Hari ini, usia negara yang merdeka tersebut sudah 53 tahun. Sesudah 446 tahun dijajah oleh Portugis, Belanda, British, Jepun, Komunis dan British. Bukan mudah untuk merdeka, untuk mempertahankan kemerdekaan juga adalah satu usaha yang lebih sukar. Ini kerana generasi yang semakin muda melihat erti kemerdekaan itu dengan pandangan dan nilai yang berbeza. Apa pun yang berlaku, inilah negara Malaysia. Tanah tumpah darahku. Suatu ketika dulu ada tamadun yang usianya 110 tahun di tanah ini sebelum bangsa asing datang menjajah. Kita kerugian masa. Kita ketinggalan, kerana kita dijajah. Bersamalah melakukan transformasi untuk menjadikan Malaysia ini lebih baik dari semalam. Salam kemerdekaan.
Tuesday, August 31, 2010
Salam Kemerdekaan
Hari ini, usia negara yang merdeka tersebut sudah 53 tahun. Sesudah 446 tahun dijajah oleh Portugis, Belanda, British, Jepun, Komunis dan British. Bukan mudah untuk merdeka, untuk mempertahankan kemerdekaan juga adalah satu usaha yang lebih sukar. Ini kerana generasi yang semakin muda melihat erti kemerdekaan itu dengan pandangan dan nilai yang berbeza. Apa pun yang berlaku, inilah negara Malaysia. Tanah tumpah darahku. Suatu ketika dulu ada tamadun yang usianya 110 tahun di tanah ini sebelum bangsa asing datang menjajah. Kita kerugian masa. Kita ketinggalan, kerana kita dijajah. Bersamalah melakukan transformasi untuk menjadikan Malaysia ini lebih baik dari semalam. Salam kemerdekaan.
Monday, August 30, 2010
Masuk Masjid: Bukan Islam Dipuji, Sesama Muslim Dicaci

Jika masyarakat kita selesa dengan Mazhab al-Syafi'e, saya bawakan di sini kenyataan seorang pendokong Mazhab ini iaitu Al-Imam al-Nawawi di mana beliau menyatakan bahawa mazhab al-Syafie mengharuskan bagi bukan Islam masuk ke semua masjid kecuali di masjid al-Haram dan sekitarnya (yakni di tanah haram Mekah).
Bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke tanah haram Mekah, ada pun selain dari Mekah diperbolehkan dengan syarat mendapat keizinan dari umat Islam.
Kata al-Imam al-Nawawi lagi: "Dan sekiranya bukan Islam itu dalam keadaan berhadas besar, bolehkah dia berdiam di dalam masjid? Ada dua pandangan, dan yang paling shahih adalah dibenarkan." (lihat Majmu' Syarh al-Muhazdzab, karya al-Imam al-Nawawi 19/437).
Adapun firman Allah, maksudnya: "Wahai orang yang beriman sesungguhnya orang musyrik itu adalah najis, maka mereka tidak dibenarkn mendekati masjid al-Haram selepas tahun ini". (surah al-Taubah, 9:27),
Bukan bererti zahir najis tubuh mereka, sebaliknya larangan memasuki masjid al-Haram kerana perbuatan mereka yang suka mempraktikkan adat-adat Arab jahiliyyah seperti bertawaf dalam keadaan telanjang. Bahkan larangan ini khusus untuk masjid al-Haram dan tanah haram Mekah secara umumnya.
Perlu diingatkan para ulama telah bersepakat; bukan Islam dibenarkan untuk masuk ke masjid kerana keperluan seperti inginkan bantuan atau mendengar dakwah Islam. Dan hal ini perlu. mendapat keizinan daripada pemerintah Islam.
Al-Syeikh Soleh al-Munajjid yang merupakan ulama terkenal di Saudi Arabia merangkap penyelia bagi laman web soal jawab Islam terkenal, iaitu www.islamqa.com, menyatakan: "Ada pun masuknya bukan Islam untuk sekadar lawatan melihat masjid dan bersama-sama dengan mereka para wanita yang tidak menutup aurat, membawa kamera, serta masuknya mereka ke masjid tanpa penghormatan, maka hal ini merupakan perkara mungkar lagi tercela. Tidak boleh membenarkan mereka masuk." (no. fatwa: 9444).
Saya katakan, sedangkan Nabi pernah menghalau seorang wanita yang bersuami kerana memakai wangian ketika datang ke masjid. Bahkan Nabi menyuruh wanita tersebut pulang dan mencuci wangian itu (riwayat Ibnu Khuzaimah).
Jelas, larangan Nabi SAW kerana dibimbangi wangian tersebut mengganggu penumpuan jemaah masjid, apatah lagi memasuki masjid dalam keadaan yang tidak menutup aurat. Sewajarnya kita memberi penghormatan kepada masyarakat tempatan yang agak sensitif dengan isu seperti ini. Setiap adat yang tidak bercanggah dengan syariat, perlu dihormati.
