Friday, March 26, 2010

Anwar Ibrahim & Sokongan Gay Terhadapnya.

Anwar Ibrahim bersama dengan Musdah Mulia (tengah) dalam program Parlimen Agama Dunia (The Parliament of World's Religions), di Melbourne, Australia pada 4-5 Disember 2009. Dalam pertemuan ini, Anwar Ibrahim turut berkesempatan bertemu dengan Michael Danby. Mengapa Anwar dijemput sama untuk memberikan syarahan bersama dengan seorang yang menghalalkan kehidupan gay dan lesbian?

Dr. Siti Musdah menerima pengiktirafan pada II Premio Internazionale La Donna Dell' Anno Year 2009 (Anugerah Antarabangsa Wanita 2009), pada 26 November 2009 yang diadakan di Saint Vincent, Itali. Siapakah pula Dr Musdah Mulia? Ada kaitan dengan gerakan neo-konservatif? (baca sini).

Berikut adalah petikan akhbar Sunday Age pada 6 Disember 2009 di Australia, dalam forum yang sama dengan Dr Musdah Mulia, Anwar Ibrahim telah menyatakan ''muslims were upset about the treatment of prisoners at Abu Ghraib [in Iraq], but what about conditions in Muslim prisons. If you refuse to talk about that you have no standing to talk about the first. There is suspicion that Islamic political parties will use democracy as a vehicle and, when they come to power, marginalise other groups and cancel elections. There will be a 100 per cent vote, one time.'' Kenyataan Anwar ini secara tidak langsung telah memberikan imej yang tidak baik kepada umat Islam, seolah-olah umat Islam menolak golongan minoriti. Golongan minoriti mana yang dimaksudkan Anwar?


16 Julai 2008, satu blog gay "365 GAY" menyiarkan berita Anwar Ibrahim dikenakan tindakan atas tuduhan sodomi. Lima artikel dimuatkan dalam 365 GAY berkaitan dengan Anwar Ibrahim. Amat berminat betul blog-blog gay dengan Anwar Ibrahim. Mengapa mereka berminat dengan Anwar?


"Homosexuality is illegal in Malaysia, a majority-Muslim country that has struggled in recent years with interfaith tensions. Last month, churches and mosques were attacked in a furor over the use of ‘Allah’ by a Christian newspaper, which some Muslims say infringes on their rights. Sodomy is punishable by up to 20 years in jail". tulisan dalam satu artikel sebuah kumpulan NGO yang memperjuangkan kehidupan gay di luar negara. Artikel ini membela Anwar Ibrahim yang terlibat dalam tuduhan liwat. Menyamakan halangan terhadap kehidupan homo sebagai satu interfaith tension.

Gambar: Michael Danby (tali lehar kuning) menghantar petition kepada Salman Bin L Ahmad, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia. Sebuah laman web gay menyiarkan berita bantahan ahli parlimen ke atas ke liwat Anwar.

Amat pelik bila kumpulan gay luar negara turut sama membela dan menyokong kes liwat yang dikenakan ke atas Anwar Ibrahim. Pendedahan yang sama turut ditulis oleh Minda Intelek Melayu (baca sini). Pada 27 September 1998, pertubuhan gay di Filifina menyokong Anwar Ibrahim. Tahun 2010, sokongan golongan homoseksual terhadap Anwar lebih terbuka (baca sini). Bila kes Anwar bersambung semula pada 10 Mei 2010 nanti, tentu sokongan-sokongan ini akan lebih terserlah. Seolah ada integrated operative network di luar sana yang melobi agar sokongan datang bertalu-talu kepada Anwar. Pelik benar bila golongan sejenis ini menyokong kuat Anwar. Kalau Tun Mahathir usik sikit, Anwar sudah mahu saman-menyaman. Apakah Anwar mahu menyaman laman laman gay ini?

Thursday, March 25, 2010

Alfatihah: Ahli Parlimen Hulu Selangor Meninggal Dunia

Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, Ahli Parlimen Hulu Selangor telah meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi akibat penyakit barah otak. Alfatihah, moga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Hulu Selangor mempunyai pengundi sejumlah 63,593 orang (Melayu 53.9%, Cina 26.7%, India 19% dan lain-lain 0.4%). Ini bermakna pilihan raya kecil akan berlaku lagi selepas PRU12 di Hulu Selangor.

Selepas Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Air, Penanti, Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, kini tiba PRK yang ke-10 iaitu di Hulu Selangor. Dua PRK dimenangi oleh BN iaitu di Batang Air dan Bagan Pinang, manakala tujuh lagi dimenangi oleh pakatan pembangkang. Hanya satu kerusi yang BN terlepas iaitu di parlimen Kuala Terengganu. Di kesemua tempat lain, penyandang memenangi semula kawasan selepas pilihanraya kecil.

