Sunday, September 26, 2010

Duit Judi Kuda: Guan Eng Terus Berbohong

26 September 2010, Lim Guan Eng mengemaskini Twitternya dengan menyatakan "UMNO jahat seribu jahat keluarkan lesen judi bola nak aniayai" (baca sini). DAP yang jahat sebenarnya, mengakui menerima duit judi. Namun selepas pengakuan tersebut membuat mereka rugi dari segi politik, maka DAP menyalahkan pihak Utusan dan UMNO sebagai jahat.

25 September 2010, Guan Eng akui dalam Twitternya "Kerajaan negeri mengasingkan dana yang diterima daripada kelab lumba kuda, terdapat juga masyarakat bukan Islam yang miskin tetapi untuk umat Islam, ia tiada kaitan dengan sumber judi,". Guan akui terima duit hasil judi dari lumba kuda.



Surat bertarikh 9 Julai 2010, mendedahkan Kerajaan DAP Pulau Pinang menerima duit hasil judi lumba kuda. Faridah Hani bt M.Yacob (Setiausaha Sulit Kepada Guan Eng) telah diarahkan oleh Guan Eng untuk menulis surat makluman kepada Encik Leow Khin Ming (Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Batu Gantung Road) berhubung penerimaan RM500,000 kepada kerajaan DAP Pulau Pinang.

Bukan sedikit, jumlahnya setengah juta disumbangkan kepada Guan Eng untuk memudahkan Guan Eng membeli undi dan simpati rakyat dengan RM100 di peringkat bawahan. Hari ini Guan Eng bising menyalahkan orang lain. Apakah selepas ini Guan Eng mahu menyalahkan SUSK yang menulis surat tersebut? Bila tembelangnya pecah, Guan Eng menuduh orang lain jahat.


Guan Eng tuduh UMNO luluskan lesennya judi. Bila masa UMNO luluskan? Ada orang yang sempat bertaruh di bawah mana-mana kedai loteri atau pusat perjudian sah yang diluluskan oleh UMNO semasa World Cup? Bertaruh secara haram memang banyak. 26 Jun 2010, Perdana Menteri telah batalkan hasrat untuk keluarkan semula lesen judi bola. Namun pembangkang terus menerus memainkan isu ini. Mereka amat suka fitnah orang dengan perkara yang tidak benar. Hendak tahu siapa yang luluskan lesen judi kuda ini, sila baca sini. Ada mana-mana orang Melayu dari PAS dan PKR yang mahu buat demo atau membantah duit hasil judi kuda ini? Sudah tentu mereka tidak berani bantah dengan Guan Eng, sebab itulah Guan Eng berani berbohong dan terus berbohong. Guan Eng yang jahat sebenarnya.

Friday, September 24, 2010

Tun Dr Mahathir: Pesanan Berguna Buat Orang Islam

Nizar Jamaluddin (bekas Menteri Besar Perak) dikelilingi majoritinya adalah ADUN DAP.

"Kita lihat (Datuk Seri) Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan DAP sehingga (pakatan pembangkang) jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina. Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” kata Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 24 September 2010.


Bukti DAP mahukan Ngeh sebagai MB Perak. (baca sini)

12 Mac 2008, Kit Siang mengarahkan semua ADUN DAP Perak memboikot perlantikan Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak. Kit Siang sebenarnya tidak setuju Nizar menjadi Menteri Besar Perak. Kit Siang mahukan Ngeh Koo Ham pada awalnya sebagai MB. Selepas Perjanjian Pangkor 2, barulah DAP bersetuju untuk Nizar menjadi MB dengan syarat majoriti Exco DAP dalam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Apa yang berlaku di Perak tidak mustahil berlaku dalam situasi politik negara. “Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya Perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi Perdana Menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa.” kata Tun Dr Mahathir lagi.


DAP yang mendominasi parti pembangkang sekarang dengan 29 kerusi parlimen. Dalam PKR, ada 9 wakil rakyat bukan Islam, menjadikan jumlah wakil rakyat bukan Islam adalah 38 orang. Manakala 39 orang adalah wakil rakyat Islam daripada 77 ahli parlimen pembangkang. Wakil rakyat Islam hanya lebih satu berbanding bukan Islam dalam pembangkang. Ini menunjukan setiap undi untuk menangkan pakatan pembangkang bukan menguatkan Islam. Yang menjadi kuat dan meminta memansuhkan hak orang Islam adalah DAP.

Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana parti yang dominan jika menang pilihan raya boleh memilih wakil rakyat dari kalangan mereka untuk menjadi Perdana Menteri. Siapa yang akan terpilih menjadi PM dari kalangan parti pembangkang? Sudah tentu dari DAP yang menjadi majoriti dalam pakatan. Tidak mustahil kebimbangan Tun Dr Mahathir ini terjadi. Bersamalah menyedarkan rakan seagama dan sebangsa agar tidak ditipu oleh DAP. Jangan menyesal kemudian hari sesudah DAP menjadi Perdana Menteri.

Thursday, September 23, 2010

Perbicaraan Kes Menconteng Diputar Belit Jadi Puaka

"Jangan larang siswa ikuti kes bini puaka" ini tajuk dalam Malaysiakini pada 23 September 2010. 24 September, sekumpulan lima orang pelajar Universiti Malaya akan didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas tuduhan menyimbah petrol dan menconteng di bawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan. Ceritanya, esok sekumpulan mahasiswa pro pembangkang mahu membuat penghakiman sendiri di luar mahkamah dengan cara berdemonstrasi untuk memberi sokongan kepada lima orang mahasiswa yang dituduh tersebut.

Kalau tuduhan itu tidak benar, lawanlah secara perundangan. Mengapa perlu memainkan sentimen "puaka" dan tiadanya demokrasi dalam isu ini. Tahukah orang yang mahu berdemo itu, apakah kes sebenarnya yang berlaku? Kesnya bukan puaka tetapi kes conteng. Ianya telah diputar belit secara jahat oleh media pembangkang. Ini bukan kes conteng yang pertama berlaku, sebelum ini pun ada kes seperti itu (baca sini).



Pada 24 Jun 2009, sekumpulan mahasiswa pro pembangkang disyaki telah bertindak menconteng perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebagai tanda protes kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor ke Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya untuk merasmikan "Power of 10 Sen : Gaza Di Bela". Apakah wajar pembelaan untuk kanak-kanak Palestin disambut dengan tulisan caci dan kesat? Apakah kumpulan tersebut tidak suka wang dikutip untuk membantu kanak-kanak di Palestin?. Siapa yang puaka sebenarnya?

(Gambar di dinding, tulisan telah dipadam dan dicat semula). Menurut laporan polis, perbuatan menconteng dan menyimbah petrol di permaidani dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng, dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian. Ini bermakna perbuatan ini telah dirancang. Polis masih mencari tiga orang yang disyaki untuk tampil membantu siasatan iaitu Shazni Munir Ithnin (Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM), Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani (baca sini). Jika tidak bersalah, mengapa mereka takut untuk tampil membantu siasatan polis.

Esok adalah perbicaraan untuk lima orang yang terbabit. Undang-undang ada di negara ini. Menconteng, menyimbah cat atau perbuatan jenayah yang lain semuanya akan menerima hukuman yang sewajarnya. Tidak boleh meletakkan emosi melebihi undang-undang yang sedia ada. Jika didapati bersalah, pelajar lain sewajarnya tidak mengikut perbuatan-perbuatan subversif sebegini yang boleh menjejaskan nama baik universiti dan keluarga pelajar. Mahasiswa jangan mudah terpedaya dengan dakyah putar belit media pembangkang yang mensensasikan cerita untuk menghasut pelajar membuat demonstrasi. Berfikirlah secara waras. Membela sesuatu yang tidak benar adalah lebih tidak waras.

Wednesday, September 22, 2010

4 Bilion: Cek Nama PAS Tetapi Nik Aziz Tidak Tahu.



21 September 2010, I'DA World Group Sdn Bhd. telah memberi replika cek bernilai RM4 bilion atas nama "Parti Islam Semalaysia" kepada adik Nik Aziz iaitu Nik Din Nik Mat di Hotel Renaissance, Kota Bharu. "Oleh kerana tiada wakil kerajaan negeri dan parti yang tampil menerima cek (replika), bernilai RM4 bilion itu, maka saya naik ke pentas itu sebagai bertindak atas sifat peribadi" ulas adik Nik Aziz (baca sini). Pihak I'DA World Group menafikan bahawa sumbangan RM4 bilion itu adalah sebagai habuan projek bernilai RM300 bilion untuk bangunkan beberapa projek di Kelantan.


