Tuesday, November 30, 2010

Anwar Ibrahim : The Prince Machiavelli

"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri" dakwa Wan Azizah pada 27 November 2010 dalam Kongres PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Dakwa Wan Azizah "Ketuanan Melayu" digunakan oleh manusia yang rasuah, korup dan pecah amanah. PKR menggunakan alasan korupsi untuk menghapuskan apa yang ada pada orang Melayu dan menafikan orang Melayu sebagai "tuan" di tanah Melayu ini.

Siapa Melayu yang bergelar "tuan" di tanah Melayu ini sebenarnya? Tentulah Raja Melayu. Meminta agar terma tersebut dimansuhkan adalah satu penghinaan kepada institusi Kesultanan Melayu. PKR nampaknya telah dipengaruhi oleh DAP untuk menggunakan teknik Revolusi China 1911 yang mana menumbangkan Dinasti Qing di China. Korupsi dijadikan alasan untuk gulingkan kerajaan beraja di China dulu, sama seperti apa yang mahu dibuat oleh PKR dan DAP di negara ini, cara revolusi.


Sehari sebelumnya pada 27 November 2010, dalam temubual bersama dengan Sin Chew Daily Anwar berkata seandainya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, beliau akan menyandang jawatan Perdana Menteri, dan orang yang bakal menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang. "Kit Siang jadi Timbalan kalau saya jadi PM" demikian tajuk wawancara Anwar bersama dengan Sin Chew Daily. Mengapa Anwar tidak mahu pilih Timbalan Perdana Menteri dari PAS? Sudah terserlah niat Anwar hendak menipu PAS dan memilih DAP sebagai rakan yang lebih dipercayai berbanding PAS.

Anwar pernah berkata "Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang berjuang untuk kepentingan satu kaum seperti yang diamalkan oleh DAP dan parti-parti pembangkang lain. Saya tidak nampak pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang (DAP) berjuang dan bekerjasama dengan orang-orang Melayu". Demikian ucapan Anwar ketika merasmikan Lapangan Terbang Sibu pada 17 April 1995. Dulu Anwar kata Kit Siang dan DAP parti yang rasis, kini selepas 15 tahun Anwar hendak melantik Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Cara politik Anwar seperti "the end justify the means", sanggup menggadaikan hak bangsa sendiri semata-mata untuk cita-cita peribadi. PAS pun sanggup diketepikan bila ketamakkan menguasai diri. Inilah The Prince sebenar yang dimaksudkan oleh Machiavelli.

Thursday, November 18, 2010

DAP Sudah Jajah PBT

Sesudah tanah dirampas di Pulau Pinang, orang Melayu digelar dengan panggilan "monyet", gambar orang Melayu dipijak, kontraktor Melayu dituduh tidak guna, rumah dan gerai orang Melayu dirobohkan kini DAP mengorak langkah untuk jajah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula. 14 November 2010, DAP telah melakukan pilihan raya untuk PBT di Penang Chinese Girls Alumni Association. Hanya 300 orang yang mengundi untuk 5 jawatan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan 4 jawatan dalam Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). (lihat video) Tiada seorang pun orang Melayu yang terpilih (baca sini).

Tiada seorang pun wakil Melayu dalam PBT. Ini strategi halus DAP usir orang Melayu dari tampuk kerajaan negeri dan PBT. Mereka menjadi ghairah dan rakus kerana ada orang Melayu dalam PAS dan PKR yang sokong tindakan DAP ini. Sebenarnya apa yang dilakukan oleh DAP ini jelas menyalahi Perlembagaan Persekutuan (baca sini).

Menyalahi apa yang termaktub dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]. Subseksyen 15(1) Akta 171 serta membelakangkan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) dalam mengubah sesuatu dasar. DAP tidak boleh dibiarkan sebegini, satu tindakan undang-undang perlu dilakukan oleh Peguam Negara untuk mendakwa tindakan DAP ini. Mereka sudah melampaui batas dan biaDAP. Ketika orang Melayu masih belum sedar sedar, inilah waktu terbaik untuk DAP akan menjadi lebih melampau lagi. Sampai bila hendak jadi begini?