Pertembungan di Hulu Selangor pasti menarik kali ini kerana ini adalah pertama kali PRK diadakan di Selangor. Menariknya juga kerana pembangkang jika kehilangan Hulu Selangor akan mengurangkan jumlah mereka dalam Dewan Rakyat setelah hilangnya Kulim-Bandar Baharu, Bayan Baru, Nibong Tebal dan Parit Buntar tanpa berlakunya PRK. Apakah kem Erdogan yang dipimpin oleh Khalid Samad mahu berganding bahu bersama dengan kepimpinan Hassan Ali?. PAS atau PKR yang akan merebut kerusi Hulu Selangor? Di tempat kelahiran "Juara Rakyat", ianya satu ujian besar untuk Barisan Nasional. Sudah pasti, medan pendedahan bukan lagi di parlimen selepas ini, Hulu Selangor akan menjadi medan pendedahan-pendedahan besar oleh wakil rakyat bebas nanti. Menghadapi "pakatan bebas" adalah satu ujian baru buat pembangkang berbanding PRK yang sebelum ini.

Anwar Bukan Agen Yahudi?

Berikut adalah tulisan bertajuk "Anwar Not A Jewish Agent" oleh Chan Kok Leong, The Edge pada 25 Mac 2010. Antara hujah yang dikatakan oleh Chan Kok Leong adalah mengiyakan hubungan baik Anwar dengan Wolfowitz. Hubungan tersebut dikatakan tidak mengurangkan sikit pun sifat kemelayuan yang ada dalam diri Anwar, betulkah begitu?. Bukankah Wolfowitz yang menganugerahkan beberapa jawatan penting kepada Anwar selepas bebasnya Anwar dari penjara?. Turut diangkat namanya dalam majalah Time, kerana artikel yang ditulis oleh Wolfowitz.

Dulu Anwar baik dengan Wolfowitz, bila bertukar rejim baik pula dengan Al Gore. Hari ini tembelangnya pecah dalam parlimen, keesokan harinya terus jumpa Al Gore. Bersungguh-sungguh Anwar mahu jadi Perdana Menteri pada 16 September, hingga sanggup menggunakan nama Agong dan ATM. Malah membuat konspirasi untuk memburukan nama Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya, hingga sanggup mengupah orang bagi menjayakan propagandanya. Key communicator Anwar di luar negara amat menyerlahkan dengan pihak mana Anwar berpihak. Dalam isu akidah dan syariah di negara ini, Anwar turut berpihak kepada pihak yang menuntut liberalisasi sebebas-bebasnya. Oleh itu, apakah ini menafikan Anwar bersama dengan pihak tersebut?

Wednesday, March 24, 2010

Yip Sun Onn Tidak Jadi Letak Jawatan?


Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) menyatakan Yip Sun Onn tidak akan meletak jawatan dan terus menyokong BN. Namun kenyataan dari mulut Yip sendiri belum lagi didengari. Dulu masa jadi Exco Kerajaan Negeri, gajinya hampir RM15,000 sebulan, masa itu Yip sudah mengadu tiada duit dan peruntukan untuk rakyat di Titi Tinggi. Bila tidak mendapat tempat sebagai Exco, lagilah susah hendak berjumpa dengan Yip.

Menerusi seorang rakan di Padang Besar, mereka memberitahu bahawa ada terdengar perkataan ini keluar sendiri daripada mulut Yip "saya sedang menimbangkan tawaran daripada DAP". Perkara ini perlu disiasat oleh MCA. Sebagai seorang wakil rakyat BN, Yip tidak boleh bersikap sedemikian. Malah, khabarnya Yip menghilangkan diri ke Ipoh selepas menulis surat letak jawatan. Buat apa lari ke Ipoh?

Yip telah mempermainkan mandat rakyat di Titi Tinggi. Kepercayaan rakyat tidak boleh diperbodohkan dengan sikap kebudak-budakan seorang wakil rakyat yang hanya pentingkan diri sendiri semata-mata. Campurtangan Yip dalam menentukan Pengerusi JKKK dan sikap memilih kasih Yip telah membuatkan rakyat berasa kurang senang dengan Yip. Pilihan raya sekali lagi kalau Yip mahu lagi tempatnya di Titi Tinggi, alamatnya kalah besarlah BN di Titi Tinggi. Kalau letak MCA di Titi Tinggi sekali lagi, orang akan mula rasa meluat. Semuanya kerana sikap Yip. Mahukah Yip berubah sikap? Kalau tidak mahu, baik letak jawatan sahaja.

Netanyahu Bertemu Obama

"The Jewish people were building Jerusalem 3,000 years ago and the Jewish people are building Jerusalem today, Jerusalem is not a settlement. It's our capital. (lihat video ini) " kata Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel) dalam persidangan AIPAC di Washington pada 23 Mac 2010. Ucapan yang cukup radikal oleh Perdana Menteri Israel terhadap umat Islam di Palestin.

