Tuesday, October 26, 2010

PAS Benarkan Chan Ming Kai Persenda Ayat Suci Al Quran

19 September 2009, Chan Ming Kai (ADUN PKR Simpang Pulai) bertakbir dan bertahmid dari rumah ke rumah di Kampung Tanjung Simpang Pulai pada malam Hari Raya Puasa pada tahun lepas. Orang-orang PAS menjemput Chan Ming Kai untuk bersama-sama dalam program dari rumah ke rumah tersebut. Ada orang PAS yang tidak berpuashati dengan tindakan Chan Ming Kai dan mereka memuat naik video tersebut di Youtube.

25 Oktober 2010, Chan Ming Kai sekali lagi mencemarkan kesucian agama Islam bila bertindak membaca dan menafsirkan ayat suci Al Quran dalam pilihan raya kecil Galas. Chan Ming Kai bertindak demikian dalam satu ceramah di Padang Sivik, Gua Musang. PAS membenarkan sekali lagi ayat suci Al Quran digunakan oleh orang kafir untuk tujuan politik.

Dalam program tersebut, hadir sama adalah Nik Mohamad Amar Nik Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Namun Nik Amar tidak menegur langsung perbuatan yang dilakukan oleh Chan Ming Kai. Sama seperti di Bukit Gantang bila Nga Kor Ming mempermainkan ayat suci, PAS menghalalkan dan membenarkan ayat suci digunakan asalkan mereka dapat undi. Tindakan PAS ini menyerlahkan bahawa adalah parti yang tidak mempertahankan kesucian Islam.

Orang Islam harus menerima pendapat Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia pada 6 April 2009 yang berpandangan, "tindakan mana-mana orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk tujuan kempen politik adalah cubaan mempersenda kesucian dan keagungan Al-Quran". Jangan kerana terlalu fanatik berpolitik, maka orang bukan Islam dibela dan diagungkan hinggakan pandangan mufti ditolak ketepi.

Monday, October 25, 2010

Parlimen Mahasiswa: Model Politik Kampus Baru di USM


23 Oktober 2010, Majlis Perwakilan Pelajar USM telah menyegarkan semula cara berpolitik di kampus bila memulakan persidangan "Parlimen Mahasiswa" di USM. Mesyuarat Dewan Perundingan Pelajar (MDPP) yang berlangsung selama sehari dan membahaskan 19 usul telah mencorak satu landskap baru bagi persekitaran politik kampus di Malaysia. Majlis Perwakilan Pelajar USM yang didominasi oleh pro Aspirasi telah berjaya membuktikan bahawa Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) tidak menghalang mereka untuk berpolitik dengan bijaksana dalam memperjuangkan hak dan kebajikan pelajar di universiti.

Paling berani adalah gesaan MPP kepada kerajaan negeri yang dipimpin oleh DAP agar membenteras isu merempat di kalangan rakyat di Pulau Pinang dalam usul ke-10 Parlimen Mahasiswa. MPP juga berani bersuara menolak cadangan CUEPACS yang ingin melanjutkan usia persaraan penjawat awam dari 58 tahun kepada 60 tahun. Secara keseluruhannya, usul yang dibentangkan dalam "Parlimen Mahasiswa" adalah bersifat konstruktif untuk kebajikan mahasiswa. Inilah "student power" sebenar bagi mahasiswa. Mereka berbahas dengan rasional dan membuat usul dengan cara yang bijaksana bukan menggunakan jalanan sebagai "parlimen" untuk bersuara. Tahniah kepada MPP USM. Alangkah baiknya jika mahasiswa berpolitik dengan cara begini. Pelajaran tidak terabai, isu dapat disuarakan dan suara pelajar dapat dikemukakan dengan cara yang bijak.