Kaedah fiqh jelas menyatakan bahawa "al- 'aadah muhakkamah' iaitu adat yang tidak menyanggahi hukum syarak harus dipraktikkan. Dan perkara ini perlu dirujuk kepada pemerintah Muslim.
Memang Nabi SAW pernah membenarkan deligasi dari kabilah Thaqif masuk ke masjid sedangkan mereka itu bukan Islam (riwayat al-Thobrani). Begitu juga Tsumamah bin Utsal yang masuk ke masjid sebelum memeluk Islam (riwayat al-Bukhari).
Bahkan masjid di zaman Nabi SAW dibuka untuk semua manusia agar dakwah Islam dikenali dan diterima. Deligasi atau individu bukan Islam diberi peluang untuk memasuki masjid agar dapat melihat akhlak dan kebaikan Islam seterusnya membuatkan mereka tertarik untuk menerima dakwah Islam.
Tetapi apa yang berlaku hari ini amat berbeza, bukan Islam yang jelas menentang secara terang hukum Allah bahkan secara dasarnya parti mereka tidak akan menerima 'gelaran' negara Islam dan undang-undang Islam di Malaysia, diberi peluang untuk berucap di dalam ruangan solat dan mendapat layanan mesra daripada umat Islam.
Sedangkan apabila orang Islam yang berlainan parti ingin memberi sumbangan dan bantuan, masing-masing menolak kerana takut parti yang bertentangan dapat meraih populariti. Subhanallaah. Inikah sikap Muslim dengan saudaranya sendiri?.
Majlis Fatwa Ulama Arab Saudi yang diketuai oleh al-Syeikh Abdurrazzaaq 'Afifi (pada ketika itu) telah mengeluarkan fatwa tentang hal ini: "Pihak ahli majlis fatwa telah bersepakat bahawa melibatkan bukan Islam dalam pembinaan atau pengimarahan masjid di samping wujudnya Muslim yang mampu untuk membantu, adalah dilarang sama sekali." (lihat Keputusan Fatwa no: 28, tarikh, 21 Syawal 1400H)
Dua perkara yang perlu ditekankan di sini adalah; pertama bagi pihak yang meminta bantuan, mereka perlu lebih berhati-hati agar tidak melanggar dasar-dasar dan prinsip-prinsip Islam. Kedua, bagi Muslim yang berkemampuan, janganlah terlalu memilih untuk membantu. Difokus kepada partinya, diabaikan lawannya. Begitu juga sikap ingin glamour dan popular perlu dihapuskan daripada jiwa kita.
Islam tidak melarang kita menyiarkan kebaikan yang dilakukan sekiranya berniat agar dicontohi orang ramai. Tetapi jika niat kita untuk meraih undi dan populariti, maka hukumnya haram. Bagaimanapun, urusan niat adalah milik Allah. Usah sesiapa cuba mengambil alih tugasan Allah. Cuba bayangkan jika suasana bersedekah ini dipraktikkan oleh umat Islam, nescaya kita mampu mencipta perpaduan yang kukuh lagi utuh. Lihatlah, jika kita mengabaikan umat Islam, bukan Islam dipuji manakala Muslim dicaci.
Saya tidak nafikan bahawa umat Islam wajib melindungi hak-hak bukan Islam di negara ini kerana mereka adalah ahlul dzimmah (yang dilindungi kerana perjanjian).
Jika dulu, bukan Islam masuk ke masjid untuk didakwah, tapi hari ini mereka masuk ke masjid memberi nasihat dan tazkirah. Dua suasana dan pendekatan yang berbeza. Maka sudah tentu hukumnya tidak sama.
Sunday, August 29, 2010
Persidangan Majlis Raja Raja
Biarpun Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam sebagai yang termaktub dalam Perkara 3 (2) sudah bertitah bahawa rumah ibadat tidak boleh digunakan untuk tujuan politik. Namun masih ada pihak yang melanggar titah Ketua Agama Islam di Selangor hingga mengundang kemurkaan sultan. Ada yang melihat isu agama sebagai isu politik. Mereka gagal membezakan antara isu agama dan isu politik. Bila dibantah dan dipertikai, mereka mengatakan perkara itu telah dipolitikkan. Umat Islam seterusnya dikelirukan dengan pelbagai pandangan dan polemik yang dibuat oleh pihak tertentu. Bagi menyelesaikan kekusutun dan mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berkaitan dengan agama berulang, dengan rendah dirinya patik mencadangkan Majlis Raja-Raja perlu bersidang untuk menghalang keadaan menjadi lebih kusut dalam masyarakat. Daulat tuanku.