Pada 24 Mac 2010, Obama bertemu Netanyahu secara tertutup selama satu jam setengah di White House. Perbincangan tersebut lebih terarah kepada polisi dan perancangan Israel ke atas Jerusalem. Pada 9 Mac 2010, Israel telah mengumumkan akan membina sejumlah 1,600 rumah di Ramat Shlomo, Jerusalem.

Israel semakin rakus dan kejam terhadap umat Islam di Palestin. Israel membina rumah secara haram di tanah Palestin. Hamas, Fatah serta umat Islam Timur Tengah perlu bersatu untuk mempertahankan bumi Palestin. Jika terus bertentangan pendapat, maka yang untungnya adalah Israel. Sedikit demi sedikit, bumi Palestin terjajah. Israel semakin kuat akibat perpecahan yang berlaku sesama orang Islam di sana. Pengajaran di bumi Palestin, perlu diambil ikthibarnya di Malaysia. Hari ini Palestin, Iraq dan Afghanistan, esok lusa umat Islam di mana pula menjadi mangsa golongan neo-konservatif ini.

Tuesday, March 23, 2010

Yip Sun Onn Letak Jawatan


Semalam Yip Sun Onn telah menulis surat untuk meletak jawatan sebagai ADUN Titi Tinggi Perlis. Punca utama mengapa Yip Sun Onn mahu meletak jawatan adalah kerana tidak dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Perlis. Yip yang baru sepenggal menjadi wakil rakyat perlu faham bahawa di Perlis hanya ada dua kerusi ADUN bagi MCA, tidak boleh terlalu tamak dan penting diri sendiri. Inilah masalahnya bila memilih calon yang tangkap muat. Khabarnya, Yip meletak jawatan kerana takut dikenakan tindakan disiplin oleh MCA pada 28 Mac nanti. Apa pun MCA perlu mengambil pengajaran daripada kes Yip. Kalau tidak, jika berlaku pilihan raya, penyelesaian terbaik adalah meletakan calon UMNO di Titi Tinggi.

Saturday, March 20, 2010

Aasil Kazi Ahmad, Siapakah Sebenarnya Dia?

Aasil Kazi Ahmad bersama dengan Khalid Jaafar dan Jeef Ooi.

‘‘Pihak berkuasa tidak boleh membiarkan Aasil terus bebas kerana beliau seorang yang amat berkuasa dan berbahaya walaupun hanya bekerja sebagai Pegawai Khas kepada Anwar" demikian gesaan Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim. Aasil adalah seorang warganegara Pakistan dan dikatakan sebagai operative gerakan Anwar di luar negara. Aasil begitu berkuasa hingga boleh membatalkan program di Washington. Ini bermakna Anwar Ibrahim melantik Aasil untuk memudahkan urusannya di luar negara.


Bukan sekadar Aasil yang perlu disiasat, malah jawatan-jawatan Anwar di luar negara juga perlu disiasat. Jawatan sebagai Pengerusi Foundation For Future dan hubungan dengan International Institute of Islamic Thought, IIIT perlu diperjelaskan. Kamal Barjinzi dari IIIT yang mencadangkan Aasil untuk menjadi Pegawai Khas Anwar. IIIT sudah disenaraikan sebagai salah satu badan yang membantu rangkaian pengganas antarabangsa (baca sini). Malah IIIT telah membuat satu penipuan cukai dalam bentuk sumbangan sebanyak USD$92,200 kepada anaknya, Nurul Izzah oleh Al-Haramian Foundation. Anwar mengakui penipuan tersebut.Untuk tujuan apa duit itu masuk dalam akaun Nurul Izzah?

Anwar memang suka menggunakan khidmat orang luar sebagai pegawai khas, doktor membedah pinggang, pakar DNA, pakar forensik dan berbagai lagi "jawatan" yang diberikan oleh Anwar. Dalam gambar di atas, ada seorang warga asing seoleh sibuk berada di Mahkamah Kuala Lumpur ketika perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim. Timbul sahaja masalah, larilah Anwar keluar negara meminta nasihat dan pedoman dari Wolfowitz dan Al Gore. Mengapa Anwar Ibrahim minat sangat dengan khidmat orang asing? Atau Anwar sendiri yang sudah digunakan khidmatnya oleh orang asing.

Friday, March 19, 2010

Hindraf Lobi Ahli Parlimen UK Sokong Anwar Ibrahim

P Waythamoorthy, pengerusi Hindraf telah melobi Jeremy Corbyn untuk membawa usul agar parlimen UK menyokong Anwar Ibrahim. Jeremy dalam usul tersebut mendakwa Malaysia melayan Anwar Ibrahim dengan cara yang buruk. Tidak menghairankan mengapa P Waythamoorthy memilih Jeremy untuk berkempen bagi pihak Anwar dalam Parlimen UK.
Ini kerana, Jeremy pada 28 Disember 2006, juga pernah menyokong pergerakan Tamil Ellam di Sri Lanka (baca sini). PKR tuduh 1Malaysia diceduk daripada idea 1Israel untuk menutup tembelangnya yang sebenar. Hindraf dan Jeremy dengan Tamil Ellam apa pula kaitan mereka? Apa pula hubungan istimewa Anwar Ibrahim dengan seorang tokoh Yahudi bernama Al Gore? Terbang jauh dari KLIA dan berjumpa di London untuk mengadu nasib peribadinya.