Demi Undi: Hatta Ramli MengGalas DAP


Apa sudah jadi dengan Ahli Parlimen PAS Kuala Krai, Hatta Ramli? Sibuk benar nampaknya Hatta Ramli menggantung lambang DAP di tiang elektrik menuju ke Parlimen. Apakah sudah habis ahli-ahli DAP hinggakan Hatta Ramli kena gantung lambang roket di situ? Beginilah jadinya bila PAS hanya ada 24 kerusi berbanding DAP yang ada 29 kerusi dalam parlimen. Disuruh apa pun, PAS kena ikut. Sudah sanggup jadi "kuli" DAP nampaknya.

Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) dan Lim Lip Eng (Ahli Parlimen DAP Segambut) turut sama memperbetulkan lambang parti DAP bersama dengan Hatta Ramli. PAS sudah sanggup menggadai prinsip "Membangun Bersama Islam" untuk menagih bantuan DAP di Galas. Apa yang DAP suruh akan digalas juga oleh Hatta Ramli. PAS sudah letak ketepi soal prinsip dan maruah partinya kerana mahu bantuan DAP. Padahal roket chauvinis itu hanyalah mahu menembak bulan semata-mata. Apa yang bulan minta, roket tidak mahu ikut pun. Roket minta bulan langkah badannya dulu tapi bulan mengalah kerana tidak cukup kerusi. Menggalas apa yang disuruh untuk tagih undi dari DAP.

Wednesday, October 20, 2010

DAP Bersikap Rasis Terhadap Menara Warisan Merdeka

19 Oktober 2010, seramai lima orang ahli parlimen DAP telah membuat bantahan terhadap pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat di tapak cadangan pembinaaan lokasi tersebut. Ahli ahli parlimen DAP tersebut menyatakan pembinaan menara 100 tingkat itu membazir wang rakyat. Berbagai alasan dicipta dan fan pages di facebook diwujudkan untuk menunjukkan rakyat juga sependapat dengan mereka.

Apa benda yang DAP tidak bantah? Dulu pembangkang bantah buat Jambatan Pulau Pinang, bantah buat KLCC, bantah buat empangan Bakun dan pernah cadang hendak jual Putrajaya kalau menang dalam pilihan raya 1999. 20 November 2006, Teresa Kok mempertikaikan kenapa kerajaan membina Istana Baru sedangkan istana yang besar sudah ada di Putrajaya. Tahukah DAP milik siapa istana di Putrajaya itu? 22 Julai 2010, serangan ke atas pembinaan istana baru diteruskan lagi oleh DAP bila Lim Lip Eng (Ahli Parlimen DAP Segambut) mengemukakan gambar kononnya ada kanak-kanak tinggal di tapak pembinaan istana baru. Semua ini dibuat untuk menguatkan tuduhan DAP bahawa istana baru diadakan hasil wang rakyat. DAP tidak suka sebenarnya kepada institusi beraja. Jika dikaji, ideologi chauvinis memang menentang sistem beraja di China sejak dulu lagi. Kini, waris chauvinis di Tanah Melayu ini menentang raja-raja Melayu.


Apakah projek 100 juta ini tidak membazir? Kenapa ianya diluluskan secara tergesa-gesa?


Tanah seluas 337.9 ekar telah diluluskan di Kuala Langat dalam Mesyuarakat Exco Selangor pada 18 Februari 2009 untuk membina kandang mega khinzir bernilai 100 juta. Tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting Balik Pulau diambil oleh DAP menurut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah untuk membina kampus University Nanyang di Pulau Pinang. Tanah orang Melayu diambil dan diusir untuk bina dua projek mega DAP ini. Biarpun rakyat memprotes namun projek ini tetap mahu diteruskan. Duit rakyat digunakan oleh DAP untuk bina projek mega yang untungkan kroni mereka.

17 Mac 1978, PNB ditubuhkan sebagai instrumen untuk memacu Dasar Ekonomi Baru. Untuk memacu persekitaran baru menjelang 2020, PNB perlukan metodologi baru untuk menghadapi cabaran mendatang. Membazirkah melabur untuk potensi baru pekerjaan rakyat pada masa hadapan? Tahukah DAP siapa yang bebaskan Guthrie dari penjajah?

