Friday, April 30, 2010

Anwar Ibrahim Dikaitkan Dengan Terorris & Anti Sematik

Ilan Weinglass telah menulis satu artikel pada 12 Januari 2006 yang menyatakan, “Anwar Ibrahim is a founder and director of the Muslim Brotherhood affiliated International Institute of Islamic Thought (IIIT), a think tank in Virginia that has alleged links to terrorism.” In 2002-2003, Ibrahim’s institute in Virginia was even investigated by the FBI, IRS and CIA for alleged financing of Hamas and Hizbollah" (baca sini). Artikel Ilan Weinglass (seorang penganalisa berkaitan terrorism yang berpangkalan di New York) ini telah dijadikan hujah oleh Rachel Motte untuk menulis ulasan yang bertajuk "The Reversal Of Anwar Ibrahim" dalam New Ledger pada 29 April 2010. Anwar dikaitkan dengan IIIT yang membiayai keganasan dan juga anti-sematik.
Rachel Motte telah mendedahkan hubungan baik antara Anwar dan Wolfowitz ketika Anwar diajak oleh Wolfowitz untuk menjadi "pensyarah" di John Hopkins University. Anwar juga dikatakan baik dengan Al Gore selepas kekalahan Bush di tangan Obama. Anwar digambarkan sebagai seorang yang cuba mendapatkan pertolongan daripada tokoh-tokoh Yahudi tetapi dalam masa yang sama bersikap anti sematik. Sikap Anwar ini menggambarkan siapa diri Anwar yang sebenar dari kaca mata penganalisa politik di Amerika Syarikat. Di sebalik wajah-wajah Anwar. Apa lagi yang mahu Anwar selindungkan? Tembelangnya sudah pecah bukan sahaja di Parlimen dengan pendedahan Zahrain tetapi di tempatnya melobi iaitu di Amerika Syarikat.

Thursday, April 29, 2010

Nizar Menghasut Kaum Cina

Nizar Jamaluddin, AJK PAS Pusat telah mengeluarkan kenyataan pada 17 April 2010 di Kampung Baru Kalumpang, Hulu Selangor dengan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Dato' Seri Najib (lihat video ini).Kenyataan ini adalah amat rasis dan telah menghasut pengundi keturunan Cina untuk membenci Presiden Barisan Nasional. Orang seperti Nizar ini sanggup mengeluarkan kenyataan sebegitu untuk menagih undi memenangkan pakatan pembangkang.

Sanggup menjadi balaci politik kepada Nga dan Ngeh untuk memecahkan perpaduan kaum di negara ini. Orang seperti Nizar ini perlu diajar oleh pengundi di Bukit Gantang. Apa perubahan yang Nizar sudah lakukan di Bukit Gantang? Mana janji-janji masa pilihan raya kecil tahun lepas? Kerjanya hanya berceramah memfitnah orang lain, itulah kerja Nizar. Pengundi Bukit Gantang, nilaikanlah sendiri Ahli Parlimen anda ini. Dia memang seorang yang rasis dan pengkhianat Melayu.

Monday, April 26, 2010

Tahniah Kamal, Zaid Akan Bertanding Di Sibu?


Zaid Ibrahim tewas di tangan Kamal di Hulu Selangor. Biarpun tewas, tetapi undi Zaid Ibrahim meningkat sebanyak 95 undi. Zaid pula menyatakan pilihan raya di Selangor adalah yang paling kotor dan tidak telus bila kalah. Apakah kalau menang Zaid akan kata pilihan raya tersebut telus? Nampaknya, pakatan pembangkang telah dikalahkan oleh orang mereka sendiri iaitu jentera PAS yang tidak bersungguh untuk membantu Zaid daripada awal kempen lagi. Orang PAS tahu siapa Zaid dan track record dua tahun Khalid Ibrahim di Selangor sudah cukup mengecewakan mereka.