PKR Mempertikai Mahkamah Syariah

16 November 2010, Gooi Hsiao Leung (Naib Ketua Pemuda PKR Kedah) menyatakan ibu bapa Islam menggunakan Mahkamah Syariah untuk merampas anak setelah sesuatu pasangan bercerai (baca sini). "Ibu atau bapa yang beragama Islam itu boleh berbuat demikian kerana berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Syariah yang mencabuli hak perlembagaan dan hak awam ibu atau bapa yang bukan beragama Islam berhubung anak mereka,” kata Gooi. Sebenarnya kes pemutusan hak penjagaan anak yang dibuat di Mahkamah Syariah tidak membelakangkan Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang didakwa oleh Gooi.

Kenyataan Gooi ini menjelaskan bahawa Gooi tidak memahami Perkara 121 (1A) yang menyatakan bahawa
perkara yang berkaitan sama ada seseorang itu beragama Islam atau tidak, berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Perkara 121 (1A) menjadi asas kepada Hakim Datuk Zainun Ali untuk memutuskan menolak kes rayuan S.Kaliammal (balu pendaki Everest negara Sarjan M. Moorthy) yang penukaran agamanya kepada Islam telah menimbulkan pertikaian pada 20 Ogos 2010. Mengapa Gooi perlu mempertikai mahkamah syariah secara terbuka di media?
5 April 2007, Norman Fernandez (Naib Pengerusi DAP Johor) mempertikai keputusan Muhammad Shafi Saravanan Abdullah (suami Subashini) untuk membawa prosiding perceraian mereka ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan hak penjagaan anak mereka. Mengapa DAP dan PKR selalu sangat mempertikai dan masuk campur dalam isu yang berkaitan Mahkamah Syariah? PAS pula diam sahaja bila dua sahabatnya itu mengasak Mahkamah Syariah.

Desakan Gooi ini adalah selari dengan apa yang dituntut oleh dalam Perkara 3, Interfaith Commission (IFC) iaitu sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil. Ternyata, apa yang didesak oleh PKR ini jelas sekali membelakangkan Perlembagaan Persekutuan. Peliknya, mengapa Ustaz Azizan membiarkan PKR mempertikaikan persoalan Mahkamah Syariah di Kedah? Apakah Ustaz Azizan tidak tahu atau buat buat tidak tahu? Inilah agenda besar PKR, mereka bukan berbicara soal kebajikan rakyat selepas bencana banjir tetapi mempersoalkan pula kedudukan Mahkamah Syariah di negara ini.

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha

Pengorbanan Nabi Ismail & Ibrahim di Makkah, perjuangan Khalid Al Walid di Yarmurk, keberanian Tariq Al Ziyad di Gibraltar, keperkasaan Salehuddin Al Ayubi di Hittin, keperwiraan Rukunuddin di Ain Jalut adalah untuk agama & bangsa dan tanahair. Moga semangat itu menjadi inspirasi dalam diri umat setiap Islam dalam mempertahankan negara ini. Pengorbanan yang besar dituntut untuk perjuagan yang belum selesai ini. Moga nusrah Allah SWT bersama kita semua. Salam Aidiladha.

Tuesday, November 16, 2010

DAP Rasis: Gelar Orang Kampung Sebagai Monyet

Salah seorang penduduk Kampung Genting yang berdemo pada 2 November 2010.

9 November 2010, R.S.N. Rayer ( ADUN DAP Seri Delima) telah berkata "Demonstrasi yang diketuai Ketua Pemuda UMNO, Norman Zahalan itu mengancam pelancongan negeri. Tindak-tanduk penyokong tersebut, serupa monyet yang menggoncang pintu pagar seolah-olah nak meruntuhkan pagar tersebut,". Demonstrasi yang dilakukan pada 2 November 2010 berikutan tindakan DAP Pulau Pinang mahu merampas tanah rakyat seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting untuk mendirikan sebuah universiti swasta.