Menara Warisan Merdeka dibina oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). DAP tidak suka sebab PNB majoritinya adalah orang Melayu. DAP bersikap rasis bila orang Melayu mahu membina dan membuat sesuatu. Bila DAP berkuasa habis duit rakyat digunakan untuk bangunkan kandang, lot tanah kubur dirampas untuk pembangunan, tanah dipajak hingga 999 tahun, rumah orang Melayu dihalau untuk pembangunan. Apakah ini tidak rasis? Mengapa tidak melihat wang rakyat hasil cukai itu disalurkan untuk memberi elaun kepada ribuan imam sejumlah RM750 sebulan. Cara pemikiran pembayar cukai perlu lebih inklusif, jangan hanya terperuk dengan persepsi yang dimomok oleh pembangkang sahaja. Bia siap menara ini, DAP pula yang beriya iya hendak menjajah menara itu. Segalanya tidak membazir bila sudah siap nanti.

Tuesday, October 19, 2010

Kampung Buah Pala 2 di Ijok

18 Oktober 2010, 24 keluarga di Ladang Coalfield, Sungai Buloh, Ijok telah diberhentikan kerja. Ladang mereka dijual untuk dibangunkan kawasan perumahan. Kawasan tapak rumah mereka akan dibangunkan oleh pemaju. Penduduk diarahkan berpindah ke rumah kos rendah yang berharga RM42,000. Penduduk tidak berpindah kerana gagal membuat pinjaman untuk membeli rumah tersebut, disebabkan oleh faktor pekerjaan dan usia. Penduduk telah berbincang dengan Xavier Jayakumar, namun hasilnya buntu. Penduduk diarah juga untuk berpindah agar projek perumahan dapat diadakan oleh pemaju (baca sini).


Kami sudah tiga generasi tinggal di estet ini. Kami desak supaya diberi pampasan sewajarnya dan jangan aniaya kami sebegini,” kata R. Lobat, wakil penduduk di situ. Penduduk kesal dengan kenyataan Xavier Jayakumar dalam Selangorkini, edisi Oktober, mukasurat 15 yang mendakwa pihak pemaju telah bersetuju membayar pampasan berjumlah RM30,000 kepada penduduk terbabit. Xavier didakwa berbohong kepada penduduk. Malah penduduk turut terkilan kerana ADUN Ijok iaitu Khalid Ibrahim tidak mempedulikan nasib mereka.


Apa yang berlaku terhadap 110 orang penduduk di Ladang Coafield seolah ulangan apa yang berlaku pada 23 keluarga di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang. Rumah mereka dirobohkan akhirnya untuk pembangunan. Lim Guan Eng lepas tangan dan tidak mengendahkan nasib mereka. Nasib 24 orang keluarga di Ladang Coafield cukup memilukan, mereka teraniaya kerana sikap ADUN dan Exco yang hanya pandai berjanji dan mencari publisiti. Inilah politik cara DAP dan PKR bila mereka memerintah sesebuah negeri. Keuntungan didahulukan kroni diutamakan. Rakyat dianiaya untuk kayakan pemaju.

Monday, October 18, 2010

Universiti Nanyang: Pelan Terancang Usir Orang Melayu


15 Ogos 2010, kerajaan DAP Pulau Pinang telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting Balik Pulau di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah untuk membina kampus University Nanyang di Pulau Pinang. Semalam, 100 orang penduduk di Kampung Genting telah membantah cadangan Lim Guan Eng untuk mengambil tanah orang Melayu dan membina kampus University Nanyang.