Lebih-lebih lagi bila Zaid membawa Elizabeth Wong sebagai tukang kempen di Hulu Selangor. Orang PAS terlebih kenal siapa Elizabeth. Selain itu, isu pengagihan duit yang tidak sampai ke jentera PAS membuat mereka tertanya mengapa peruntukan yang diagihkan melalui Nik Nazmi tidak sampai kepada mereka. Kesimpulannya, kekalahan Zaid membuat Azmin tersenyum puas. Azmin adalah punca sebenar kekalahan Zaid Azmin juga terjamin tempatnya di kedudukan Naib Presiden dengan kalahnya Zaid. DAP boleh mencalonkan Zaid sekali lagi di Sibu untuk menebus kekalahan di Hulu Selangor. Mungkin Zaid selepas ini akan lompat parti masuk DAP pula untuk menjadi calon di Sibu.

Saturday, April 24, 2010

Elak Undi Zaid, Elak Hulu Selangor Tergadai

Apa tulisan di belakang Zaid itu? Buat apa Zaid berada di Rotary Club waktu itu?

Pada tahun 2001, ketika berkempen untuk menjadi Ketua UMNO Bahagian, Zaid Ibrahim menjanjikan akan menyiapkan bangunan dalam kempennya. Zaid Ibrahim dan beberapa orang kroninya menjadilah pemegang amanah untuk Ombak Biru. Pada tahun 2003, Zaid telah menggadaikan bangunan UMNO Kota Bharu kepada Bank Rakyat dengan nilai RM5.3 juta. Jika mengikut syarat, syarikat pemegang amanah tidak boleh mengadaikan harta. Malah Zaid turut menuntut wang RM9.5 juta daripada UMNO untuk bangunan tersebut.

Pada tahun 2006, satu laporan polis dibuat terhadap Zaid dan Ombak Biru kerana kesalahan menggadai bangunan UMNO bahagian. Zaid didapati bersalah dan digantung keahlian kerana politik wang. Dalam tahun yang sama, setelah digantung iaitu pada 25hb Ogos 2006, Zaid telah membeli seekor kuda pertaruhan dengan harga NZ$135,000.00. Bukan sekadar bangunan yang digadai, syarikat pemegang amanah pun ditukar kepada syarikat biasa. 249,999 saham dalam Ombak Biru adalah milik Zaid manakala hanya 1 saham pada nama seorang peguam bernama Wan Harun Wan Hashim. Zaid telah melakukan pecah amanah dalam syarikat dan menggadai bangunan UMNO. Elak undi Zaid, elak Hulu Selangor tergadai ditangan seorang yang pecah amanah, kaki pertaruhan, sokong Lina Joy murtad, liberal dan hobi-hobi eksklusif di Rotary Club.

Zaid Digelar Tokoh Liberal Melayu

Pada 13 Ogos 2008, Mohamed Hafiz bin Mohamed Nordin (Pengerusi Badan Anti iFC, BADAi) dan bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang telah melabelkan Zaid Ibrahim dan Anwar Ibrahim sebagai tokoh liberal Melayu (baca sini). Kumpulan liberal Melayu ini dikatakan mendapat dokongan kewangan daripada dana seperti Kondrad Adenuer Foundation dan United States Agencies for International Development (USAID) melalui Asia Foundation. Antara hujah mengapa Anwar Ibrahim dan Zaid Ibrahim dikelaskan sebagai liberal adalah kerana tindakan mereka menyokong forum terbuka mempertikai Artikel 121 (1A), membela Lina Joy, menyokong IFC dan mencabar Mahkamah Syariah.

Gambar tokoh liberal tersebut (berbaju putih paling kiri), di sebelahnya adalah Malik Imtiaz dalam forum "Federal Constitution : Protection For All" di Hotel Cititel Pulau Pinang pada 14 Mei 2006. (baca sini). Kumpulan Artikel 11 ini berusaha untuk hidupkan semula IFC.

Pada 25 April 2010 nanti, salah seorang tokoh liberal Melayu yang dikatakan tersebut akan menjadi calon untuk ke Parlimen. Sudah tentu, jika Zaid berjaya ke Parlimen, agenda serangan Islam liberal ini akan menjadi semakin hebat ditambah pula dengan dokongan dana-dana daripada luar. Artikel ini ditulis sendiri oleh orang PAS, namun hari ini orang PAS sendiri tidak mempercayai apa yang dikemukan oleh orang mereka sendiri. Apakah mereka sanggup ditipu oleh tokoh-tokoh liberal ini?