Dulu PAS guna slogan "Bersama Kepimpinan Ulama", sekarang ini bila Erdogan kuasai PAS, motto pun sudah tukar. "PAS For All" ada persamaankah dengan "Israel 4 All"?. Logo kedua-duanya sama bulat. Siapa perunding yang menukarkan logo dan motto PAS ini?
"APCO tidak ada sebarang peranan dalam pewujudan konsep 1Malaysia, yang dibentuk sepenuhnya, dan diumumkan kepada awam, sebelum APCO dilantik," (baca sini). Apco menafikan tuduhan, tetapi Al Gore tidak pernah menafikan langsung hubungan mesranya dengan Anwar Ibrahim.

Thursday, March 18, 2010

Ahli Parlimen UK Pula Campur Tangan Kes Liwat


Anwar Ibrahim bersama dengan Jeremy Corbyn (Ahli Parlimen Islington North) di London. Untuk tujuan apa meminta orang luar untuk membela kesnya di mahkamah? Kalau tidak salah, percepatkan kes bukan tangguh kes dan minta pertolongan orang luar untuk campur tangan dalam undang-undang Malaysia.
Anwar Ibrahim dengan bangganya memberitahu sahabat-sahabatnya di Twitter bahawa ada Ahli Parlimen United Kingdom yang membelanya dalam kes liwat pada jam 10 malam, 18 Mac 2010. Selepas tembelangnya pecah dalam Parlimen Malaysia , Anwar terus lari ke London untuk meminta seorang ahli parlimen UK membuat kenyataan membelanya dalam Parlimen UK.

Bukan lagi 50 orang, hanya seorang sahaja Ahli Parlimen UK iaitu Jeremy Corbyn (Ahli Parlimen Islington North, parti Buruh) yang membuat kenyatan membela Anwar (baca sini). Ianya bukan kenyataan rasmi daripada Downing Street. Jeremy Corbyn memberi kenyataan kerana hubungan Anwar dengan Amnesty International dan Human Right Watch bukannya atas suara semua ahli parlimen UK. Gordon Brown selaku pemimpin Labour Party perlu membetulkan semula Jeremy Corbyn. Hubungan dua hala tidak boleh dirosakan kerana membela seorang yang sedang dalam proses perbicaraan mahkamah. Kelakuan Anwar menjaja cerita moralnya ini sampai ke luar negara, amat memalukan sekali.

Klon Tan Sri Muhyiddin Di Myspace

Imej Tan Sri Muhyiddin telah digunapakai di laman komuniti Myspace (klik sini). Nama "Muhyidin" dan gambar Timbalan Perdana Menteri telah digunakan. Malah pengguna tersebut telah upload lagu UMNO dan memburukan nama UMNO dengan perkatan-perkataan yang tidak sepatutnya.
Pengguna tidak bertanggungjawab ini perlu dikenakan tindakan yang sewajarnya. Pembangkang terus-terusan menggunakan teknik character assassination untuk menjatuhkan pemimpin negara. Sudah habis modal untuk menjawab segala kebatilan yang terbongkar, taktik terdesak digunakan untuk klon peribadi Tan Sri Muhyiddin.

Tembelang Pecah: Anwar Lari Ke London, Mengadu Pada Al Gore

Hari ini, memang Anwar Ibrahim takut benar dengan pendedahan Zahrain di parlimen. Bukan sekadar keluar dewan, tetapi terus ambil tiket ke luar negara. 18 Mac 2010, jam 5 petang Anwar telah berjumpa dengan mentornya Al Gore (bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, seorang Yahudi) di London untuk mengadu nasibnya. Ada benarnya dakwaan Zahrain bahawa kerajaan harus mengkaji kembali perlantikan duta-duta di negara-negara yang kritikal seperi Britain, Turki, Australia dan beberapa negara Timur Tengah. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, bila Anwar kerap sangat ke negara-negara tersebut.

Nurul Izzah menemui Mary Robinson untuk bantu kempen bebaskan Anwar. Mary Robinson ,bekas Presiden Ireland banyak membantu Anwar menjalankan kempen di peringkat antarabangsa terutamanya ketika beliau memegang jawatan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia, PBB. Pejabatnya ketika itu di Office of the United Nations High Commissioner for Human Rights, Palais des Nations, 8-14 avenue de la Paix, CH 1211 Geneva 10, Switzerland. Robinson juga penasihat untuk kempen Homosexual Law Reform bersama David Norris di Kolej Triniti.