'Kami tak mahu P. Pinang jadi macam Singapura, ada faham!!', 'Mana CAT hang Guan Eng, cakap tak serupa bikin' dan 'Kami tak rela tanah kami dirampas, langkah mayat kami dulu! Guan Eng perampas tanah Melayu', berikut adalah antara sepanduk yang dipaparkan oleh penduduk kampung yang marah terhadap Lim Guan Eng.


DAP mahu membayar harga tanah yang murah dan rendah berbanding pasaran kepada penduduk kampung. SPRM perlu menyiasat kenapa pemaju mahu membeli dengan harga yang rendah. Pembinaan Universiti Nanyang ini adalah satu pelan terancang untuk mengusir keluar orang Melayu dari Pulau Pinang. Sila lihat siapa yang kuasai Universiti Nanyang (baca sini). Balik Pulau adalah parlimen yang majoritinya Melayu di bahagian pulau. Usaha DAP untuk membina Universiti Nanyang atas nama Education Hub sebenarnya adalah untuk menguasai keseluruhan kawasan pulau agar DAP boleh menguasainya secara mutlak. DAP semakin rakus untuk berkuasa. Apa yang memalukan, yang membantu usaha DAP ini adalah orang Melayu sendiri. Kerana umpan kemewahan, tanah Melayu akan tergadai.

Presiden UIA Perlu Bertanggungjawab

"Terima Kasih" demikian ucapan yang diberikan kepada UIA oleh Fahmi Reza setelah siri "public lecture" Student Power telah berjaya diadakan di kampus berkenaan pada 11 Oktober 2010 di Kulliyah of Engineering. Public lecture ini banyak memutar belit cerita yang sebenar dan menuntut autonomi yang sepenuhnya di universiti. Jika autonomi sepenuhnya dituntut di UIA, maka jawatan Presiden UIA juga perlu diberikan kepada pelajar. Ini kerana Presiden UIA gagal melaksanakan tugasnya untuk membebaskan UIA daripada pengaruh pelajar dan pensyarah pro pembangkang. Malah membenarkan pula public lecture yang ditaja oleh penaja dari asing ini masuk ke kampus untuk meracuni minda pelajar. Fahmi Reza dibiayai oleh Pusat Komas.


Pada 16 dan 17 Oktober 2010, KOMAS dan kerajaan negeri Selangor telah menganjurkan Freedom Film Festival di PKNS. Rodziah Ismail (Exco Kerajaan Negeri Selangor) telah datang merasmikan festival tersebut. Turut hadir dalam festival itu adalah beberapa aktivis hak asasi dari Amnesty International serta Hishamuddin Rais. Festival ini sebenarnya ditaja oleh Kondrad Adenauer Stiftung (KAF), sebuah yayasan Yahudi yang beribu pejabat di Berlin, Jerman. Baca artikel ini tentang bahaya KAF. Filem yang dipertontonkan banyak berat sebelah dengan hanya menuduh kerajaan pusat sebagai autokratik. Mengapa tidak ditunjukkan kisah di Kampung Buah Pala Pulau Pinang dan kezaliman merobohkan kedai kedai Melayu di Pulau Pinang?

Begitu juga dengan public lecture Student Power, kebaikan perlaksanaan AUKU tidak dipaparkan. Pelajar cuba dirasuk agar mempercayai bahawa AUKU adalah "hantu" yang mencengkam kebebasan pelajar untuk berpersatuan. Presiden UIA perlu bertanggungjawab kerana membenarkan pengaruh luar yang tidak sihat masuk ke kampus. Presiden UIA perlu pecat mereka yang terlibat. Jangan hanya mengikut pekeliling di blog Kit Siang sahaja dan mahu memecat orang yang berjuang untuk negara. Universiti bukan dibina untuk menjadi sarang kepada bercambahnya aktivis pembangkang yang akhirnya keluar mengigit kembali tangan orang membina universiti tersebut. Pelajar perlu bebaskan diri dari khayalan karut bahawa AUKU adalah "hantu" yang mengokong kebebasan pelajar.