Orang kampungnya sendiri di Bachok tidak menerima calon ini,. Di Kota Bharu. bertanding sebagai Ketua Bahagian pun kalah. Hari ini hendak menjadi hero pula di Hulu Selangor. Berfikirlah panjang, jangan mudah mabuk kepayang. Jika tersalah pilih, batang hidung YB pun hilang. YB yang ditunggu tidak pulang-pulang, rupa-rupanya berada di seberang sedang bertaruh kuda dengan seseorang. Buatlah pilihan yang matang.

Friday, April 23, 2010

Apakah Nik Aziz Berani Tegur Hobi Berjudi Zaid Ibrahim?

Beranikah Nik Aziz menegur hobi berjudi Zaid Ibrahim? Dulu Husam kata undi Zaid seolah bala bagi Kota Bharu, Zaid pernah digelar sebagai Menteri Paling Celaka oleh Tranungkite, sekarang yang busuk itu segalanya wangi bagi PAS. Di mana pendirian PAS?

Bahaya pemikiran Umno: tolak Umno, terimalah kebenaran Islam” berikut adalah kata-kata Nik Aziz dalam perutusan terbaru di blognya. Pemikiran siapa yang lebih bahaya jika menolak kebenaran dan menghalalkan hobi perjudian? Hari ini, Nik Aziz akan memberikan kuliah Maghrib di Masjid Kuala Kubu Bharu dan pada malamnya berceramah di Changkat Asa, Hulu Bernam. Dalam perutusan tersebut Nik Aziz langsung tidak menyentuh tentang pengakuan Zaid mengenai kuda lumbanya yang digunakan untuk tujuan pertaruhan di Singapura.


"Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah perbuatan keji dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya" Surah Al Maidah, ayat 90. Mahukah Nik Aziz bercakap benar terhadap pengundi di Hulu Selangor? Jika mahu terima kebenaran Islam, Nik Aziz perlu menasihati pengundi tentang ayat 90, Surah Al-Maidah. Jika tidak, Anwar Ibrahim tentu sekali lagi akan memanggil Nik Aziz sebagai "ulama terompah".

Thursday, April 22, 2010

Husam Sifatkan Undi Zaid Bawa Bencana

Husam Musa ketika berceramah di Batang Kali, Hulu Selangor pada 21 April 2010 menyifatkan Zaid Ibrahim sebagai calon terbaik untuk rakyat di Hulu Selangor. "Kalau nakkan satu saluran supaya wakil rakyat kita boleh berhubung dengan pengundi di Hulu Selangor, kita memerlukan seorang wakil rakyat yang terbaik" kata Husam. (baca sini). Ini amat berbeza sekali dengan kenyataan Zaid pada April 2005 bila menyifatkan rakyat Kota Bharu tersilap memilih calon kerana mengundi Zaid.

Ketika berceramah di Kampung Gong Dermin, Kota Bharu, Husam Musa berkata "malangnya pada pilihan raya umum lalu, penduduk di Kota Bharu memberi undi kepada calon yang secara terang-terangan menyaman hukum Allah. Mereka perlu insaf dan berisytifar sekarang. Al Quran telah menceritakan apabila berlaku sesuatu perbuatan zalim di kalangan manusia, Allah akan menurunkan bala yang mengena sesiapa sahaja" (baca sini). Husam seolah mengaitkan banjir yang berlaku di Kota Bharu pada 2005 adalah kerana rakyat Kota Bharu memilih Zaid. Sampai begitu sekali Zaid diumpamakan oleh Husam. Kini segalanya dijilat kembali, Zaid dikatakan calon terbaik pula. Ini contoh terbaik sifat hipokrasi pemimpin pembangkang.