DAP bising bila PNB hendak buat menara 100 tingkat. Pelajar-pelajar diminta makan kek sebagai protes. Bila orang Melayu protes tanah mereka mahu dirampas, DAP gelar sebagai "monyet". Dasar DAP tidak equal kepada rakyat. Tidak seindah philosophy Sun Yat Sen yang ditiru oleh DAP. Pakai baju Teo Beng Hock ketika protes menara memang sesuatu yang "suspicious". Apakah ini pelajar-pelajar produk universiti baru DAP di Balik Pulau nanti?

Rayer perlu digantung dari Dewan Undangan Negeri. Perkataan rasisnya itu perlu dikenakan tindakan dibawah Akta Hasutan 1948, Perkara 3 (1 e) iaitu bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia.

Menggelar "monyet" menyerlahkan sikap DAP yang amat biadap. Jika Datuk Azhar mempersoalkan tentang duit judi kuda dalam Dewan Undangan Negeri, DAP telah gantung Datuk Azhar kerana mendakwa rasis. Rasis apa kalau gagal menjawab persoalan yang ditimbulkan dalam dewan? Rayer juga perlu digantung dari Dewan Undangan Negeri kerana kenyataan rasisnya terhadap orang Melayu yang menuntut hak dan tanah mereka.

Inilah DAP, mereka melayan orang Melayu dengan gelaran dan perumpamaan binatang untuk menghalalkan usaha mereka merampas dan mengusir keluar orang Melayu dari Pulau Pinang. Kini hanya tinggal 20.41% sahaja tanah Melayu di Pulau Pinang, strategi pengusiran DAP ini sama seperti apa yang telah dibuat oleh Zionis terhadap bumi Palestin. Buat Melayu yang belum sedar, masih belum terlambat untuk berubah sebelum segala-galanya menjadi bubur.

PAS Kedah Takut Dengan Kebenaran

12 November 2010, 103 orang mangsa banjir yang tinggal di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Alor Janggus dihalau keluar oleh kerajaan PAS negeri Kedah (baca sini). Mereka diarah berpindah dengan segera melalui pembesar suara dan hanya diberi tempoh lima minit untuk berangkat keluar. Diskriminasi ini dibuat terhadap 103 orang mangsa banjir tersebut semata-mata kerana perbezaan fahaman politik. Sebagai kerajaan negeri, Ustaz Azizan tidak boleh melayan mangsa banjir mengikut warna politik.

Azmi Md Isa (Pengerusi JKKP Tok Keling) telah mendedahkan dalam video ini tentang diskriminasi yang dilakukan oleh kerajaan PAS negeri Kedah dalam agihan bantuan banjir. Kejadian berlaku pada 4 November 2010 di pusat pemindahan banjir di Alor Selut. Biarpun bantuan banjir telah diturunkan untuk diberikan tetapi ianya diambil semula setelah mendapati majoriti mangsa banjir tersebut adalah ahli UMNO. Malah ada wakil rakyat PAS yang tutup telefon dan mendakwa berada di luar negara ketika banjir berlaku di Kedah. Menyalahkan pula pembinaan landasan berkembar sebagai penyebab banjir. Tanggungjawab sebagai kerajaan negeri perlu dilaksanakan dengan saksama bukannya menyalahkan orang dan pihak lain. Lebih teruk jika "buat kelaku" di depan wartawan. Mengapa perlu bermusuh dengan media?

10 November 2010, Ustaz Azizan akhirnya tidak dapat lagi menahan tekanan dan beban tugas untuk menyelesaikan masalah banjir di Kedah. Akhirnya Ustaz Azizan mula "bebai" depan wartawan (lihat video). Akibat tidak tahan lagi dengan kebenaran yang didedah oleh media, maka Ustaz Azizan mengambil tindakan untuk mengharamkan media ketika sidang Dewan Undangan Negeri Kedah berlangsung. Takut banyak perkara yang tidak kena lagi akan dibongkar oleh media. Bila dihubungi, Ustaz kata "saya sangat sibuk, saya dalam mesyuarat." Beginilah keadaannya di Kedah, bila satu demi satu berita tentang ketidak adilan PAS dibongkar, akhirnya media terus diharamkan di Kedah. Sampai bila Ustaz Azizan hendak bersembunyi dari kebenaran?

