Mark Regev, jurucakap kepada Benjamin Netanyahu berkata: "They initiated the violence. We made every possible effort to avoid this incident. The servicemen were given instructions that it was to be a police operation and to use maximum restraint.Unfortunately they were attacked with deadly force by the people on the boats - with iron bars, knives and live fire." Seperti alasan yang digunakan untuk menghalalkan darah orang Palestin dibunuh di Gaza dan Tebing Barat. Menuduh orang lain sebagai memulakan dan bertindak ganas.
Israel perlu dikenakan sekatan perdagangan oleh negara-negara Arab dan dunia Islam. Israel adalah terroris sebenar. Biarpun definisi terroris tidak mengklasifikasikan sebuah negara sebagai terroris dan hanya "non state actor" yang selalu dikelaskan sebagai terroris namun tindakan Israel ke atas kapal yang membawa misi keamanan ini melayakan Israel untuk gelaran tersebut. Benjamin Netanyahu perlu dibawa ke mahkamah pengadilan antarabangsa. Tindakan ganas ini tidak boleh disokong oleh mana-mana pihak sekalipun. Jika NATO dan Amerika Syarikat bertindak mempertahankan kekejaman ini, ianya akan mengundang kemarahan satu dunia tanpa mengira agama dan kaum terhadap mereka yang menyokongnya. Israel adalah terroris sebenar. Di mana kuasa besar yang memperjuangkan hak asasi manusia?