Dulu PAS Kecam Zaid, Sekarang PAS Halalkan Segalanya

"timbul BODOlah pulak dengan Zaid yang akan menghancurkan sistem Raja berpelembagaan di negara ini. Jika berjaya bermakna hancur jugalah benteng Melayu terakhir dalam perlembagaan" berikut adalah cacian yang dilemparkan oleh Songkok Putih terhadap Zaid Ibrahim dalam Tranungkite pada 28 Mac 2008 (baca sini). Malah Zaid Ibrahim diselar sebagai Menteri Paling Celaka di Malaysia oleh PAS. Sekarang ini yang dicelakakan itu dipertahankan habis-habisan berkaitan isu judi, arak dan menentang Lina Joy kerana menjadi calon mereka di Hulu Selangor.


Pada 3 Disember 2008, Zolkharnain Adibin (Exco Pemuda PAS Pusat) menyatakan "Sungguh angkuh dan terbukti mereka tidak pernah mengambilkira aspek halal-haram sesuatu perkara. Kalau tak ada PAS di Parlimen tak tahu apa nak jadi? (baca sini) Hari ini, bila Zaid jadi calon di Hulu Selangor, PAS pula sudah halalkan apa yang dibuat oleh Zaid Ibrahim. "Cukuplah institusi sukan negara dicemari pelbagai perkara yang tidak sesuai dengan agama dan jangan dimasukkan perkara lain yang akan lebih merosakkan," kata Zolkharnain lagi. Apakah hobi menunggang kuda tidak dirosakkan oleh unsur perjudian oleh Zaid Ibrahim?. Mungkin PAS boleh terangkan kepada Zaid untuk membezakan antara sukan kuda dan judi. PAS boleh mengajar Zaid apa maksud hipokrit yang sebenar. Atau PAS sendiri yang mengamalkan sikap hipokrit itu? Dulu kecam Zaid, sekarang halalkan semuanya.

Surat Anwar Dedah Hubungan Intim Dengan Wolfowitz


Pada 1 Oktober 2006, Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Foundation for the Future menulis surat kepada Kaunselor Bank Dunia, Robin Cleveland bagi memohon agar teman wanita bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz, iaitu Shaha Ali Ridza, dipinjamkan ke yayasan tersebut. Surat ini mengesahkan hubungan intim antara Anwar dan Wolfowitz hingga sanggup campur tangan bersama dalalm soal skandal dan hubungan intim antara Shaha Ali Ridza dan Wolfowitz.

Wolfowitz membalas budi Anwar yang cuba menyelamatkan Shaha Ali Ridza dengan menulis satu artikel kepada majalah Time pada 2008 untuk membolehkan Anwar diberikan "anugerah" sebagai antara orang berpengaruh yang disenaraikan oleh majalah tersebut.


Anwar juga pernah dilantik oleh Wolfowitz sebagai penasihat Bank Dunia selain beberapa jawatan penting di beberapa buah universiti yang dianugerahkan oleh Wolfowitz selapas pertemuan sulit Anwar Ibraihm, Azmin Ali, Khalid Jaafar dengan Wolfowitz dalam Pentagon. Buat apa Anwar bertemu secara sulit dengan Wolfowitz (bekas Penolong Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) yang terlibat secara langsung merancang serangan ke atas Iraq dan Afganistan?. Lebih jelas lagi bila Anwar mengeluarkan isu APCO selepas mendapat nasihat daripada Al Gore di London. Rupanya ramai kenala Anwar di APCO (baca sini). Anwar terpaksa menggunakan isu ini untuk menutup hubungan intimnya dengan Al Gore, Wolfowitz, William Cohen, Elliot Abrahams dan beberapa tokoh Yahudi lain. Ini bukti jelas Anwar menjadi boneka Israel.

Tuesday, April 20, 2010

Pemilik Kuda Kelantan Zaid Ibrahim

Kelvin Ng Hock Heng. Inikah orang yang memiliki kuda yang bernama Kelantan? "Itulah masalah dengan Umno. Mereka tidak membezakan antara judi dan sukan,” kata Zaid menafikan keterlibatannya dalam sukan kuda dalam Malaysiakini pada 20 April 2010. Siapa yang tidak dapat bezakan? Apakah Zaid yang masih mahu bersikap hipokrit untuk tidak mengakui hobinya yang eksklusif itu?. Gunakan nama proksi untuk menyembunyikan kegiatan taruhan.
Berikut adalah rekod kuda bernama "Kelantan" yang menang banyak perlumbaan di Singapura. Kuda ini sudah berlumba sebanyak 33 kali dan memenangi tempat pertama sebanyak 7 kali. Sila lihat laman ini. Kuda yang bernama "Kelantan" ini bagaimana pun dipunyai oleh seorang yang bernama Ng Hock Heng. Apakah ini kuda "Kelantan" yang dikaitkan dengan Zaid Ibrahim?