Pages Facebook Menghina Orang Melayu
Saturday, August 28, 2010
Willliam Leong PKR Masuk Masjid
Sinar Harian (Jumaat), 27 Ogos 2010 memaparkan laporan William Leong (Bendahari PKR, Ahli Parlimen PKR Selayang) masuk ke dalam Masjid At-Taqwa, Selayang Baru untuk memberikan sumbangan (baca Selangor Daily). Selepas Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) masuk ke Surau Al-Huda, Kajang Sentral kini giliran ahli parlimen bukan Islam dari PKR pula mencemari rumah Allah SWT di Selangor. Ini bukan persoalan ianya dipolitikkan atau tidak. Ini soal mencemar kesucian rumah Allah SWT. Sewajarnya perkara yang berkaitan hukum tidak boleh dihalalkan semata-mata untuk tujuan politik.Friday, August 27, 2010
Namewee Maki Siti Inshah dan Menghina Ibadah Puasa
Thursday, August 26, 2010
Salam Nuzul Al-Quran

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Al Quran diturun secara berperingkat-peringkat sejak 17 Ramadhan sehinggalah lengkap Al Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah Al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘Al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘Al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan Al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Surah Al-An’am ayat 38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Cabaran Ramadhan kali ini amat hebat untuk umat Islam. Dalam negara, umat Islam diuji dengan pelbagai isu yang mencabar umat Islam. Di luar negara, sahabat serumpun di Indonesia diprovokasi oleh pihak tertentu untuk membenci negara. Bersamalah mempertahankan negara ini dari cabaran dalaman dan luaran. Salam Nuzul Quran buat semua umat Islam. Bersatulah dengan imam kita yang sebenar iaitu Al Quran.
Inikah Perlembagaan Baru Yang Dikatakan Mufti Perak?
Satu dokumentari dibuat oleh Pusat Komas melalui blognya (10tahun.blogspot.com) untuk membandingkan perlembagaan Malaysia dengan perlembagaan "rakyat". Bukan sekadar perbandingan, tetapi ada beberapa perkara yang terpesong terus dari fakta. Mungkinkah ini perlembagaan baru yang dimaksudkan oleh Mufti Perak?. 15 Ogos 2010, Tan Sri Harussani Zakaria (Mufti Perak) mendedahkan wujud perlembagaan baru untuk menyisihkan hak orang Melayu dan agama Islam yang dijamin dalam perlembagaan sedia ada. Jika benar dokumentari ini ada persamaan dengan perlembagaaan baru, ianya perlu disiasat segera.
Bukan setakat itu sahaja, Yang Dipertuan Agong yang pertama telah dihina dengan mulut dan mata ditutup oleh blog dokumentari tersebut. Gambar ini telah dijadikan sebagai gambar utama blog kendalian Pusat Komas berkenaan. Siapakah yang mendalangi Pusat Komas ini? Pusat Komas ini dipercayai mendapat pembiayaan daripada Kondrad Adenaeur Stiftung (KAS), sebuah yayasan dari Jerman. Mereka ini mengajak rakyat turun ke jalanan untuk memusnahkan seluruh institusi dan sistem yang sedia ada bagai memberikan kebebasan mutlak kepada rakyat. Nampaknya, masih ada warganegara Malaysia yang tidak bersyukuri nikmat kemerdekaan dan mahukan kebebasan sendiri.Malaysia bakal menyambut kemerdekaan yang ke-53 pada 31 Ogos nanti. Sudah ada pihak yang berusaha untuk memadamkan sejarah dengan tuduhan-tuduhan yang tidak sepatutnya. Mereka juga dilihat cuba membawa kembali ideologi komunis kepada rakyat. Perkara ini perlu dipandang serius oleh pihak berkuasa. Jangan biarkan fikiran rakyat diseleweng, sejarah negara ini ditukar dan perlembagaan negara ini dimusnahkan. Ini perkara yang amat merbahaya kepada keselamatan negara. Amaran sahaja tidak cukup, tindakan yang tegas diperlukan untuk bendung perkara ini.
Wednesday, August 25, 2010
DAP Berkempen Sampai Dalam Surau & Masjid
Bukan sekadar memberi bantuan, Guan Eng juga menyampaikan ceramah kepada mereka yang belajar di pusat pengajian tersebut. Maka tidak menghairankan mengapa PAS begitu terbuka dan liberal dalam mendoakan kesejahteraan Guan Eng hingga sanggup menggantikan nama Yang Dipertuan Agong dalam khutbah jumaat. Orang-orang PAS sudah kabur dengan pemberian sumbangan yang diberikan oleh DAP. Sebab itu, Guan Eng mahu tutup isu khatib membaca khutbah dengan RM100 setahun pada warga emas, RM400 pada kakitangan kerajaan Pulau Pinang dan janji RM1,000 pada setiap warga emas jika melangkah ke Putrajaya. DAP hanya mahu berkuasa, mereka umpan orang Melayu dengan duit untuk mendapatkan kuasa tersebut. Sampai dalam masjid dan surau pun mereka sanggup berkempen.