Jangan lupa, Raja Petra pun ada di sana. Anwar tentu akan berjumpa dengannya. Dari London, Raja Petra boleh spinning cerita yang bukan-bukan untuk terus memburukan imej negara dan membela Anwar. Siapa pula Mary Robinson? Dia juga anak buah Al Gore seperti Anwar. Buat apa Anwar jumpa Mary Robinson yang merupakan penasihat kempen mempromosikan homosexsual law? Pastinya ada kaitan dengan kesnya di mahkamah. Perhatikan, apa pula helah Anwar selepas ini untuk menutup tembelangnya yang sudah pecah.

Anwar Ibrahim Panas Punggung Di Parlimen


"Kami disogok cerita kononnya Panglima Angkatan Tentera dan angkatan tentera memberi sokongan pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh ( Ahli Parlimen) Permatang Pauh” demikian pendedahan Zahrain. Termasuklah menyatakan bahawa Anwar Ibrahim telah menjual nama Yang Dipertuan Agong untuk mempengaruhi ahli-ahli parlimen pakatan pembangkang untuk jadi Perdana Menteri.


Anwar Ibrahim kepanasan punggung dalam Parlimen pada 17 Mac 2010 bila Zahrain membongkar tembelang sebenar Anwar untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008. Kalau tak salah kenapa lari keluar dewan? Malah lari pula keluar negara hari ini kerana pedih telinga dengan pendedahan Zahrain. Mesti ada sesuatu yang tidak kena ini. Selepas ini mungkin akan ada pembongkaran yang lebih banyak lagi. Nantikan. Anwar Ibrahim perlu meminta maaf kepada Yang Dipertuan Agong kerana menjual nama baginda. Mengakulah kesalahan diri, jangan berbohong lagi pada rakyat.

Wednesday, March 17, 2010

Little Napolean vs Firaun Kecil

2 Disember 2008, ada skuad berani bogel ditubuhkan oleh Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim. Kumpulan "R" kecil dalam PKR telah mula bertapak sejak Khalid Ibrahim mula meminggirkan mereka daripada tampuk kuasa di Selangor. Bila Anwar Ibrahim menjadi penasihat ekonomi, kumpulan "R kecil" ini bercambah dengan lebih banyak. Gerakan guerilla mereka melakukan revolusi terhadap Pakatan Rakyat di seluruh negara semakin meningkat.

Mereka yang dikenali sebagai "The Little Napolean" sedang melakukan mass political maneuver untuk melawan kumpulan yang dikenali sebagai "Firaun Kecil" dalam Pakatan Rakyat. Ada yang sudah keluar parti kerana prinsip dan akidah. Khabarnya, 11 orang lagi akan menyusul kerana tidak bersetuju dengan cara diktator "Firaun Kecil". Penyebaran video "Anwar Hyporite" kebetulan berlaku pada hari yang sama dengan penyebaran vcd "Yusuf Qardawi". Apakah ini pertanda civil war yang lebih proliferasi akan berlaku dalam pakatan pembangkang? Rakyat sudah dua tahun diperdaya. Cakap berdegar-degar, janji entah ke mana.

Namewee Sudah Serik?

Dulu dia ubah lagu Negaraku jadi Negarakuku, hina azan Subuh. Hina negara sendiri. Dia buat lagu gesa halau orang Melayu masuk hutan. Lagunya rasis. Duduk di Taiwan dia buat semua itu. Baru-baru ini dia kutuk MCA sempena Tahun Baru Cina. Bila pulang ke Malaysia, tiba-tiba dia minta pula "geran", maknanya tidak perlu bayar langsung dari kerajaan untuk buat filem 1Malaysia kononnya. Kalau dia dapat duit itu, apa dia nak buat, memang benar ada project paper, tapi apakah si Namewee ini akan serik dengan perbuatannya.?

Ramai orang Islam yang terguris dengan lagunya. Ingat orang Melayu tidak faham bahasa Cina? Minta maaf secara terbuka pun belum, mahu minta pula geran. Kalau tidak dapat nanti, satu negara dia akan riuh. Mulalah mengecam kononya kena diskriminasi kalau tidak dapat geran. Apa kata kalau minta sahaja dengan Guan Eng. Ketua Menteri itu pun hendak buat Middle Malaysia, belum ada filem lagi tentang Middle Malaysia. Elok Namewee buat untuk pemahaman semua rakyat.

Monday, March 15, 2010

Faiza Alih: Menghina Kesucian Al Quran di Facebook

Selepas Lynette Lincoln menghina kalimah Allah SWT pada 8 Januari 2010, datang pula seorang yang bernama Faiza Alih menghina kesucian kitab suci Al Quran dalam Facebook. Betapa biadapnya Faiza Alih. Tindakan yang sewajarnya perlu diambil oleh pihak berkuasa terhadap Faiza Alih ini.