Sunday, October 17, 2010

Tony Pua: Batu Api Perkauman

Tony Pua (Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara) menyatakan Perdana Menteri sebagai menyalakan api perkauman bila mendedahkan "orang sebelah sana" adalah pihak yang mempersoalkan hak istimewa orang Melayu dan pihak yang menggantikan nama Yang Dipertuan Agong dalam doa khutbah Jumaat (baca sini). Memang benar DAP yang menjadi punca perkara tersebut, yang rasis adalah Tony Pua sendiri, pencetus api perkauman sebenar di negara ini. Nampaknya Tony Pua yang baru berhijrah dari Singapura perlu mendalami dulu erti "rasis" di negara ini. Usah menjadi batu api untuk memecahkan perpaduan kaum di Malaysia ini.

Mendedahkan mengenai tindakan rasis DAP bukanlah satu tindakan rasis. DAP gunakan ayat rasis untuk serang apa sahaja yang bersangkut paut dengan orang Melayu. Jika serangan DAP itu dipertahankan oleh mana-mana pemimpin Melayu, ianya dipanggil rasis. Interprestasi rasis double standard oleh DAP. Gambar atas menunjukkan kehadiran Tony Pua bersama-sama dengan Teresa Kok pada 8 Jun 2007, Forum Interfaith Commission mengenai Lina Joy di Hotel Armada, Petaling Jaya. Tony Pua dan Teresa Kok memberikan sokongan untuk Lina Joy murtad?

Siapa yang cadang mansuhkan diskaun pembelian hartanah bumiputera? Siapa yang anjurkan 10 forum untuk membela Namewee bila kali pertama Namewee mempermainkan azan sama seperti kokokan ayam? Orang itu adalah Tony Pua, ahli parlimen DAP. Inilah orangnya yang menjadi "batu api perkauman" sebenarnya. Terma rasis telah disalahguna untuk kepentingan mereka yang mahu menghapuskan hak kaum bumiputera di negara ini.

Malaysiakini Ajak Pembaca Berdoa Ibrahim Ali Masuk Kristian


Portal Malaysiakini pada 17 Oktober 2010, menyatakan "or he meet Jesus in his ICU bed and become devout Catholic and then fight for the rights of Christians to use Allah. Let's pray together" (baca sini). Malaysiakini telah membenarkan tulisan yang berbentuk sebegitu dalam portalnya. Mengajak pembaca berdoa agar Ibrahim Ali masuk Kristian dan berjuang untuk membenarkan kalimah Allah digunakan oleh Kristian. Tindakan Malaysiakini ini adalah tidak bertanggungjawab dan berbentuk serangan ke atas akidah seorang Islam.


Mendoakan agar seorang wakil rakyat Islam untuk murtad adalah tindakan yang jelas bertentangan dengan Perkara 3, Agama Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan. Mainkan sentimen agama dan menghasut pembaca untuk berbuat demikian adalah satu tindakan yang amat melampau. Semoga Ibrahim Ali cepat sembuh. Cabaran terhadap umat Islam di Malaysia ini makin kuat. Secara terus terang satu laman portal telah berbuat tindakan biadap terhadap agama Islam. Malaysiakini perlu diambil tindakan.

DAP Terus Aniaya Orang Islam Pulau Pinang

7 Julai 2010, 200 orang penduduk di Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong berdemonstrasi untuk menuntut tanah mereka dan tanah perkuburan lot 21/22 tidak diambil untuk projek perumahan mewah. 21 Ogos 2010, Arif Ibrahim (ahli PAS kawasan Tanjong) yang sudah marah dengan Guan Eng bila gagal menyelesaikan masalah tanah perkuburan lot 21 dan 22 di Masjid Jelutong telah bertindak menghalang kereta Lim Guan Eng.