Teresa Kok berbuka puasa di Surau As Siddiq, Lavender Condo, Bandar Kinrara pada 25 Ogos 2010. Bukan sekali dua Teresa Kok masuk ke masjid, sudah beberapa kali Teresa berbuat demikian (baca sini). DAP masuk masjid bukan dengan tangan kosong, mereka beri sumbangan beras dan duit untuk tawan hati orang Islam. Namun soal berkaitan dengan undang-undang Islam mereka tolak sepenuhnya. Nampak jelas, DAP mengharapkan sesuatu daripada kempen-kempen mereka di masjid dan surau. Semuanya untuk meraih undi dari orang Islam. Orang Melayu terlupa bahawa mereka sedang ditipu dengan "gula-gula" yang dibawakan DAP. Beri gula-gula tetapi balasan yang diminta adalah undi dan kuasa. Itulah niat DAP.DAP Bagi Tazkirah Dalam Surau
22 Ogos 2010, Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) telah masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli PAS di Surau Al-Huda Kajang Sentral. Bukan sekadar masuk ke dalam surau, malah Teo pergi ke barisan saf pertama untuk berceramah kepada orang Islam di dalam surau. Pada waktu tersebut, jam 9.33 malam. Ini bermakna, sama ada Teoh memberikan tazkirah selepas selesai solat terawih atau antara solat terawih.Ini satu penghinaan kepada umat Islam. Apakah sampai tiada langsung wakil rakyat Islam untuk dijemput ke surau tersebut? Apakah tiada tempat lain untuk menyampaikan sumbangan dan ucapan hingga terdesak membawa masuk DAP memijak sejadah di saf pertama untuk memberi tazkirah? Mengikut Mazhab As Syafie, orang kafir haram dan ditegah sama sekali untuk masuk ke dalam Masjidil Haram sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah At Taubah, ayat 28.

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Ia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" surah At Taubah ayat 28.
Al-Qurtubi, di dalam tafsirnya Al-Jami’ li-Ahkam Al-Quran melaporkan bahawa Ibn ‘Abbas r.a. berkata yang najis itu kesyirikan yang menjadi pegangannya, bukan tubuh badannya. Lelaki dan perempuan juga tidak dibenar mendedah aurat dalam rumah ibadat. Pegangan DAP masih lagi ideologi sosialis. Orang Islam tidak akan miskin jika DAP tidak beri bantuan dan sumbangan. Mereka sudah berkempen sampai dalam surau dan masjid untuk bertazkirah, memberi sumbangan dan meraih undi daripada orang Islam. Ingat, mereka ada agenda yang tersendiri. Jika orang Melayu tidak sokong DAP, nescaya DAP tidak akan boleh berkuasa. DAP hanya mahu kuasa melalui undi orang Melayu. Hari ini mereka akan berlakon baik, bila berkuasa nanti terserlahlah sikap sebenar DAP. Berhati-hatilah bangsaku. Apa yang Khmer Rouge buat pada orang Islam di Kemboja perlu diambil iktibar.
Shamsul Iskandar Membandingkan Doa Rasulullah Dengan Khatib
Mengapa perlu membandingkan dengan doa Nabi Muhammad SAW dengan khatib Zakaria Ahmad? Doa Nabi Muhammad SAW terhadap Umar Al Khattab dilakukan pada malam Khamis sebelum Umar datang menemui Baginda Nabi Muhammad SAW. Berikut adalah doa Nabi Muhammad SAW:
“Ya Allah, muliakanlah Islam dengan salah seorang dari dua orang yang lebih Engkau cintai; Umar bin Khattab atau Abu Jahal bin Hisyam”. Rasulullah SAW sekarang berada di sebuah rumah di kaki bukit Shafa”.
Selepas Umar masuk ke dalam rumah menemui Nabi Muhammad SAW. “Engkau wahai Umar, akankah engkau terus begini hingga kehinaan dan adzab Allah diturunakan kepadamu sebagaimana yang dialami oleh Walid bin Mughirah ?, Ya Allah inilah Umar bin Khattab, Ya Allah, kokohkanlah Islam dengan Umar bin Khattab” kata Baginda Nabi kepada Umar. Selepas kata-kata Nabi tersebut, Umar telah mengungkapkan kata berikut “Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan yang disembah selain Allah, dan Engkau adalah Rasulullah".
Ianya tidak sama dengan doa yang dilakukan pada 21 Ogos 2010, di Masjid Kubang Buaya "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri". Lim Guan Eng masih tetap Lim Guan Eng bukan Umar Abdul Aziz. Jauh sama sekali berbeza. Seharusnya pemimpin PAS dan PKR perlu akui kesilapan. Janganlah menggunakan perbandingan yang salah untuk menghalalkan kesalahan. Perbuatan sebegini akan mengelirukan umat Islam.