"i am not sabahan and i am not malaysian,but i do know about malaysia more than malaysian people knows about malaysia. because i speak 5 languages,broken spanish" chavacano", tausug /orang suluk,malaysian,english,and filipino tagalog" demikian yang ditulis oleh Faiza dalam Facebook. Jika bukan rakyat Malaysia sekalipun, sila hormati kesucian agama Islam. Biadap benar, siapa Faiza Alih ni?, entah-entah pendatang haram kot.

Royalti Minyak Hak Siapa?


Di Kelantan hari ini sudah ada projek "marketing" yang dijalankan oleh PAS iaitu memasang banner dan sticker bertulis "Royalti Minyak Hak Kelantan". Jika dikaji kembali, isu royalti ini mula dibangkitkan oleh Husam Musa. Di Manek Urai, isu royalti ini dijaja habis-habisan oleh PAS kepada pengundi. Namun tidak lekat di hati dan kepala pengundi kerana pengundi di sana mahukan "royalti balak" daripada PAS. Hasil balak khabarnya makin susut, timbul pula desakan mahukan royalti. Untuk siapa sebenarnya royalti ini hingga PAS Kelantan sanggup invest dana yang besar untuk kempen banner dan sticker di seluruh Kelantan?

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan pada 14 Mac 2010, telah memutuskan bahawa kumpulan pelajar miskin di sekolah dan IPT serta mereka yang ditimpa bencana layak menerima wang ihsan. Tidak kira parti mana orang itu, jika dia layak maka wang ihsan itu akan diberikan kepada mereka yang berhak (baca sini). Kalau kerajaan PAS dapat duit itu, apa yang mereka akan buat?

Husam menanti peluang yang sesuai untuk naik sebagai Menteri Besar Kelantan jika apa-apa berlaku pada Nik Aziz selepas ini. Keadaan kesihatan dan faktor umur Nik Aziz menjadikan peluang Husam untuk naik ke takhta nombor 1 di Kelantan amat cerah. Namun tidak semudah itu, Nik Aziz ada menantu dan anak beranaknya yang mungkin mempunyai cita-cita sama seperti Husam. Dengan keadaan kekalutan pewaris takhta Nik Aziz di Kelantan ini, jika diberikan wang royalti minyak sejumlah 1 bilion kepada mereka, apa akan jadi? "Royalti Hak Kelantan", ini bermakna hak siapa? Hak PAS atau hak rakyat? Atau dapat habuan kepada pengganti Nik Aziz.

Sekarang ini pun, sesudah 20 tahun memerintah Kelantan, apa yang dibuat PAS kepada rakyat? Negeri lain pun berhak menuntut royalti, namun tidak seghairah PAS di Kelantan. Wang ihsan adalah hak rakyat. Tidak kira fahaman apa, ini tanggungjawab sosial kerajaan kepada rakyatnya. Jika PAS tidak membela mereka, BN akan mendahulukan masalah mereka. Khabarnya Nik Aziz sekarang lebih favour seseorang yang bernama "A" untuk jadi penggantinya, bukan lagi Husam. Melepaslah Husam. Mungkin bercita-cita hendak jadi TPM kepada Anwar Ibrahim selepas ini.

Sunday, March 14, 2010

Nik Aziz Kata DAP Sudah Pandai Baca Al Quran


Berikut adalah perutusan sempena dua tahun Pakatan Rakyat yang ditulis dalam blog Nik Aziz. Tulisnya "Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz" baca sini.

Berikut adalah teks Khutbah Jumaat yang dibaca dua kali pada 5 Jun 2009 dan 14 April 2009 di Masjid Muhammadiah, Kota Bharu Kelantan. Ini berikutan isu Nga Kor Ming (Ahli Parlimen DAP Taiping) membaca ayat suci Al Quran dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang. Khutbah itu antara lain menyatakan "Ayat Al-Quran itu benar tetapi bermotif dengan kepalsuan" jawab Saidina Ali r.a. setelah golongan Khawarij menggunakan ayat suci Al-Quran untuk kepentingan politik mereka.


Benarkah Karpal Singh sudah terima hudud yang mahu dibawakan oleh PAS? DAP hanya menggunakan ayat suci Al Quran untuk kepentingan politik semata-mata. Malah mereka secara nyata menentang tulisan jawi, azan Subuh, undang-undang Syariah Islam dan mendiskriminasi orang Islam di Pulau Pinang. Orang miskin pun turut ditindas oleh DAP, bagaimana hendak samakan Guan Eng dengan Umar Abdul Aziz?. Jauh panggang dari api.