Berikut adalah gambar perundingan antara Nik Aziz dengan syarikat I'DA World Group. Nik Aziz nafikan tidak tahu menahu berkaitan dengan replika cek RM4 bilion tersebut. Mustahil bagi seorang ketua kerajaan negeri Kelantan tidak tahu projek RM300 bilion dibangunkan oleh I'DA World Group. Siapa yang luluskan projek tersebut? Mengapa adik Nik Aziz perlu ambil replika cek yang ada nama parti PAS? Presiden PAS adalah Hadi Awang bukan Nik Aziz. PAS bukan milik adik atau menantu Nik Aziz sahaja. Sewajarnya kalau ada replika cek yang bertulis nama parti PAS, ianya perlu diberikan di pejabat PAS bukannya di sebuah hotel di Kota Bharu.

Ada sesuatu yang tidak kena bila Nik Din mengakui bahawa ada rakan baiknya dalam I'DA World Group. Nampaknya PAS di Kedah dan Terengganu tidak perlu lagi mengutip derma dalam ceramah ceramah selepas ini. Cukup meminta agar wang ehsan dari adik Nik Aziz untuk membantu mereka. Sedang PAS Kelantan sibuk menuntut royalti dan sebagainya, inilah masanya PAS negeri lain pula menuntut sesuatu dari Muryidul Am PAS. Harta PAS bukan untuk kroni Mursyidul Am sahaja. SPRM perlu menyiasat kes RM4 bilion ini. Sebelum ini Bazaar Tok Guru rugi RM20 juta, isu rasuah Kohilal dan pengakuan Kickdafella tentang pemberian wang RM4 juta perlu didedahkan kepada umum. Jangan tutup semua ini dengan cakap tidak tahu sahaja.

Ngeh Koo Ham Pertikai Hak Istimewa Orang Melayu

Ngeh meneruskan tradisi mempertikaikan perkara yang berkaitan Melayu. Pada 27 Mei 2008, selepas 2 bulan lebih menang di Pulau Pinang, Kit Siang mempertikai kenapa guna "Ketuanan Melayu" dalam parlimen. Kononnya guna "Ketuanan Melayu" itu tidak adil, apakah guna "Malaysian Malaysia" dan "equal for all" itu adil?


17 September 2010, Ngeh Koo Ham (Pengerusi DAP Perak) mempertikaikan Perkara 153, Hak Istimewa Orang Melayu dalam satu ceramah anjuran DAP Cawangan Aulong, Perak. Ngeh menyatakan Perkara 153 telah disalah gunakan oleh UMNO untuk mendapatkan keistimewaan lain seperti ekuiti koprat dan diskaun pemilikan hartanah (baca sini). Tindakan Ngeh ini adalah untuk menyokong usaha Tony Pua yang mahu mansuhkan diskaun bumiputera pada 26 Julai 2010.



DAP memang suka mempertikai hak dan keistimewaan orang Melayu. Sejak terlibat dalam pilihan raya yang pertama pada 1969, mereka sudah pun berkempen untuk mansuhkan Hak Istimewa Orang Melayu. 2008. DAP berjaya memerintah Pulau Pinang. Pertama kali semenjak menjadi parti politik di Malaysia, DAP berjaya menjadi Ketua Menteri di sebuah negeri di Malaysia. Ketika Nik Aziz sudah tidak bangga lagi menjadi Melayu, inilah saat terbaik yang dirasakan oleh DAP untuk menekan agar Perkara 153 dihapuskan terus. Tindakan DAP ini sebenarnya menyerlahkan niat sebenar mereka untuk menafikan hak kaum bumiputera di tanah air ini. Mereka berani kerana ada orang Melayu yang tidak bangga jadi Melayu terus menerus menyokong mereka. Amat malang orang Melayu mempunyai seorang yang dianggap Tok Guru tetapi tidak kisah bila bangsanya ditekan oleh DAP.

Sunday, September 19, 2010

Khalid Samad Ada Agenda Untuk Liberalisasikan Islam




17 September 2010, Khalid Samad dalam satu entri bertajuk "UMNO, Kura-Kura dan Perahu" telah mendedahkan satu gambar menyatakan Kamalanathan (Ahli Parlimen Hulu Selangor) telah masuk ke tempat solat dalam Masjid Sungai Tengi Selatan. Gambar di atas disiarkan dalam blog Khalid Samad, namun gambar tersebut dipotong di bahagian bawah dan tidak menampakan kaki Kamalanathan. Pembaca hanya ditunjukkan bahagian belakang yang bertulis paparan ayat suci Al Quran seolah tempat tersebut adalah tempat imam bersolat.