Siapa pula Kelvin Ng Hock Heng? Bila disemak Kelvin Ng Hock Heng adalah adalah salah seorang peguam yang bertugas di Zaid & Co, syarikat yang dimiliki oleh Zaid Ibrahim. (baca sini). Nampaknya, Zaid menggunakan proksi untuk memiliki kuda yang digunakan untuk tujuan bertaruh di Singapura. Bukti jelas menunjukan siapa tuan punya kuda bernama Kelantan dan apa kaitannya dengan Zaid Ibrahim. Apakah ini masih lagi satu tuduhan tidak berasas? Rakyat di Hulu Selangor perlu diberitahu perkara sebenar, jangan tertipu dengan perangai hipokrit Zaid Ibrahim.

Monday, April 19, 2010

Zaid Ibrahim & Kuda

Berikut adalah maklumat yang dipetik daripada laman sahabat blogger PISAU berkaitan Zaid Ibrahim dan kuda lumbanya. Pada 28hb Januari 2009, Zaid Ibrahim telah bertaruh sebanyak USD$7,847.00 untuk perlumbaan kuda di New Zealand. (baca sini) Rupanya, selain alkohol, Zaid juga mempunyai hobi untuk bertaruh menggunakan kuda.

Zaid Ibrahim telah membelanjakan sejumlah $NZ135,000.00 untuk membeli seekor kuda bernama "Kelantan" (baca sini). Kuda milik Zaid ini tidak disimpan di Kota Bharu, Kelantan tetapi dijaga di Singapura untuk tujuan perjudian. Kaki-kaki pertaruhan di Singapura amat kenal dengan kuda "Kelantan" yang dianggap sebagai kuda yang handal dan sering menang di Singapura. Malah, pada 25 Ogos 2006, kuda "Kelantan" ini telah menang pertaruhan bernilai US$450,000.00.

Apa yang pasti, hobi bertaruh ini tidak pernah diakui oleh Zaid secara berdepan dengan pengundi di Hulu Selangor. Zaid berkata orang lain hipokrit, tetapi ianya akan menjadi lebih hipokrit kalau menipu rakyat hanya untuk mendapatkan jawatan dan kedudukan semata-mata. Calon anak tempatan lebih sesuai untuk menjaga orang Hulu Selangor berbanding Zaid yang sibuk dengan kuda dan "hobi-hobi" yang lain. Apa pula komen Nik Aziz tentang isu kuda ini? Mesti Nik Aziz bela Zaid habis-habisan nanti.

Zaid Mengaku, Halili Keluar.

Khalid Ibrahim kata Zaid sudah berubah, gambar ini masa muda kah atau zaman mana?

Akhirnya Zaid Ibrahim sendiri membuktikan cabaran Azmin Ali. Pada 18 April 2010, di perkampungan estet, Kerling, Hulu Selangor, Zaid mengakui kepada pemberita bahawa pernah minum alkohol seperti yang didakwa (baca sini). Menurut Zaid, itu kisah lama waktu zaman muda-muda dulu. Cuba perhatikan gambar di atas, waktu zaman muda ke waktu zaman mana?.Selepas pengakuan Zaid ini, pada hari berikutnya Dr Halili telah mengumumkan untuk meninggalkan PKR mengikut haluan AMK Shah Alam yang turut membubarkan PKR.

Kini yang tinggal hanyalah tiga anak Ibrahim iaitu Zaid, Anwar dan Khalid yang berkempen untuk PKR di Hulu Selangor. Clash of titan dalam PKR semakin memuncak, pertembungan antara kumpulan Azmin dan kumpulan yang dipimpin Zaid, Khalid Samad dan Chua Jui Meng tidak dapat dielakkan lagi. Anak di Hulu Selangor tidak dipilih, orang Kota Bharu yang ditunjuk untuk jadi wakil orang Hulu Selangor. PKR dilanda krisis parti yang kritikal. Inilah masa terbaik buat BN meneruskan momentum kemenangan di Bagan Pinang dibawa ke Hulu Selangor. Pilihan terbaik untuk Hulu Selangor ialah calon 1Malaysia iaitu Kamalanathan. Fasih berbahasa Melayu dan anak tempatan.