"Wahai orang-orang yang beriman!, Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman" Surah Al-Maidah, ayat 57. Moga umat Islam mengambil pengajaran daripada Khutbah Jumaat di atas dan ayat suci Al-Quran ini. Berhati-hatilah umat Islam, jangan terkeliru dengan kenyataan pemimpin politik yang berselindung di sebalik nama Tok Guru.


Khalid Samad Bersungguh Benar Bolehkan Bukan Islam Gunakan Kalimah Allah


"Khalid had urged for a review of the Selangor Enactment, which not only bans non-Muslims from using Allah but other words as well. Ten of Malaysia’s 13 states including Selangor have banned non-Muslims from using up to 35 Arabic terms including the word ‘Allah’, ‘solat’ or prayers and even ‘masjid’ or mosque" ini kenyataan Khalid Samad pada 23 Februari 2010. Satu jawatankuasa ditubuhkan oleh dua orang Khalid di Selangor untuk mengkaji Enakmen Agama Islam di Selangor.

Bukan lagi Pakiam tetapi nampaknya Khalid Samad yang amat bersungguh benar untuk membolehkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah dan beberapa ayat seperti solat, masjid, sembahyang oleh bukan Islam. Khalid juga bercadang menukar Ketua Pengarah JAIS kerana menurutnya ianya adalah perlantikan politik.


Dalam tuntutan Interfaith Commissin (IFC) yang ke-9 berbunyi begini "orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya". Usaha dua orang Khalid di Selangor ini sebenarnya memudahkan agar tuntutan IFC tercapai.

Pada 21 Januari 2010, Khalid Samad menyatakan bahawa enakmen agama Islam yang melarang penggunaan nama Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman. Akibat kenyataan Khalid ini, Zulkifli Nordin membuat laporan polis.

Apa motif Anwar Ibrahim menyatakan begitu? Tidak lain tidak bukan adalah untuk undi.

“Kalau banyak persamaan (dalam perbincangan itu), menanglah saya. Kalau banyak perbezaan, kalahlah saya dalam pilihan raya akan datang,” kata Khalid terhadap Zulkifli Nordin berhubung debat berkaitan kalimah Allah. Amat ketara sekali apa motif dua orang Khalid di Selangor ini membuat jawatankuasa untuk membolehkan juga bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Semuanya adalah untuk memancing undi. Prinsip akidah dikorbankan hanya kerana untuk menagih undi. Sedarlah rakyat Selangor, kepala anda semua cuba diputarkan oleh dua orang Khalid ini. Pertahankan kesucian Islam.

Thursday, March 11, 2010

Anwar Seorang Yang Hipokrit

Video ini menceritakan segala-galanya tentang sikap hipokrit Anwar Ibrahim sewaktu dalam tahanan. Berlakon untuk menarik simpati rakyat. Bila sudah terbongkar tembelang sebenar, Anwar tidak pula mahu mengakui kebenaran. Mudah sahaja cara Anwar menidakkan kebenaran, tuduh semuanya fitnah, konspirasi atau bohong. Itulah ayat yang diulang-ulang untuk melindungi sikap hipokritnya.

Semasa kematian ibunya pada 4 April 2001, Anwar kelihatan begitu uzur sekali. Melangkah naik ke dalam van pun terpaksa dipapah. Di hadapan kamera, mungkin lagaknya berlainan. Menari di atas pentas pun boleh.


Gambar Anwar sakit tengkuk ini sudah dipaparkan dalam akhbar Cina sejak 1992 lagi. Kemudian dipaparkan semula dalam buku Ahmad Lutfi Othman : "Anwar lawan Ghaffar, 1993". Apakah benar Anwar sakit tengkuk? Masa perjumpaan tertutup dengan keluarga, tembelang sebenarnya pecah.

"Saya pakai kerusi roda bila jalannya jauh. Doktor melarang saya berjalan lebih daripada sepuluh tapak. Saya boleh berdiri, saya boleh berjalan. Maksimum sepuluh tapak. Jadi orang Umno nak buat fitnah, siapa suruh" kata Anwar Ibrahim pada 10 Mac 2010 menafikan segala-galanya. Kalau langkah sebelas atau dua belas tapak jadi bagaimana pula? Fitnah apa lagi kalau orang yang tertera dalam video sudah terang lagi bersuluh susuknya adalah Anwar Ibrahim. Apakah Anwar pun nak sebut begini nanti “macam suara saya, macam rupa saya”.

Pada 19 September 2007, Anwar Ibrahim menggesa agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kesahihan video VK Lingam. Pada 23 Julai 2009, Anwar Ibrahim gesa Suruhanjaya Diraja untuk siasat punca kematian Teoh Beng Hock. Kedua-dua Suruhanjaya itu diwujudkan, namun doktor Pornthip juga yang dipercayai. Anwar Ibrahim dakwa video yang menyiarkan visualnya dipenjara adalah fitnah. Kenapa tidak satu Suruhanjaya Diraja juga ditubuhkan untuk menyiasat kesahihan video "Hypocrites Anwar" semasa dalam tahanan. Rakyat perlu didedahkan tentang perkara sebenar. Usah menipu lagi, gelombang melompat bakal menjadi tsunami yang besar untuk menghukum sikap hipokrit pakatan pembangkang. Rakyat sudah sedar.