Ini gambar sebenar yang menunjukkan kaki Kamalanathan yang sebenar (baca sini). Nampaknya Khalid Samad telah berbohong dan tidak menunjukkan gambar yang sebenar. Memusingkan cerita untuk membela dan menghalalkan tindakan berterusan DAP masuk ke masjid di Selangor. Kemurkaan Sultan tidak menghalang Khalid untuk terus pertahankan DAP. Mengapa Khalid Samad tidak komen bila Teo Nie Ching membuat pengakuan seperti ini, "saya yakin penuh dengan agama sendiri (kristian), dan jika saya berpendapat Jesus begitu hebat, mengapa pula pegangan saya kepada Jesus boleh dikalahkan oleh ilmu sihir?" kata Teo Nie Ching dalam Malaysian Insider, 4 September 2010. Sudah jelas dan terbongkar niat sebenar DAP merayu undi dalam surau dan masjid. Bila masa Islam gunakan sihir untuk pengaruhi saudara baru?


Gambar ini dengan jelas menunjukan tempat majlis tersebut diadakan adalah di beranda masjid bukan ruang utama solat masjid. Khalid Samad perlu menarik balik gambar dalam blognya dan memohon maaf atas pembohongan yang telah dilakukan. Tindakan Khalid ini telah mengelirukan umat Islam. Khalid telah membelakangkan titah Sultan dan sengaja mencipta polemik yang berterusan untuk membela rakannya dalam DAP. Khalid sendiri sudah masuk ke kilang arak dan gereja untuk berkempen. Mengapa tidak ditempat yang Khalid pergi itu, DAP yang pergi bukannya Khalid. Terbalik pula jadinya.



Tidak hairanlah pada 21 Januari 2010, Khalid Samad menyatakan bahawa enakmen agama Islam yang melarang penggunaan nama Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman. Pada 27 Mac 2008, Khalid Samad menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Beberapa kenyataan Khalid ini mendedahkan niat sebenar Khalid adalah untuk agenda meliberalisasikan Islam.

Saturday, September 18, 2010

Ideologi Sosialis DAP Sama Dengan Israel

DAP (Democratic Action Party) ditubuhkan pada 1965 selepas usaha untuk mengekalkan cawangan parti PAP (People Action Party) yang ada di Malaysia tidak dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan. Pada Oktober 1967, DAP mula menyertai pertubuhan Socialist International yang berpusat di London, United Kingdom. Socialist International menjadi satu "network" kepada semua parti sosialis di seluruh dunia. Salah satunya termasuklah Israeli Labour Party di Israel yang memperkenalkan konsep "Middle Israel. Pemimpin Labour Party iaitu Ehud Barak (bekas Perdana Menteri Israel) adalah merupakan salah seorang Naib Presiden bagi pertubuhan Socialist International. Ngeh Koo Ham (ADUN Beruas) juga adalah ahli kepada International Socialist.

Pada 17 Januari 2010, Lim Guan Eng ingin memperkenalkan konsep Middle Malaysia. Perkara ini telah diucapkan Guan Eng dalam Konvensyen DAP Kebangsaan di Ipoh. Apa yang diperkenalkan oleh DAP ini sama dengan apa yang mahu dibawakan oleh Parti Buruh di Israel. iaitu Middle Israel. Cara mereka bertindak hampir sama. DAP ketika mula mengambil alih Pulau Pinang menggunakan cara kuku besi untuk menghalau, merobohkan dan meranapkan penempatan dan kedai milik orang Melayu. Tidak hairanlah jika DAP menggunakan sumber duit yang meragukan untuk membeli undi dari pengundi di Pulau Pinang (baca sini). Orang Melayu perlu celik dan sedar dengan hubungan DAP dengan rangkaian sosialis ini. Jangan terhantuk baru hendak tergadah. Jangan kerana RM100, orang Melayu ditipu hidup hidup oleh DAP.

Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri

Thursday, September 9, 2010

PKR : Bukan Parti Keadilan


Salam penuh makna. Anwar salam dengan Zaid,
tetapi mata tenung muka Azmin.