Pengarah HEP MMU Sekat Kebebasan Pelajar
Zamzuri Arifin, Pengarah Hal Ehwal Pelajar MMU telah menggunakan alasan demokrasi untuk mengenepikan bantahan persatuan-persatuan mahasiswa Melayu dan bercadang melantik Gavin Clement Fernando sebagai Presiden MPP. Gavin mempunyai rekod yang tidak baik kerana ada satu tuduhan mencuri (baca sini). Menariknya, sampai ke hari ini, HEP masih lagi tidak memberikan kebebasan untuk ahli Majlis Perwakilan Pelajar memilih Presiden mereka sendiri. Biarpun Gavin dibantah sebagai Presiden tetapi pihak HEP dilihat seolah-olah membela Gavin. Ada sesuatu yang tidak kena di HEP MMU Melaka.
Tuesday, August 24, 2010
Surau Disimbah Cat Merah
23 Ogos 2010, pada awal pagi, surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban telah disimbah cat merah. Jawatankuasa surau yang menyedari kejadian tersebut telah membuat laporan polis. Menurut Malaysiakini, Anthony Loke (ADUN Lombak, Pengerusi DAP Negeri Sembilan) antara yang terawal datang dan menyatakan simpati kepada kejadian tersebut.Monday, August 23, 2010
Khatib Mengaku Doakan Guan Eng
Pada 22 Ogos 2010, Zakaria Ahmad (Khatib Masjid Kubang Buaya Bagan) mengakui mendoakan nama Guan Eng dalam khutbah solat Jumaat dalam Sinar Harian (baca sini). Zakaria Ahmad mengakui bahawa beliau membaca nama Guan Eng sejak dua tahun lepas dalam khutbah Jumaat. Mujahid Yusof Rawa menyatakan ianya adalah fitnah, manakala Malik Kassim pula menyatakan ianya adalah perkara tidak waras. Ini bukti pengakuan dari khatib sendiri. Mengapa Exco Agama Islam Pulau Pinang tidak tahu perkara ini? Ianya sudah berlaku sejak dua tahun lepas bukannya baru berlaku.Sunday, August 22, 2010
Doa Khutbah Nama Guan Eng : Tutup Isu Dengan Duit Raya
Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Mansor Othman dan Yusof Rawa perlu akui perkara sebenar. Usah berbohong untuk melindungi DAP di Pulau Pinang. Akuilah mana yang salah, bukan berpolitik taat setia secara membuta tuli kepada Guan Eng. Mudah sahaja DAP hendak tutup isu ini, mereka ungkit habuan duit raya RM400 kepada staff negeri dan RM100 setahun kepada warga emas. Harus diingat, sampai bila orang Melayu Pulau Pinang perlu dirasuah dengan habuan untuk melindungi Guan Eng. Sedarlah, DAP ada agendanya yang tersendiri di Pulau Pinang. Sanggup orang Melayu dalam PAS dan PKR jadi talibarut dan pengkhianat kepada agama dan bangsa sendiri. DAP sudah melampau. Malangnya mulut pemimpin Melayu PAS dan PKR ditutup dengan habuan untuk halalkan kebiadapan DAP.
Analogi Proton Saga Dikatakan Sebagai Rasis
"Saya bawa kereta Proton Saga. Ah Chong & Muthu menumpang dalam kereta saya. Kami sama-sama menuju ke satu destinasi tetapi itu tidak menjadikan Ah Chong & Muthu memiliki kereta Proton Saga tersebut kerana saya tetap pemandunya" berikut analogi yang diberikan oleh Puan Hajah Siti Inshah Mansor (Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman) pada 12 Ogos 2010.Namun yang dilaporkan dalam laporan polis adalah amat berbeza. Puan Hajah dituduh menyebut "Cina & India penumpang boleh balik ke negara asal, India memakai kalung seperti anjing". Ini satu pembohongan besar dan tuduhan rasis adalah amat tidak masuk akal sama sekali. Siapa yang buat tuduhan ini? Menurut seorang sahabat menyatakan seorang guru bernama Maneswaran telah berpakat dengan Asrivani (pelajar tingkatan 6) untuk membuat satu laporan polis. Bapa Asrivani yang merupakan seorang peguam Hindraf telah membuat laporan polis dan telah memutar belit cerita sebenar. Cerita ini kemudian dipusing dan dikecohkan oleh portal pembangkang untuk menghentam konsep 1Malaysia.

Perbuatan memijak gambar orang Melayu ini tidak rasis pula. DAP tidak pula menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dan mendakwa anak dan bapak ini. Minta maaf pun tidak. Amat tidak masuk akal seorang lulusan Oxford menyatakan analogi kereta sebagai rasis. DAP sebenarnya memainkan isu pengetua ini untuk mengalihkan kemarahan rakyat tentang kebiaDAPan Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Selain membuat rakyat terlupa tentang tuntutan pemansuhan ekuiti Tony Pua dan kes kecurian pasir di Selangor. Isunya dialihkan ke jauh ke selatan dan utara (Sungai Petani).