Sunday, April 18, 2010

Zaid Kaki Botol? Azmin Boleh Minta Khalid Buktikan


Pada 17 April 2010, Azmin Ali mencabar UMNO untuk buktikan Zaid seorang kaki botol. Sepatutnya Azmin yang bertanya kepada Khalid berhubung perkara tersebut. “Apapun, Zaid sekarang sudah berubah dan kita nampak perubahannya,” kata Khalid Ibrahim dalam Sinar Harian (baca sini). Khalid seolah tahu bagaimana perangai sebenar Zaid sebelum ini.

Rasanya Azmin juga tahu siapa Zaid sebelum ini. Sebab itulah Azmin tidak berapa menyukai Zaid untuk bertanding di Hulu Selangor. Semalam jika ada sesiapa melihat Buletin Utama, TV3 jelas ketara sekali reaksi muka Azmin Ali yang kurang senang dengan Zaid. Azmin seolah terpaksa untuk bersama-sama menyertai perarakan calon mengiringi Zaid. Apabila Azmin mengeluarkan kenyataan dan cabaran menggesa UMNO membuktikan perangai Zaid, ini bermaksud Azmin seolah mengiyakan apa yang dikatakan oleh Khalid tentang Zaid. Lagipun, gambar-gambar Zaid dengan botol yang bertebaran sebelum ini di alam maya semuanya dibuat oleh blogger-blogger pembangkang sendiri. Mereka juga tahu karakter sebenar Zaid. Sekarang bila Zaid lompat masuk PKR, semuanya sudah jadi suci.

Saturday, April 17, 2010

Zaid Ibrahim Menyokong Lina Joy Murtad?


Berikut adalah laporan dalam Harakahdaily yang ditulis oleh seorang pengarang bernama Azimin Amin berhubung kenyataan Zaid Ibrahim pada 9 September 2006. (baca sini) Antara yang disebut oleh Zaid pada waktu itu adalah seperti berikut:

"Kita tidak boleh bercakap perkara itu kerana Tuhan akan menghukumnya (Lina Joy)?Apa masalahnya? Dia bukan lagi Islam jadi Tuhan akan menghukumnya? Adakah kita memainkan peranan Tuhan? Adakah kita tahu bahawa Tuhan tidak akan mengampunkannya? Adakah kita tahu? Saya fikir, dia hanya mahu butiran kad pengenalannya ditukar. Jadi biarlah mahkamah yang menentukannya. Tidak perlu kata Islam terancam,"
kata Zaid Ibrahim.

Selepas kenyataan tersebut dikeluarkan, Zaid dikecam teruk dalam Traunungkite dan beberapa laman yang pro kepada PAS. Kini Zaid ditatang bagaikan orang yang tidak berdosa bila berada bersama dengan PAS. Diarak dan disanjung sebagai calon mereka di Hulu Selangor. Pendirian orang-orang PAS boleh berubah dengan serta merta dan mengampunkan Zaid yang pernah menentang hudud. Betapa goyahnya pendirian orang PAS. Mengapa sokong calon yang pro kepada tuntutan Lina Joy ini? PAS sudah menjadi semakin liberal dan sanggup korbankan prinsip setelah ditipu dan digula-gulakan oleh Anwar Ibrahim. Sedarlah, kalau undi Zaid, anda semua akan dipermainkan nanti. Berapa kerap orang Kota Bharu ini boleh turun ke Hulu Selangor?