Sunday, March 7, 2010

Kit Siang Ketua Pembangkang ?

“Oleh kerana jumlah kerusi PKR sekarang kurang, saya pelawa (tokoh popular DAP) Lim Kit Siang yang lebih banyak pengalaman. Saya tidak akan pertahankan" kata Anwar Ibrahim pada 7 Mac 2010. Selepas memecat Zulkifli Nordin, PKR kehilangan Zulkifli, Zahrain, Tan Tee Beng dan Mohsin sebagai ahli parlimen PKR. DAP menjadi parti majoriti dengan 28 kerusi berbanding PKR iaitu 26 kerusi.

Apakah ini bermakna Anwar Ibrahim tidak lagi menyimpan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia? Kalau begitu, Kit Siang atau Guan Eng bolehlah memasang angan-angan baru untuk menjadi PM selepas PRU13 nanti. Kerana kalimah Allah, dua orang ahli parlimen bertindak nekad keluar daripada PKR. Anwar lebih sanggup untuk bersama-sama dengan prinsip yang diperjuangkan oleh Teresa Kok, Irene Fernandez dan Elizabeth Wong berkaitan kalimah Allah. Itulah perangai sebenar Anwar Ibrahim, sepatutnya Anwar yang melepaskan jawatan ahli parlimen di Permatang Pauh setelah bergelumang dengan isu moral, prinsip akidah dan pergolakan parti. Sebelum Kit Siang menjadi PM, eloklah semua ahli-ahli parlimen Melayu dalam PKR dan PAS pakat keluar ramai-ramai (PKR) sebelum nasi bertukar menjadi bubur. Menyesal dulu pendapatan, menyesal setelah hilang kesemua kuasa tiada gunanya lagi.

Thursday, March 4, 2010

Anwar Ibrahim Perlu Letak Jawatan

Berdasarkan komposisi ini, Pakatan Rakyat hanya tinggal 78 orang ahli parlimen sahaja dalam Dewan Rakyat. Dulu PKR ada 30 kerusi, kini tinggal 27 kerusi. Ini bermakna, PKR bukan lagi parti teras dalam Pakatan Rakyat. Center of gravity dalam pembangkang sudah bertukar kepada DAP. Secara matematiknya, yang layak menjadi Ketua Pembangkang sekarang adalah Karpal Singh, Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng daripada DAP.
Anwar Ibrahim sudah menjadi liabiliti besar kepada pembangkang. Kes mahkamah yang belum selesai dan kenyataan Anwar yang selalu putar alam telah menghilangkan kepercayaan ahli-ahli parlimen PKR terhadapnya. Nepotisme yang diamalkan Anwar, menyiapkan Azmin selaku Presiden PKR dan Khalid Ibrahim selaku bakal Timbalan Presiden telah meningkatkan lagi konflik dalam PKR. Selaku bekas Timbalan Presiden parti, Tian Chua terasa terpukul dengan perancangan Anwar dalam parti. Anwar perlu menyucikan dulu dirinya di mahkamah. Letak jawatanlah jawatan.

Wednesday, March 3, 2010

Siapa Lagi Hendak Keluar?

Lepas Zahrain, Fairus dan Tan Tee Beng keluar, khabarnya ada lagi yang mahu keluar dari PKR. Semacam ada satu gelombang untuk keluar PKR secara beramai-ramai. Faktor krisis keyakinan dan layanan Ketua Menteri dari DAP adalah penyebab utama mengapa mereka keluar dari PKR. Lim Guan Eng sendiri takut untuk komen dan respon pada Tan Tee Beng. Ini bermakna apa yang didakwa Zahrain dan Tan Tee Beng, ada kebenarannya.Zulkifli Nordin bila lagi?

10 orang ahli parlimen PKR yang dijangka beralih arah. Seorang sudah keluar iaitu Ahli Parlimen Bagan Serai. Siapa lagi yang hendak keluar?

Ada juga yang tidak yakin lagi dengan Anwar Ibrahim. Anwar lebih terarah untuk mempertahankan dirinya dengan cara menyalahkan Utusan dan Ketua Hakim bukannya menafikan apa yang dikemukakan oleh Saiful. Ini bermakna, Pakatan Rakyat mungkin kehilangan Anwar Ibrahim. Soal pengganti menjadikan PKR dilanda krisis. Perebutan berlaku antara kabilah yang ada. Kabilah Azmin, kabilah Khalid, dan kabilah JIM dan kabilah ABIM. Apakah mereka ini masih menyimpan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri seperti Anwar?