Pada 28 Jun 2010, Pengerusi DAP, Karpal Singh telah mengulangi lagi kenyataan menolak negara Islam. “Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal. Ini bukan pertama kali Karpal Singh bersuara tidak mahu negara Islam, malah sudah 20 tahun Karpal kekal dengan pendirian tersebut iaitu sejak 15 Oktober 1990, bila menyatakan langkah mayatnya dulu jika ingin tubuh negara Islam. Apa pula pandangan Nik Aziz?
Ini jawapan yang diberikan oleh Nik Aziz sebagai respon kepada kenyataan Karpal “Itu (tak terima konsep Islam) hanya pandangan peribadi Karpal sahaja, malah saya sendiripun sudah banyak kali bertanya, tak kena di mana Islam?" Harakahdaily, 30 Jun 2010. Amat jelas sekali Nik Aziz pun tidak mampu untuk menghalang kebiadapan Karpal. Apakah ianya boleh dianggap sebagai kenyataan peribadi setelah 20 tahun prinsip yang sama dipertahankan?
Lagipun Karpal adalah Pengerusi DAP, amat tidak munasabah Karpal bercakap bukan atas kapasiti seorang Pengerusi DAP bila ditanya apa akan berlaku di Malaysia, andai kata pembangkang menang dalam pilihan raya akan datang. Kenapa Karpal berani cakap begitu? Semuanya kerana DAP adalah parti yang kuat dalam pembangkang sekarang. DAP ada 29 kerusi berbanding PAS yang hanya ada 23 kerusi.
Karpal sudah mengjangkakan tiada siapa pun orang PAS akan berani menentangnya kerana PAS sekarang ini menagih undi DAP untuk menang di beberapa negeri. Malah hanya bertanding 63 kerusi sahaja dalam pilihan raya akan datang. Sah sah DAP akan bertanding lebih kerusi berbanding PAS. Sedarkah orang PAS, ini bermakna Pengerusi DAP itu tidak memerlukan undi PAS pun untuk menang. PAS hanya mahu digunakan untuk capai kuasa sahaja. Sudah dapat kuasa, segalanya akan dilupakan. Mengapa Karpal marah sangat bila orang Melayu hendak bersatu dalam politik? Fikirkan, semunya kerana Karpal sudah berangan angan untuk menjadi Perdana Menteri dengan undi PAS.