15 Oktober 2010, selepas solat Jumaat, penduduk yang sama membuat demonstrasi untuk menuntut hak lot 21/22 tanah kubur orang Islam supaya tidak dimajukan. Namun kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mempedulikan masalah orang penduduk Islam yang berdemo, menghalang kereta Guan Eng dan merintih meminta agar hak mereka tidak dirampas untuk keuntungan berlipat ganda pemaju. Renteran kemarahan penduduk ini membuktikan bahawa DAP memang tidak berhasrat untuk membela nasib orang Islam di Pulau Pinang. Ditindas, dihalau dan dianaiya di tanah tumpah darah sendiri. Ini pengajaran besar untuk orang-orang PAS yang masih lagi taksub dengan DAP.

Friday, October 15, 2010

Azmin Ali Rasis: Gelar Gobala Sebagai Paria

N. Gobalakrishnan (Ahli Parlimen Padang Serai) mendakwa Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak) pernah memanggilnya sebagai "paria" dalam satu Mesyuarat Majlis Perwakilan Tertinggi PKR di Kemaman, Terengganu. Gelaran tersebut adalah satu panggilan yang rasis daripada bakal calon Timbalan Presiden PKR tersebut. Gelaran yang disebut oleh Azmin itu lebih rasis berbanding gelaran "si botol kicap". Sewajarnya T.Murugiah, Timbalan Menteri yang menjaga Biro Pengaduan Awam menyiasat perkara ini.

Azmin juga menurut Gobala tidak mengenakan tindakan terhadap Xavier Jayakumar yang didakwa menggunakan samseng untuk membelasah S.Kotappan dalam pemilihan PKR Kota Raja. PKR sudah menjadi semakin celaru. Perpecahan dalam PKR tidak dapat disembunyikan lagi. Sudah terpecah dua team dalam PKR, seumpama pecahnya lambang pada bendera PKR. Satu team diketuai Azmin Ali dengan restu Anwar Ibrahim, manakala satu team lagi diketuai oleh Zaid Ibrahim dengan naungan dari Wan Azizah. Team suami bertembung dengan team isteri. Mahukah wakil DAP seperti Kulasegaran, Karpal Singh, Prof Ramasamy membantah kenyataan rasis Azmin ini? Atau mereka berpihak sama dengan Xavier Jayakumar yang menyebelahi Azmin.

Thursday, October 14, 2010

Kes Liwat Anwar: Apa Pandangan PAS?


14 Oktober 2010, Dr Siew Sheue Feng, saksi pendakwa yang ketiga memberitahu mahkamah bahawa Saiful Bukhari telah menyatakan dia diliwat "beberapa kali" oleh individu berprofil tinggi pada 26 Jun 2008. Tumpuan terhadap kes perbicaraan liwat Anwar Ibrahim kembali lagi setelah pendedahan dua orang bekas pembantu peribadinya tentang pengakuan sumpah palsu. 13 Oktober 2010, Rasid Rosdi, bekas pembantu khas Anwar Ibrahim membuat pengakuan bahawa surat akuan sumpah yang ditandatanginya adalah dibuat dengan paksaan.

Pendedahan Rasid ini telah mengukuhkan lagi dakwaan sama yang dibuat oleh Rahimi Osman (bekas pembantu khas Anwar Ibrahim) pada 6 Oktober 2010 lepas. Rasid dan Rahimi dilihat tidak mahu lagi bersekongkol untuk menutup kesalahan yang dilakukan oleh ahli parlimen Permatang Pauh tersebut. Karpal Singh menuduh pendedahan Rasid dan Rahimi dirancang oleh pihak tertentu untuk kempen pilihan raya di Galas. Satu tuduhan rambang untuk membina persepsi buruk di kalangan rakyat. Karpal sepatutnya menafikan kes dengan hujah yang lebih konstruktif untuk membela anak guamnya bukan mencipta persepsi.

Di Galas, pengundi perlu mendapatkan "Draf Cadangan Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu", Kertas Dewan Undangan Negeri, bil 5, 2002. Sila lihat mukasurat 10 draf tersebut yang menyatakan dalam Perkara 14 iaitu "Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur".