27 Jun 2010, Anwar Ibrahim melakukan rombakan mengejut dalam PKR. Azmin ganti tempat Khalid, Zaid ganti tempat Azmin. Akhirnya yang hilang tempat adalah Khalid. Hanya sebagai Menteri Besar. Dihukum kerana kehilangan kerusi parlimen di Hulu Selangor oleh Anwar Ibrahim. Sebenarnya dari segi ekonomi sudah lama Anwar ganti tempat Khalid sebagai penasihat ekonomi. Bila kalah di Hulu Selangor terus kedudukan politik Khalid diberikan kepada Azmin.

Anwar nampaknya lebih percayakan Azmin dari Khalid atau Zaid. Kenapa tidak diberikan sahaja tugas Pengerusi PKR Selangor kepada Zaid? Ini kerana Zaid kalah bertanding dalam kerusi parlimen di Selangor. Azmin sudah ada jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Pengerusi PKR di Wilayah Persekutuan, kenapa perlukan Azmin untuk pertahankan Selangor? Jawapanya, kerana Anwar mahu siap sediakan Azmin untuk ganti tempatnya di kerusi no. 1. Selain Azizah , Anwar lebih percaya lagi pada Azmin. Anwar boleh hilang "mood" jika Azmin merajuk. Itulah istimewanya Azmin di sisi Anwar.

Bila Zaid umum untuk lawan Azmin di kerusi no. 2, maka Zaid seolah menempah "kerusi elektrik" untuk politiknya dalam PKR. Politik Khalid sudah dikuburkan bila 15 ahli parlimen PKR desak Khalid undur selepas kalah di Hulu Selangor. 6 September 2010, 13 orang ADUN PKR buat kenyataan politik sokong Azmin untuk kerusi nombor 2. Mereka mungkin orang yang sama yang desak Khalid berundur sebagai Pengerusi PKR dan mungkin orang yang sama sabotaj Zaid di Hulu Selangor. Sebenarnya yang membunuh karier Zaid di Hulu Selangor adalah Azmin sendiri. Pertamanya, ketika penamaan calon Azmin tidak hadir, ianya seolah memberi isyarat kepada 13 ADUN PKR lain. Azmin tidak setuju Zaid jadi calon di Hulu Selangor. Keduanya, Azmin beri kenyataan pada 18 April 2010 minta UMNO buktikan Zaid minum arak. Mengapa perlu Azmin yang minta bukti? Karier Zaid dibunuh satu demi satu termasuklah sidang media menyatakan sokongan pada Azmin.

Kesimpulannya, politik PKR hanya akan diwarisi oleh orang yang "terpilih" oleh 3A (Anwar, Azizah & Azmin). Zaid yang dianggap setahun jagung dalam PKR akan dikuburkan sebegitu sahaja. Nasib yang sama akan menimpa Shamsul Iskandar Mat Akin (Ketua AMK). Mengapa bekas-bekas Setiausaha Politik Anwar nyatakan sokongan terbuka pada Rafizi Ramli sebagai bakal Ketua AMK? Mereka buat sidang media nyatakan sokongan macam apa yang dibuat oleh 13 ADUN PKR untuk sokong Azmin. PKR sebenarnya bukan parti yang demokrasi. Hanya orang terpilih secara eksklusif sahaja oleh telunjuk 3A akan berada di atas. Di mana keadilan yang dilaung-laungkan dalam parti tersebut. PKR bukan parti keadilan sebenar. Zaid kena tulis buku baru. Tajuknya "Aku pun PKR juga".

Tuesday, September 7, 2010

Karpal Singh Pertahankan Namewee

5 September 2010, Karpal Singh menyatakan Namewee tidak sepatutnya ditahan di bawah Akta Hasutan kerana telah bertindak demikian akibat daripada provokasi (baca sini). Mengecam azan seumpama kokokkan ayam, mengecam umat Islam berpuasa, ini bukanlah caranya bereaksi terhadap sesuatu provokasi. Ini cara orang yang tidak menghormati agama dan bangsa lain. Mengapa DAP dilihat bersungguh sungguh mempertahankan Namewee? Masa kes Namewee hina azan dulu, DAP buat sepuluh kempen dan roadshow pertahankan Namewee. Macam ada sesuatu yang tidak kena sahaja.