Friday, April 16, 2010

Anwar Ibrahim Menerima Tekanan Luar Untuk Pilih Zaid

Perhatikan wajah Anwar Ibrahim ini, seolah ada sesuatu yang tidak kena padanya. Wajah Dr Halili juga kelihatan sugul bila nama Zaid Ibrahim diumumkan sebagai calon di Hulu Selangor. Wajah Anwar yang tidak kelihatan seperti biasa ini dikatakan amat bersangkut paut dengan ketidakhadiran Azmin Ali ke majlis pengumuman calon di Serendah. Azmin Ali lebih mahukan Dr Halili sebagai calon bukannya Zaid Ibrahim. Azmin memberi alasan mahu ke Sibu untuk persiapan pilihan raya di sana. Bukankah Sibu penamaan calonnya masih lambat lagi iaitu pada 6 Mei 2010, mengapa kelam kabut sangat Azmin mahu ke Sibu hingga sanggup meninggalkan majlis penting di negerinya sendiri? Pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan soal calon.


Ini bukan kali pertama, Anwar menjadi off form bila tiada Azmin di sisinya. Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan semasa dalam UMNO dulu, Anwar pernah bertelingkah dengan Azmin sewaktu di Mauritius. Azmin tidak bersetuju bila Anwar melayani permintaan seorang rakan lama Wan Azizah untuk satu majlis makan malam. Balik dari makan malam tersebut, Azmin merajuk kerana Anwar enggan menuruti kehendaknya untuk membatalkan rancangan untuk makan malam. Prestasi Anwar keesokkan harinya ketika berucap amat teruk. Tersangkut dan tersasul dalam ucapan. Samalah dengan apa yang terjadi pada Anwar di Serendah ketika mengumumkan calon. (lihat video ini).


Mengapa Nallakarupan berani menyatakan sebegini? Pasti ada sesuatu yang special antar Anwar dan Azmin.


Anwar menerima tekanan luar terutama daripada fundernya untuk mencalonkan Zaid. Calon pilihan Azmin terpaksa diketepikan demi memenuhi permintaan funder. Lebih buruk lagi jika funder tersebut meminta pula Zaid Ibrahim dipilih sebagai Naib Presiden dan diberi amanah untuk menjaga akaun PKR. Apakah Anwar sanggup untuk membuang Azmin? Jika tidak percaya pergilah ke Hulu Selangor, anda boleh saksikan sendiri bagaimana performance Anwar ketika ceramah. Amat rapat sekali hubungan Anwar dan Azmin sampai boleh terjejas ucapan Anwar. Apakah orang-orang PKR yang lain masih tidak boleh melihat perkara ini? Inilah sebabnya orang-orang yang dulu rapat dengan Anwar keluar. Mereka sudah tidak sanggup ditipu lagi.

Wednesday, April 14, 2010

Zaid Ibrahim, Calon Pilihan DAP.

Semalam, di Serendah, Hulu Selangor, Anwar Ibrahim mengumumkan Zaid Ibrahim sebagai calon pembangkang di Hulu Selangor. Setelah didesak oleh DAP, akhirnya Anwar Ibrahim terpaksa ketepikan Dr Halili dan Shamsul Iskandar Mat Akin untuk memilih Zaid. DAP bertepuk tangan gembira dengan pemilihan Zaid, tetapi yang akan digunakan diperingkat bawahan untuk menangkan Zaid adalah orang-orang PAS.


PKR dan DAP tiada jentera yang kuat di peringkat bawahan. Pada 28 November 2008, Zaid telah menghadiri majlis makan malam bersama dengan DAP di Pulau Pinang. 30 November 2008, sewaktu Zaid berura-ura hendak keluar dari UMNO, pihak pertama yang bersungguh-sungguh mahu menerima Zaid adalah DAP. Kit Siang, Karpal Singh, Teresa Kok dan Dr Chen Man Hin adalah mereka terawal membuka pintu DAP kepada Zaid. Amat jelas sekali, calon tempatan diketepikan untuk memenuhi tuntutan DAP yang mahukan Zaid. Kulit guna nama PKR, namun dalaman adalah DAP, itulah Zaid Ibrahim. Yang akan diguna dan dikudakan diperingkat bawahan adalah jentera PAS bagi memenangkan calon yang pernah menentang hukum hudud.

