
Jika seorang mahasiswa itu mampu mengagihkan masanya dengan seimbang antara tugasan sebagai pelajar dan jawatan politik di luar kampus ianya adalah contoh pemimpin muda yang terbaik. Jika seorang mahasiswa itu gagal menyeimbangkan perkara ini, sesuatu implikasi yang lain akan berlaku. Kenyataan populis belum tentu mendatangkan impak sebagaimana yang dimahukan. Akan tetapi setiap cadangan boleh diperhalusi bukan dipersepsi untuk mencapai misi yang diingini.
Di kampus sudah ada Majlis Perwakilan Pelajar yang dipilih secara demokrasi oleh mahasiswa, mereka ini adalah golongan yang berminat untuk berpolitik di kampus. Mungkin mereka juga berminat di luar kampus. Jika kebebasan untuk berpolitik itu disalah guna, padahnya amat besar. Jangan terkejut jika dewan kuliah boleh bertukar menjadi pentas ceramah politik oleh pelajar. Kematangan dalam berpolitik boleh menghalang impak negatif, namun berapa ramai yang meletakan rasional mengatasi emosi dalam berpolitik? Boleh dibenarkan mahasiswa untuk berpolitik di luar jika mereka pandai uruskan perbelanjaan diri sendiri.
Bagi yang mahu berpolitik di luar, bantuan PTPTN mungkin lagi tidak sesuai bagi mereka. Dibimbangi wang pinjaman PTPTN tersebut akan digunakan untuk kerja-kerja politik di luar. Mereka yang berminat dengan politik di luar perlulah berdikari sendiri mengurus duit. Bagi yang kuat sangat menyokong pembangkang dalam kampus, eloklah kiranya Nik Aziz, Ustaz Azizan, Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim menubuhkan satu tabung pinjaman bagi mereka. Lagipun, untung pasir di Selangor kan banyak. Duit tersebut bolehlah disalurkan untuk menjaga pelajar-pelajar yang menyokong mereka di kampus. Sebelum pilihan raya, Khalid pernah berjanji RM1,000 kepada setiap pelajar yang baru masuk universiti. Ini satu janji, tetapi bila menang mana janji tersebut? Partisipasi dalam politik memang sudah ada di kalangan mahasiswa. Apakah mahasiswa menjadi agen perubah dalam politik atau sekadar digunakan oleh pihak lain untuk mencapai kepentingan politik?