Sampai hari ini, Namewee nampaknya masih kebal daripada sebarang tindakan. Sekiranya Namewee terlepas, ianya satu malapetaka besar terhadap kebebasan hak asasi di negara ini. Kebebasan bersuara ada batasnya. Namun jika seseorang yang jelas melakukan tindakan biadap dibiarkan lepas dari undang-undang maka undang-undang yang sedia ada akan terus dipermain dan diperlekehkan. Tidak mustahil, akan lahir lebih ramai lagi Namewee selepas ini.

Tiada kompromi untuk mereka yang jelas kurang ajar. Di Amerika Syarikat, negara yang kononnya mendokong hak asasi, perkataan lucah tersebut sudah pasti tidak akan lepas dari siaran. Di Malaysia, DAP anggap perkataan lucah tersebut sebagai satu tindak balas biasa bagi seseorang yang dianggap melawan balik provokasi. Lebih malang lagi, pemuda PAS tidak berani langsung melawan cakap Pengerusi DAP ini. Hairan, PAS ikut sahaja apa cakap Karpal Singh. Melawan pun tidak, angguk semuanya. Anwar Ibrahim pun ikut sama diam dengar cakap DAP dalam isu Namewee ini. Jelaslah DAP yang menjadi ketua pada PAS dan PKR.

Monday, September 6, 2010

Dalang Dalang Risalah "Perlembagaanku"

5 September, Kelab Belia Graduan 1Malaysia telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Serdang berhubung penyebaran risalah "Perlembagaanku" yang diedarkan di sekitar Lembah Klang dan beberapa institusi pendidikan di Kedah. 15 Ogos 2010, Tan Sri Harussani Zakaria (Mufti Perak) mendedahkan wujud perlembagaan baru untuk menyisihkan hak orang Melayu dan agama Islam yang dijamin dalam perlembagaan sedia ada. Apakah ini perlembagaan baru yang dimaksudkan oleh Tan Sri Harussani Zakaria?.

Kenyataan Harussani mungkin ada kaitan dengan program di atas. Pada 18 Julai 2010, bertempat di Dewan Sultan Abdul Halim, Kolej Universiti Islam Insaniah (KUIN), Kedah, telah dianjurkan program Perasmian Pelancaran Kempen Perlembagaanku Peringkat Negeri Kedah. Hadir sama adalah Zaid Ibrahim sebagai panelis forum (baca sini). Nampaknya kerajaan negeri Kedah dan pemimpin PKR terlibat sama dalam usaha untuk membuat perlembagaan baru ini.

Paul Linus Andrews (Head of Department of Law, Sunway College University), bersama Samuel Leong, Yap Yin May dan Nadia Abu Bakar adalah antara mereka awal terlibat dalam kempen kesedaran "Perlembagaanku", yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Negara. Kempen ini telah dilancarkan sejak 13 November 2009 lagi. Rentetan daripada itu timbul pula buku "The March to Putrajaya - Malaysia New Era Is At Hand" oleh Kim Quek yang mengandungi 361 muka surat. Buku ini didakwa memutar belit banyak perkara dan menghasut rakyat untuk membenci Perlembagaan yang sedia ada.


Kempen Perlembagaanku juga ini telah dibuat dalam Facebook yang mengumpul 7,508 orang dan dalam Youtube, ditonton oleh 17, 102 orang. Perlembagaanku bertindak sebagai Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan yang ditubuhkan di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia. Dianggotai oleh para peguam, pelajar, ahli media, ahli akademik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Antara yang terlibat memberikan sokongan kepada Perlembagaanku adalah DAP (cawangan Pahang), Malik Imtiaz dan Zaid Ibrahim.

Sesudah tuntutan Interfaith Commission (IFC) dan Forum Memeluk Islam pada 9 Ogos 2008 , Bar Council berterusan untuk mempertikai perlembagaan dengan kempen "Perlembagaanku". Dalang-dalang yang terlibat dalam usaha untuk membuat perlembagaan baru dan meminta agar semua persetujuan sosial yang sudah termaktub dalam perlembagaan dibatal perlu disiasat dan dikenakan tindakan. Kempen mereka ini boleh meracun pemikiran rakyat untuk meruntuhkan segala-gala yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sunday, September 5, 2010

Karikatur Menghina Nabi Muhammad SAW

Berikut adalah paparan yang menghina Nabi Muhammad SAW dengan karikatur seorang pengebom berani mati dan menyatakan agama sebagai sampah. Karikatur ini dibuat oleh syarikat Eshe Streetwear dari New Zealand. Poster bagi iklan "Religion is Garbage" ini ditampal di seluruh Auckland, New Zealand. Karikatur ini dicetak pada "Tick Tock T-Shirt" dan dijual dengan harga $49.50 sehelai.