Anwar Ibrahim Ke Indonesia Menjelang PRK di Hulu Selangor

Anwar Ibrahim sedang menyampaikan ucapan di World Movement for Democracy yang ke-6 di Jakarta pada 12 April 2010. "Democracy on the other hand goes the opposite direction by putting individual liberty ahead of the betterment of society" kata Anwar Ibrahim dalam sidang tersebut (baca sini). Ini bermakna kebebasan individu mengatasi segala-galanya? Bebas yang macam mana Anwar mahu promosikan?

World Movement for Democracy adalah persidangan yang ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED). Dalam persidangan ke-4, WMD di Turkey, Anwar Ibrahim membawa bersama beberapa orang kanan ke sana untuk bertemu dengan Carl Gershman (Presiden NED) dan Kim Campbell (Bekas Presiden Kanada) di sana. Kononnya untuk berbicara tentang demokrasi. Seminggu selepas keputusan pilihan raya umum ke-12 diumumkan, Gershman pernah datang ke Malaysia dan memuji sistem pilihan raya di Malaysia. Apa tujuan Gershman berbuat demikian? Apakah bertujuan untuk memuji rakan baiknya sendiri yang baru menang di beberapa negeri?

Sebelum ini dalam beberapa kali pilihan raya kecil Anwar sering keluar negara sebelum pulang untuk berkempen dalam kawasan. Sewaktu di Ijok, Anwar terbang ke Hong Kong, masa di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Anwar pergi ke Thailand. Kali ini ke Indonesia pula untuk berjumpa rakan-rakannya di sana menjelang PRK di Hulu Selangor. Ketika Barrack Obama dan Dato' Seri Najib mengadakan pertemuan untuk atas kapasiti pemimpin negara untuk hubungan dagangan dan kerjasama strategik yang lain, ketua pembangkang pula sibuk menggunakan pintu belakang untuk menjalin hubungan yang lain. Semuanya kerana mahu melepaskan diri dari krisis peribadi dan mencapai angan-angannya hendak jadi PM.

Sunday, April 4, 2010

Nik Aziz Kata Blogger Macam Kedai Kopi Bergerak

Surat ini menunjukkan syarikat Julapan Sdn Bhd bersetuju untuk memberi sejumlah RM350,000 dalam bentuk derma kepada Pengarah PASTI Negeri Kelantan pada 16 Oktober 2000 sebagai ganjaran ke atas projek penanaman kelapa sawit seluas 500 ekar di di Galas, Gua Musang. Namun pada 4 April 2010, Nik Aziz telah menafikan kerajaan negeri Kelantan menerima derma daripada syarikat balak. Malah, Nik Aziz telah menyifatkan "penulis blog sebagai kedai kopi bergerak yang membincangkan perkara-perkara sama ada untuk kebaikan dan keburukan sesuatu pihak" (baca sini).


Anak Nik Aziz juga seorang penulis blog, malah Nik Aziz juga ada blognya sendiri. Apakah ini juga boleh dikatakan sebagai kedai kopi bergerak? Mungkin Nik Aziz tidak sedar, apa yang dia kata terkena pada anak dan dirinya sendiri. Bukti surat syarikat Julapan Sdn Bhd ini tidak dijawab, lain pula yang dijawab oleh Nik Aziz. Nilaikanlah sendiri bagaimana PAS melarikan diri daripada sesuatu isu. Inilah cara mereka menutup kelemahan. Samalah seperti menutup isu kerugian bazar Tok Guru bernilai RM23 juta dengan menuntut royalti minyak. Kalau dapat pun royalti minyak, nilainya hanya RM20 juta sahaja, cukupkah untuk menutup kerugian bazar Tok Guru?

Saturday, April 3, 2010

Video Ini Menghina Ibadah Solat

Video ini selama 2 minit 12 saat ini adalah amat biadab (lihat sini). Sekumpulan anak muda dari St Augustine, Betong, Sarawak telah menghina ibadah solat. Entah tujuan apa anak-anak muda ini berbuat begini, tetapi apa yang pasti video ini telah mempermainkan dan menghina kesucian agama Islam.


Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membuat penghinaan sebegini. Tidak boleh dibiarkan kejadian sebegini berulang dan terus berulang. Tindakan tegas perlu diambil agar jadi pengajaran pada yang lain.