Namewee menghina azan seperti kokokan ayam dan hanya meminta maaf untuk menutup kesnya. Selepas itu, Namewee tidak pernah serik untuk terus bersikap biadap dan rasis termasuklah di pages Facebooknya. Mengapa tiada pasukan petugas untuk Namewee? Ini tidak sama rata sama adil. Pembohongan demi pembohongan dibuat oleh DAP untuk tutup kesalahan mereka. Namewee dibela habis habisan dan dimaafai tetapi pengetua yang beri analogi kereta tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya. Lulusan Oxford perlu menilai perkara ini secara masuk akal.
Doa Khutbah Jumaat: Nik Aziz Perlu Tanggungjawab
Buku ini ditulis untuk mempengaruhi pembaca agar menerima Guan Eng seumpama khalifah Umar Abdul Aziz. Pandang sisi Umar Abdul Aziz oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. ‘Saya ingin mencontohi Khalifah Umaiyah, Khalifah Umar Abdul Aziz dalam gerak kerja saya nanti’ berikut adalah antara kata-kata Lim Guan Eng yang dimuatkan dalam buku di atas.21 Ogos 2010, khatib di Masjid Kubang Buaya membaca doa berikut "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri". Nama Lim Guan Eng telah digunakan menggantikan nama Yang Dipertuan Agong. Mengapa jadi begini? Kemungkinan besar hasil doktrin dan tarbiah berterusan PAS yang mendakwa Lim Guan Eng umpama khalifah Umar Abdul Aziz. Orang PAS telah terpengaruh dan menjadi taksub. Siapa hendak tanggungjawab bila jadi begini?
Arif Ibrahim (ahli PAS kawasan Tanjong) yang sudah marah dengan Guan Eng bila gagal menyelesaikan masalah tanah perkuburan lot 21 dan 22 di Masjid Jelutong. Tanah itu pula sudah diberikan kepada syarikat lain untuk tujuan pembangunan. Tanah untuk kubur orang Melayu pun dirampas untuk tujuan membuat keuntungan oleh DAP. Ini bukan cara gerak kerja Umar Abdul Aziz. Cara Guan Eng ini cara kapitalis dan komunis.“Itu masalah peribadi, saya tak suka komen benda-benda peribadi macam tu,” komen Nik Aziz berkaitan isu nama Lim Guan Eng dalam khutbah jumaat pada 22 Ogos 2010. Nik Aziz tidak harus lepas tangan. Buku yang diterbitkan oleh Annual Bakri (Setiausaha Politik Nik Aziz) sendiri cuba mendoktrinasi pembaca agar memandang taraf Guan Eng sama dengan Umar Abdul Aziz. Bila ada ahli PAS yang menuruti seruan tersebut, Tok Guru yang mengajarnya perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Mestilah amal makruf, nahi mungkar. Bukan lepas tangan begitu sahaja.
Ini bezanya UMNO dan PAS. Bila Chua Soi Lek meminta agar kuota dihapuskan, UMNO berani tegur Choi Soi Lek. Bila DAP buat salah, PAS tidak berani membetulkan kesilapan. Dengan Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Guan Eng buat apa pun tidak rasis dan salah. PAS halalkan semuanya sebab mereka berjenama DAP, tapi kalau UMNO salah sikit, terus dihamburkan cacian, makian dan sebagainya. Berkawan pun tidak hendak dengan UMNO. Inilah politik PAS yang suka duduk di bawah ketiak DAP. Busuk macam mana pun, PAS tetap puji ketiak DAP wangi. Ahli PAS yang sedar bau sebenar perlu memperbetulkan keadaan ini.
Friday, August 20, 2010
Anwar Ibrahim: Siapa Fitnah Siapa?
Gambar ini dijaja oleh penyokong pembangkang dalam blog-blog mereka. Ini bukan fitnah kah? Tukang tulis cerita ini bersembunyi di London. Kalau benar kenapa takut hadir di mahkamah?Mengapa Zahid Hamidi yang diserang oleh Anwar? Semuanya mungkin untuk membela anaknya, Nurul Izzah yang tersilap memberi kenyataan pada 4 Ogos 2010 kepada akhbar Kompas bahawa kapal selam negara tidak boleh menyelam dan usang. Mengapa seorang ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat Malaysia di Lembah Pantai perlu mendedahkan cerita yang tidak benar tentang keselamatan negara pada negara luar? Inilah namanya penderhaka.
Anwar Ibrahim perlu menyelesaikan dulu kes peribadinya di mahkamah. Fitnah atau tidak, buktikan di mahkamah. Dalam bulan Ramadhan ini, Anwar sewarasnya perlu mengakui mana yang hitam dan mana yang putih. Usah putar belit dalam bulan yang mulia ini. Bulan puasa ini banyak dugaan sekali pada umat Islam di Malaysia. Chua Soi Lek minta hapus kuota Melayu, nama Lim Guan Eng didoakan dalam khutbah Jumaat dan usaha DAP menutup bazar Ramadhan di Komtar. Dugaan ini berlaku kerana masih ada orang Islam yang tidak mahu mencegah apa yang tidak betul dilakukan DAP, malah bertindak membelanya habis habisan. Sebab itulah DAP berani. Orang Melayu salah cakap sikit kena bantai habis habisan, DAP bukan lagi cakap tapi hina, pijak dan usir orang Melayu dipertahankan oleh orang Melayu PAS dan PKR habis-habisan. Apa bila hendak jadi macam ni?