Tindakan syarikat ini mencetak gambar karikatur Baginda Rasullullah SAW adalah satu tindakan yang amat biadap. Moga umat Islam di seluruh dunia memboikot produk yang dikeluarkan oleh syarikat Eshe Streetwear ini. Bukan sekadar Baginda Rasullullah SAW yang dihina, agama-agama lain turut dihina dan dicetak di atas t-shirt dan skate board. Generasi muda dididik secara halus untuk tidak mempercayai anutan agama. Berwaspadalah, agar kita tidak tertipu secara tidak langsung oleh gerakan ini.

Kit Siang Membela Namewee

“Is the three-minute video by rapper Wee seditious? I would say no"
kenyataan Kit Siang dalam Malaysian Insider pada 4 September 2010.

Kit Siang mempertikai mengapa Namewee disoal siasat selama MCMC selama 10 jam dan mengapa Siti Insah dan Ungku Aznan tidak disoal juga sebegitu. Mungkin Kit Siang terlupa, buat apa MCMC hendak soal Siti Insah dan Ungku Aznan, mereka berdua tidak buat video macam Namewee dalam internet. Kes mereka lain, cukup ditubuhkan satu pasukan khas untuk siasat kes mereka. Kenapa Kit Siang bersungguh-sungguh sangat bela Namewee? Kit Siang lagi rasis bila pijak gambar wakil rakyat Melayu ketika Konvensyen DAP di Ipoh. Kenapa Jawatankuasa Disiplin DAP tidak siasat? Kenapa Ronnie Liu yang terbabit dalam penyalah gunaan letter head Exco dilepaskan begitu sahaja. Ini juga double standards DAP.


9.15 pm, 31 Ogos 2010, Namewee hadir ke Balai Polis Tun Dr Ismail bersama dengan peguamnya, Raveem Singh untuk memberi kenyataan pada polis. Ada beberapa persoalan wartawan yang gagal dijawab dengan baik oleh Namewee dan menimbulkan beberapa keraguan dna persoalan (lihat video ini). 19 Ogos 2007, dalam forum "Love the country, Defend Meng Chee", Kit Siang turut membela Namewee pada kesalahan pertamanya. Kemudian selepas minta maaf, Namewee buat lagi dan lagi. Kit Siang terus pertahankan Namewee lagi dan lagi. Siasatan perlu diperluaskan lagi, mungkinkah ada dalang yang terus menyokong Namewee membuat perlakuan sedemikian. Moga punca sebenar dapat dicari. Kiranya DAP mempertahankan video yang rasis, ini menunjukkan DAP juga adalah rasis.

Saturday, September 4, 2010

DAP Sudah Dedahkan Niat Sebenar Masuk Surau & Masjid

Teo Nie Ching ketika berada di Surau Tholabiah, Kajang, 3 September 2010. Sudah ada perubahan sedikit. Tidak lagi berkebaya ketat, sudah bertudung selendang dan tidak lagi masuk ke tempat solat. Namun perubahan ini menimbulkan kegusaran kepada rakan-rakan DAP yang lain yang takut Teo "disihir" untuk masuk Islam. Ketika ditemubual oleh wartawan, akhirnya Teo mendedahkan perkara yang mengejutkan umat Islam. Teo tetap akui kehebatan agamanya dalam kawasan Surau tersebut dan mengakui tidak akan memeluk Islam. Nampaknya, DAP sekadar ingin meraih undi daripada umat Islam. Tidak lebih daripada itu, DAP tetap juga dengan ideologi mereka.

Kunjungan muslimat PAS ke pejabat Teo Nie Ching untuk memberikan sokongan kepada Teo pada 30 Ogos 2010. Tidak sangka muslimah PAS boleh jadi sampai begini. Sesama Islam mereka hentam habis habisan, tetapi dengan yang bukan Islam mereka boleh berpeluk dan bermesra untuk membela dengan bersungguh-sungguh. Sama seperti ketika Elizebeth Wong dulu, muslimah PAS yang datang memberikan sokongan moral untuk menunjukkan Elizebeth Wong tidak bersalah. Kunjugan ini mungkin ditafsirkan dengan maksud yang lain oleh rakan rakan DAP Teo Nie Ching, sampai mereka terkeluar perkataan "black magic".