Tuesday, November 9, 2010

Nik Aziz Terdiam Bila Dikata DAP Akan Perintah Malaysia

3 November 2010, Nik Aziz telah bertemu secara ruasnya, Mohd Nor Deris (Bekas Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, bekas AJK PAS Pusat) ketika berkempen di rumah Haji Omar di Galas. Dalam pertemuan tersebut, Nik Aziz diminta dan digesa untuk tinggalkan pakatan dengan DAP yang membawa kerugian kepada umat Islam. Nik Aziz tidak mampu untuk menjawab soalan yang bertalu-talu diajukan oleh Mohd Nor Deris. (Lihat Video 1) dan (Lihat Video 2) ini.

Nik Aziz akhirnya terdiam dengan asakan daripada Mohd Nor Deris. Ternyata Nik Aziz gagal untuk menafikan bahawa pakatan PAS dengan DAP membawa kepada perpecahan Islam. Sesama Islam dikafirkan tetapi dengan Karpal Singh, Kit Siang dan Guan Eng, PAS boleh berkawan baik sedangkan DAP memusuhi Islam secara nyata.

"Macam mana kita mau kafirkan UMNO, saya (Guan Eng pun kafir juga" pengakuan Guan Eng di hadapan penyokong PAS di Galas pada 3 November 2010 (baca sini). Amat jelas, DAP hanya mempermainkan Islam sahaja. Mendakwa ingin menurut cara Umar Abdul Aziz kononya, namun akhirnya mengakui diri mereka yang sebenar.

Deklarasi Setapak adalah pegangan DAP yang sebenar. Pada 29 Julai 1967, DAP mengadakan satu majlis makan malam sempena ulangtahun DAP yang pertama di Setapak. Dalam jamuan makan malam tersebut, DAP menyatakan deklarasi mahukan ideologi satu negara yang bebas, amalkan cara demokratik tetapi masih berfahaman sosialis, Malaysian Malaysia dan mendesak kesaksamaan dalam ekonomi. Selagi PAS masih bertanding hanya 60 kerusi parlimen, PAS tidak akan boleh memerintah negara ini bersendirian. PAS terpaksa berpakat dengan DAP yang lebih dominan dalam parlimen. Ada benarnya kata-kata Mohd Nor Deris bahawa "DAP nak memerintah Malaysia, anak generasi kita nanti jadi anjing DAP". Orang Islam perlu merenung kata-kata ini dengan mendalam. Sebelum nasi menjadi bubur, masih belum terlambat untuk bertindak.

PKR : Parti Yang Tidak Adil

13 Julai 2009, Zaid Ibrahim telah masuk ke dalam PKR setelah tewas bertanding Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu. Setahun empat bulan selepas itu, pada 8 November 2010, Zaid Ibrahim mengumumkan meletak jawatan dalam PKR dan berundur bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR. Keputusan Zaid ini dilihat sebagai klimaks kepada perpecahan dan penyelewengan pertandingan dalam PKR.



Pada hari pertama pemilihan, Zaid Ibrahim mendahului Azmin Ali dengan 203 undi. Zaid masih lagi mendahului Azmin dengan 43 undi sampai hari ketiga. Namun kedudukan Zaid yang mendahului Zaid sehingga hari ketiga tiba tiba bertukar bila Saifuddin Nasuiton (Ahli Parlimen PAS Machang) menyatakan data yang dimasukkan adalah silap. Maka keputusan baru pun keluar dengan Azmin Ali pula mendahului Zaid dengan 522 undi. Daripada berbeza hanya 43 undi pada hari ketiga, tiba-tiba terbalik menjadi 522 undi. Apakah berlaku penyelewengan dan penipuan dalam jumlah undi hanya untuk memenangkan Azmin Ali? Bagaimana data boleh menjadi silap? Mana dia Human Right Watch, Amnesty International, SUHAKAM, MAFREL untuk membidas penyelewengan ini?