Draf tersebut tidak menyatakan ianya satu kesalaahan jika suami tersebut meliwat isteri. Ini memberi kesimpulan bahawa hudud yang dibentangkan PAS membenarkan untuk meliwat isteri. Selain daripada isu liwat Anwar, rakyat perlu juga mengkaji draf hudud PAS ini. Mungkin atas agaknya, PAS telah membatalkan enakmen hudud dalam sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu pada April 2002. Dalam isu Anwar, mengapa PAS diam seribu bahasa?

Saturday, October 9, 2010

Kecam Sultan: Bukti Hindraf Kumpulan Pelampau

7 Oktober 2010, Waythamoorthy berkata “He (Sultan Johor) has tainted the doctrine of separation of powers and parliamentary democracy,” dalam laman Free Malaysia Today. Laman yang mendakwa adil dan bebas itu memuatkan kata-kata seorang pemimpin Hindraf yang bersembunyi di London tetapi hendak bercakap soal kebebasan di Malaysia. Menghina Sultan Johor kerana sultan mempertahankan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu tindakan yang amat biadap dan kurang ajar.

Waythamoorthy harus dilucutkan jawatan sebagai warganegara Malaysia kerana menghina institusi raja di Malaysia. Mengapa Waythamoorthy tidak bercakap soal hak asasi bila seorang peguam Hindraf dipercayai suspek utama pembunuhan Sosilawati? Hindraf tidak bercakap soal kesaksamaan bila 23 orang keluarga di Kampung Buah Pala dizalimi oleh DAP. Hindraf hanya digunakan oleh beberapa orang pemimpin PKR yang sibuk berkempen dalam pemilihan untuk menutup kes pergaduhan dan pergeseran besar yang berlaku dalam PKR. Antara kem Sivarasa Rasiah (team Azmin Ali) dengan kem Gobalakrishnan (team Zaid Ibrahim). Sampaikan S.Kotappan ditumbuk oleh Xavier Jayakumar (team Azmin). Hak asasi apakah kalau sudah jadi macam ini?

T. Murugiah selaku senator yang dilantik sebagai Timbalan Menteri untuk menjaga Biro Pengaduan Awam perlu bertindak tegas atas kebiadapan yang peguam Hindraf ini. Jika T.Murugiah memilih bulu untuk bertindak tegas terhadap Waythamoorthy, Murugiah tidak perlu disambung lagi sebagai Senator. Elok berikan peluang tersebut kepada mereka yang berminat untuk melakukan kerja untuk rakyat bukan mencari populariti sebelum tempoh Senator habis. Beranikah Murugiah bertindak ke atas Hindraf?

Tuesday, October 5, 2010

Pelajar USM Diperdaya Dengan Risalah Judi DAP


Berikut adalah risalah yang ditampal di salah satu papan notis dalam Universiti Sains Malaysia (USM) (baca sini). Risalah ini percayai ditampal secara haram. Dengan begitu bersungguh sungguh risalah ini cuba mempertahankan tindakan Guan Eng untuk menggunakan wang judi bagi disalurkan kepada warga emas di Pulau Pinang. Risalah ini seolah mempertahankan benang yang basah.