Lim Guan Eng Didoakan Dalam Khutbah Jumaat

Salah seorang saksi tampil memberitahu Buletin Utama Tv3 pada 20 Ogos 2010. Apakah Exco Agama Islam Pulau Pinang mahu berbohong lagi dengan kenyataan ini?Para jemaah dan AJK masjid telah bertindak membantah tindakan Zakaria Ahmad. Namun aduan jemaah tidak diambil peduli oleh masjid yang dikuasai oleh orang -orang PAS itu kerana mereka berpendapat, itu adalah hak imam untuk mendoakan sesiapa pun yang mereka mahu dalam solat Jumaat. Memang mereka ini tidak waras menurut kata Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang). Abdul Malik jangan cepat menafikan, perlu menyiasat kariah solat jumaat di Masjid Padang Menora pada 25 Jun lepas.
Lebih baik jika siasatan ini dibuat oleh pihak ketiga yang bebas bukan pihak kerajaan negeri bagi menjamin ketelusan proses siasatan. Kejadian membaca nama Guan Eng dalam khutbah pada awalnya berlaku di dikatakan berlaku di Masjid Permatang Binjai, Kepala Batas pada 26 Februari 2010, Masjid Jalan Baru, Seberang Perai Tengah pada 13 Ogos 2010, Masjid Jelutung, Georgetown dan Masjid Pengkalan Tambang, Permatang Pasir.

Lim Guan Eng bukanlah ketua agama Islam di Pulau Pinang. Ketua Agama Islam adalah Yang Dipertuan Agong. Mengapa perlu mempolitikkan institusi raja sampai begitu sekali? Pihak jawatankuasa Masjid Padang Menora yang bertindak keterlaluan tersebut sewajarnya menerima tindakan yang sepatutnya daripada pihak berkuasa. Betapa tidak warasnya orang-orang PAS yang berbuat sedemikian. Mereka nampaknya sudah teramat taksub kepada Lim Guan Eng. Membandingkan khalifah Umar Abdul Aziz dengan Lim Guan Eng adalah perkara yang paling amat tidak waras sekali. Menyamakan Guan Eng dengan Kuan Yew mungkin dianggap sebagai waras.

Sedarkah mereka, dalam diam-diam, DAP sedang meminta untuk memisahkan Pulau Pinang dari Malaysia sebagaimana yang berlaku kepada Singapura. Ini niat sebenar DAP. Pulau Pinang bakal bertukar jadi tanah jajahan kedua DAP selepas Singapura. Ustz Azizan Abdul Razak (MB Kedah) perlu bercakap benar dan mendedahkan niat Guan Eng ini kepada umum. Kalau menang pilihan raya ke-13, inilah janji DAP sebenar. Orang Melayu kena tipu dengan duit RM100 setahun, DAP dapat tanah di Pulau Pinang. Orang Melayu sudah tiada masa, cepat-cepatlah bersatu.
Thursday, August 19, 2010
Pakatan Pembangkang Tidak Berpakat
5 hari lepas Lim Guan Eng janji lain, Guan Eng tidak kelihatan dalam gambar pun. Mungkin tempelak Zaid Ibrahim dan Saifuddin Nasuiton telah menyebabkan Guan Eng menghilang (baca sini). Bagaimana hendak jadi kerajaan, semasa pakatan pun tidak berpakat dengan baik.
Kalau orang lain, mereka cakap rasis dan perlu kena tindakan keras. Guan Eng ini seorang Ketua Menteri tetapi mengapa berkelakuan seperti itu?. Sama seperti bapanya, bukan lagi cakap tetapi dengan sengajanya memijak gambar orang Melayu. Kedua-dua tidak kena tindakan keras dan tidak pernah minta maaf pun. Esok lusa, kalau mereka menang entah gambar siapa lagi yang mereka akan pijak nanti.
Berapa peratus daripada janji ini sudah dilaksana? Bukan membantu rakyat Selangor untuk mendapat rumah, malah ekuiti pembelian rumah untuk orang Melayu diminta dihapuskan di Selangor. Lihat pada janji yang berbunyi "Menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri". Apa sudah jadi pada janji ini? Pasir terus dicuri dan dikorek. Mengapa Ronnie Liu tidak disiasat kerana salah guna kuasa Exco?Sebelum menang cakap lain, sudah menang jadi lain. Pembangkang sewajibnya melaksanakan dulu apa yang telah dijanji pada 2008 kepada pengundi di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Laksana dulu di tempat yang sudah dimenangi. Usah berbohong kepada rakyat. Semua janji ini sekadar dicipta untuk alih perhatian rakyat terhadap isu utama terhadap Anwar Ibrahim iaitu liwat. Berjanji memang senang, sudah menang cakap putar belit malah berbohong lagi.