Dakwaan bahawa penyelewengan berlaku adalah berasas. Ini akui oleh , P. S. Janapala (Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR) yang mendakwa Anwar Ibrahim menggunakan kedudukannya bagi mendesak ketua-ketua cabang parti supaya memastikan pengundian di Sabah berpihak kepada Azmin. Inikah demokrasi dan keadilan yang dilaungkan PKR? Ternyata ayat "konspirasi, nepotisme, kronisme" yang acapkali dijadikan sebagai alat kempen Anwar untuk mengecam orang lain telah menjadi barah dalam partinya sendiri. PKR bukanlah parti yang demokrasi. Timbalan yang mahu digandingkan dengan Anwar, ditentukan oleh kroni Anwar, bukan rakyat PKR yang memilihnya. Pakat pakatlah keluar ramai-ramai.

Tuesday, November 2, 2010

Rasuah Dari Tok Guru

2 November 2010, beberapa orang pengundi daripada masyarakat orang Asli di Kampung Hendrop, Galas telah menerima habuan daripada Nik Aziz. Setelah menawarkan tanah 2 ekar sehari sebelumnya melalui Timbalan Menteri Besar PAS Kelantan. Kali ini Nik Aziz tanpa berselindung lagi memberi sendiri wang berjumlah RM300 kepada masyarakat orang Asli menjelang hari pengundian pada 4 November 2010. Rakyat Galas cuba dikabui dengan duit RM300 kepada orang Asli, duit RM200-250 untuk pengundi luar dan tanah 2 ekar untuk mengumpan mereka terus mengundi PAS. Hakikatnya, PAS telah membuat untung yang lebih besar daripada itu hasil tanah yang dirampas untuk kegiatan pembalakan dan perladangan haram.

Bukan sekadar di Galas, malah Persatuan Peniaga-Peniaga yang dijanjikan awalnya gerai di ground level di Bazaar Tok Guru telah diminta berpindah ke tingkat 1 dan 2. Berlainan dengan janji awal Nik Aziz pada 6 Mac 2008 untuk memberikan ruang niaga tingkat bawah kepada mereka selepas menang pilihan raya umum. Perjanjian antara SensaTimur dan Nik Aziz pada 1 Jun 2009 banyak berat sebelah dan menguntungkan SensaTimur dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui oleh menantunya. Janji awal kepada persatuan peniaga dinafikan terus selepas perjanjian tersebut.

Bazaar Tok Guru seluas 5.9 ekar telah menjadi satu projek untuk kayakan kroni Nik Aziz. Peniaga tidak dirunding langsung oleh pemaju. Rasuah dan penyelewengan jika "dihalalkan" oleh Tok Guru ianya boleh belaka. Hukum mengikut selera. Bila sudah dapat undi nanti masyarakat di Galas pula akan dikenakan oleh PAS. Sebelum terkena lebih baik berfikir panjang tentang rasuah yang telah diterima dari Tok Guru. Cukuplah 20 tahun, PAS mengula-gulakan rakyat dengan janji dan duit. Undi di Galas penting untuk memberi signal perubahan kepada seluruh negeri Kelantan.

Monday, November 1, 2010

PAS Rampas Tanah Rakyat

Lebih 30,000 hektar tanah rakyat di Hulu Kelantan telah dirampas oleh kerajaan PAS negeri Kelantan sejak 20 tahun lalu. Tanah yang diusahakan oleh rakyat telah diambil untuk projek ladang rakyat yang hanya menguntungkan kroni PAS. Syarikat luar yang memajak tanah sehingga 99 tahun telah diberikan keutamaan berbanding rakyat tempatan yang sudah membayar wang deposit untuk memproses geran tanah. Taukeh balak kaya raya, orang kampung dirampas tanahnya.

1 November 2010, ketika pilihan raya Galas tinggal tiga hari lagi, Datuk Ahmad Yaakob (Timbalan Menteri Besar Kelantan) mahu memberikan dua ekar tanah kepada orang asli di Galas. Isu royalti minyak senyap terus di Galas. PAS makin tertekan untuk mengekalkan kerusi Galas. Lebih tertekan bila Piala Malaysia yang dimenangi adalah hasil teraju orang-orang UMNO di Kelantan. Tanah yang dulunya dirampas mula diberikan semula untuk tagih undi hanya di Galas. Inilah polisi kluk klek PAS di Kelantan. Terdesak mahu undi, rasuah pun sudah dihalalkan.