Apabila ditanya oleh ahli surau bila mahu memeluk Islam, Teo Nie Ching sekadar senyum seribu makna. Teo selanjutnya berkata apabila dia mengunjungi surau, Kawan-kawannya dalam DAP melahirkan kebimbangan Teo akan dipaksa atau di 'ilmukan' melalui sihir untuk memeluk Islam.

Sambil berkata dia tidak berasa tertekan dengan soalan tersebut, dia kemudian menambah "saya yakin penuh dengan agama sendiri (kristian), dan jika saya berpendapat Jesus begitu hebat, mengapa pula pegangan saya kepada Jesus boleh dikalahkan oleh ilmu sihir?" kata Teo Nie Ching (baca lagi). Sejak bila pula Islam membenarkan sihir untuk mengislamkan seseorang atau berdakwah? Berhati hatilah dengan DAP, mereka ada agenda mereka sendiri. PAS nampaknya sudah terlalu asyik diulit dengan taktik halus DAP hingga mereka sukar membezakan mana satu lawan, mana satu kawan seislam yang sebenar. Gelaran "sihir" tersebut satu tuduhan yang amat keterlaluan. Ianya tidak patut diungkap seperti itu. DAP sudah tersilap cakap hingga terdedah niat sebenar. Berhati hatilah.

Iklan Raya "Santa Claus" Di TV3

3 September, kira-kira jam 10.30 malam, tiba tiba ada satu iklan raya keluar dalam TV3. Seorang pakcik berbangsa Melayu, berambut putih berbasikal roda yang mengangkut cucu mereka terbang ke bulan umpama Santa Claus. Pakcik itu seolah olah membawa pendati yang diheret oleh rusa-rusa. Kelihatan juga ada bunga teratai dalam iklan tersebut.

Bunga teratai dalam iklan tersebut.

Apakah sama Hari Raya dengan Hari Natal? Tidak sama sekali. Apakah pula maksud bunga teratai dalam Hari Raya? Amat tidak relevan bunga teratai dengan Hari Raya Puasa, tiada sangkut paut langsung. Iklan tersebut wajar dibuang daripada siaran. TV3 harus lebih teliti dan terperinci berkaitan dengan perkara ini. Jangan rojak semuanya, ambil kira sensitiviti masyarakat dan agama. Dipohon jasa baik TV3 untuk membuang terus siaran iklan tersebut.

Friday, September 3, 2010

9.15 pm, 31 Ogos 2010, Namewee hadir ke Balai Polis Tun Dr Ismail bersama dengan peguamnya, Raveem Singh untuk memberi kenyataan pada polis.

PAS Tidak Hendak Buat Hudud?


“Tidak semestinya kita akan laksanakan, kita melihat kepada persediaan dan persetujuan masyarakat.Kita ada persetujuan untuk peringkat ini kita tidak bincangkan soal hudud. Misi kita yang utama ialah untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya. Bagi kita secara personalnya, perjuangan kita adalah untuk menegakkan syiar (Islam), tetapi kita tidak akan memaksakan hasrat ini kepada masyarakat" kata Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pada 2 September 2010.


PAS sudah tidak hendak laksanakan hudud? Selama ini, PAS berkata UMNO yang tolak hudud. Semalam, pemimpin PAS sendiri yang tidak mahu hudud laksanakan. Apakah keputusan ini keputusan peribadi Nik Amar atau keputusan "dalaman" PAS. Atau PAS sudah terikut dengan polisi DAP. 22 Ogos 2010, Kit Siang menyatakan dalam blognya, hudud dan negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Pembangkang. Kit Siang menyatakan tiada kata sepakat dalam pakatan pembangkang untuk laksana hudud jika berjaya memerintah Malaysia.

Nampaknya sudah terserlah tujuan sebenar PAS adalah semata-mata untuk jatuhkan BN, bukan untuk laksanakan hudud jika memerintah. PAS nyatakan perjuangan sebenarnya adalah untuk menegakkan syiar Islam. Apakah BN selama ini tidak menegakkan syiar Islam? PAS bukan parti teras dalam pakatan pembangkang, DAP yang majoriti, yang kedua adalah PKR. Kalaulah ditakdirkan pakatan pembangkang menang, sudah pasti parti majoriti adalah DAP. Mahukah DAP laksanakan syiar Islam bersama PAS?