik, Harimau Malaya akan mengaum lagi malam ini. Lupakan seketika perbezaan pendapat demi Harimau Malaya. Ayuh semua mari kita memberi sokongan padu untuk negara.

Wednesday, December 1, 2010

Nik Aziz Pertahankan Kesalahan S. Kesavan


30 November 2010, S. Kesavan (ADUN PKR Hutan Melintang) bertindak kurang adab dan menjerit membuat kecoh dalam Dewan Undangan Negeri Perak. S. Kesavan digantung seminggu mengikut peruntukan 44(3) Perintah Tetap Sidang DUN Perak dibaca bersama peruntukan 44(5). Siapa yang ajar S. Kesavan bertindak biadap sedemikian? Atau Kesavan sengaja berbuat demikian untuk mencari publisiti terhadap dirinya bila dikenakan hukuman. Ini kerana beberapa hari lepas, S. Kesavan telah menafsir ayat Quran secara salah.


Pada 28 November 2010, S. Kesavan telah menimbulkan kontroversi bila membaca tafsiran ayat 190 dan 191 Surah Al Imran ketika Kongres Tahunan PKR di Petaling Jaya. S. Kesavan menyatakan “sama ada saya buat salah atau tidak, Ustaz PAS itu akan menjelaskannya kelak,”. S. Kesavan telah seolah menyalahkan Ustaz PAS tersebut kerana menyalah tafsir ayat Al Quran.


Lihat video ini. Jika salah, mengapa ustaz ustaz lain dalam PKR tidak menegur pun?

Terjemahan yang disebut oleh Kesavan berbunyi: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun”.

Sebaliknya tafsiran sebenar ayat 190 dan 191 Surah Al Imran adalah seperti berikut:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka”.


Seperti yang diduga, Nik Aziz terus mempertahankan tindakan S. Kesavan menggunakan tafsiran yang salah. "Saya tidak tahu ayat mana yang orang maksudkan salah tafsir…saya setuju benar dengan tindakan orang bukan Islam untuk mempelajari dan menggunakan ayat Al-Quran" kata Nik Aziz. Seperti yang berlaku ketika Nga Kor Ming mempersendakan ayat-ayat suci Al Quran ketika pilihan raya kecil di Bukit Gantang. Sampai bila-bila pun orang orang kafir dari PKR dan DAP akan terus mempersendakan Al Quran kerana ada orang Islam dalam PAS yang membenarkan perbuatan tersebut. Usah biarkan orang kafir mempersendakan kalimah suci Al Quran untuk tujuan politik.