Wednesday, August 18, 2010
Chua Soi Lek Tidak Hormati Perlembagaan

Apa itu Perkara 153? Perkara 153 menyatakan "it shall be the responsibility of the Yang Dipertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and the legitimate interests of other communities". Ini bermakna kenyataan Chua Soi Lek itu telah cuba mempertikaikan tanggungjawab yang ada pada Ketua Negara iaitu Yang Dipertuan Agong. Mengikut Perkara 10, Fasal 4, Chua Soi Lek tidak boleh mengungkit dan mempersoal hak keistimewaan ini. Mempersoal 153 bermakna mempersoal juga Perkara 181 iaitu Kedaulatan Raja Raja Melayu.

Kenyataan Soi Lek itu menyalahi Akta Hasutan, mengikut Perkara 3(1)(e) dan Perkara 3(1)(F) kerana ia boleh membangkitkan perasaan marah di kalangan orang Melayu dan juga bumiputera di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, sudah sampai masanya penguatkuasaan terhadap Perkara 10, Fasal 4 dan Akta Hasutan dibuat dengan tegas oleh pihak berkuasa. Jika tidak dibuat, banyak lagi pihak akan cuba mempertikaikan perkara terbabit. Hormatilah kontrak sosial yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Ianya tidak ketepikan sesiapa.
Orang Melayu dan bumiputera Sabah serta Sarawak juga tidak mendapat banyak tempat dalam projek-projek swasta. Ada juga kilang yang masih lagi tulis perlu pandai berbahasa Cina untuk masuk kerja. Ada orang Melayu buat resolusi kilang tersebut ditutup kerana tidak mengambil orang Melayu? Banyak perkara lagi yang MCA perlu beri perhatian, terutamanya menawan kembali hati orang Cina daripada DAP. Ini tugas utama MCA jika mahu terus kekal relevan bersama dalam BN. Bukan bertindak mengungkit perkara yang sudah dipersetujui oleh pemimpin MCA sejak Merdeka lagi.
Tuesday, August 17, 2010
Orang Melayu Dihina di Pages Namewee
Mungkin ada orang lain yang ajar dan asuh mereka ini untuk bersikap biadap sedemikian?. Ini bukan bincang 1Malaysia secara rasional, tetapi sudah memaki hamun bangsa lain. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera terhadap pages rasis ini. Kita di ambang kemerdekaan yang ke-53, namun di masih ada rakyat Malaysia yang bersikap rasis terhadap pribumi di negara ini. Kebebasan ada batasnya. Inilah masalahnya bila fahaman sosialis dan komunis mengajar mereka untuk menjadi terlalu bebas.
Saturday, August 14, 2010
Lim Guan Eng Pasang Impian Jadi PM
Di negeri Pulau Pinang, yang sudah ditadbir oleh DAP, warga emas hanya dapat RM100 untuk setahun. Ramai warga emas yang tidak dapat kerana Lim Guan Eng memberi alasan pangkalan data kena virus. Begitulah cara Guan Eng lepas tangan. Masa kempen pilihan raya umum yang ke-12, DAP janji lapan perkara pada 25 Februari 2008 (baca sini). Antaranya adalah bonus sehingga RM6,000 ringgit setiap isi rumah. Bila ditanya hendak ambil duit daripada mana, jawabnya mudah sahaja ambil daripada Petronas. Sudah perintah di Pulau Pinang, apakah janji tersebut dilaksanakan pada rakyat Pulau Pinang? Sudah perintah, siak Masjid tepuk bahu bertanya khabar pun dikatakan sebagai ancaman. Kelakuan Lim Guan Eng itu amat rasis.
Lim Guan Eng kata "kita tidak mempunyai sebarang hubungan dengan parti komunis di dunia, tidak seperti Umno yang baru menadatangani perjanjian dengan parti komunis China,”. Siapa kata DAP tidak ada hubungan dengan parti komunis? Pada 22 November 2009, Karpal Singh (Pengerusi DAP) mempertikaikan keputusan kerajaan mengapa tidak membenarkan Chin Peng pulang. Anwar Ibrahim juga pada 14 Jun 2009, menyatakan secara terbuka untuk membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia (baca sini). Chin Peng ini siapa? Pejuang kemerdekaankah? Jangan terkejut hari ini sudah ada buku dan filem yang memuja komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Ini bukti jelas DAP masih lagi menyokong pergerakan Parti Komunis Malaya (PKM). Buat apa hendak auta lagi Guan Eng. Dalam bulan Ramadhan ini banyak sangat auta Guan Eng ini. Berhati-hatilah orang Melayu, jangan terpedaya dengan janji pewaris Kit Siang ini.