Pelajar cuba dihasut dan diperdaya agar tidak mempercayai bahawa duit tersebut adalah duit judi kuda. Kumpulan Pro Mahasiswa yang didominasi oleh Persatuan Mahasiswa Islam USM perlu menasihati Student Progresif Front (SPF) di USM agar tidak terlalu mempertahankan perkara yang salah. Lebih baik memfokuskan kepada perkara yang lebih besar untuk manfaat bersama. Buat apa pertahankan tindakan Guan Eng yang salah itu. Benarkah Guan Eng menurut cara Umar Abdul Aziz di Penang?
Dalam ucapan Guan Eng di DAP Melaka State Annual Convention, pada Disember 2005, Guan Eng telah menyatakan dalam ucapannya untuk adaptasikan 3 People's Principles (nationalism, democracy, equality) yang diterapkan Dr Sun Yat Sen (pengasas Parti Nasionalis Kuomintang). Baca artikel yang ditulis Lucifer Butler ini. Ini bermakna DAP percaya dengan falsafah Sun Yat Sen bahawa "Overseas Chinese as The Mother of Revolution". Guan Eng sebenarnya tidak mengikut cara Umar Abdul Aziz, caranya adalah cara revolusi chauvinis. Inilah falsafah sebenar DAP, orang Islam perlu disedarkan tentang perkara ini sebelum segala-galanya terlambat.

Friday, October 1, 2010

Mendaliar Insider Portal Penghasut

27 September 2010, Boo Su Lyn (wartawan Malaysian Insider) telah menceroboh masuk ke dalam satu majlis tertutup anjuran Puteri UMNO di PWTC. Etika kewartawanan telah dilanggar. Menyamar dengan memakai selendang, Boo Su Lyn telah memutar belit ucapan seorang penceramah dengan memusingkan kenyataan "si botol kicap" kepada "si botol (baca sini). Kesahihan berita yang dikeluarkan oleh Boo Su Lyn ini tidak disemak. Penceramah tersebut terus dituduh sebagai rasis. Beberapa orang menteri dari MIC dan MCA yang terperangkap dengan hasutan daripada Boo Su Lyn terus melenting tidak tentu pasal mengenasi rasis.

Jika panggilan sepet itu rasis, maka filem ini juga adalah rasis.
Mengapa filem ini tidak diharamkan?

Penceramah berasal dari Melaka. Cuba tanya orang Melaka, apa perkataan yang digunakan untuk memanggil orang berketurunan Cina dan India di sana? Dipanggil "si sepet dan si botol kicap". Panggilan ini sudah dipraktiskan dalam hubungan komuniti berbilang bangsa sejak berabad lamanya di Melaka. Di Terengganu pula, sila tanya apa panggilan yang dipanggil untuk orang Cina dan India di sana? Berlainan dengan Melaka. Di kawasan Utara pun begitu juga, panggilan mesra sesama rakyat yang sudah lama berasimilasi di sana berlainan berbanding Melaka dan Terengganu. Namun, seorang wartawan yang kurang mendengar dengan baik telah memutar belit cerita untuk meruntuhkan perpaduan kaum di Malaysia ini. Wartawan ini tidak mengamalkan konsep "hormat menghormati" dalam amalam 1Malaysia.



Sewaktu zaman kejatuhan Melaka dulu ada seorang yang bernama Mendaliar yang kerjanya buat fitnah dan hasut agar perpecahan berlaku. Zaman sekarang ada "Mendaliar Insider" . Kerjanya untuk menghasut dan memutar belit cerita untuk mencetuskan racial conflict di Malaysia. 8 September 2010, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah membuat laporan polis kerana mendakwa Malaysian Insider ada hubungan dengan Kumpulan Bendera Demokrasi Rakyat (BENDERA) Indonesia yang mencetuskan demonstrasi mengeruhkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

Bukan sahaja di seberang kerjanya menghasut agar rakyat Indonesia membaling tahi kepada kedutaan Malaysia tetapi di negara ini "Mendaliwar Insider" yang sama turut melakukan fitnah agar perpaduan negara ini menjadi tidak stabil. Boo Su Lyn perlu dipecat kerana menceroboh dan membuat fitnah. "Mendaliar Insider" perlu ditutup oleh operasinya oleh SKMM kerana digunakan sebagai meriam fitnah untuk melontarkan kebencian di kalangan rakyat negara ini. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang cintakan keamanan perlu menyemak dan meneliti setiap maklumat yang "Mendaliar Insider" keluarkan.