Sunday, February 28, 2010

Anwar Ibrahim Tidak Patriotik

Anwar Ibrahim menyatakan bahawa "saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba," pada 26 Februari 2010 dalam Malaysiakini. Kenyataan yang paling tidak bertanggungjawab dan patriotik daripada seorang yang bergelar penasihat ekonomi negeri Selangor. Kenyataan sebegini menjejaskan imej Malaysia di kalangan pelabur asing. Kalau mereka tidak masuk ke Selangor dan Pulau Pinang, ianya adalah kerana kenyataan Anwar Ibrahim ini.

"Apa yang tidak diuar-uarkan oleh Perdana Menteri di sebalik anggaran pertumbuhan 5 peratus itu adalah hakikat bahawa pada kadar tersebut, Malaysia ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina, malahan juga Vietnam dalam tahun 2010 kelak," kata Anwar Ibrahim. Bukan sahaja tidak patriotik tetapi Anwar berbohong dengan mengatakan Malaysia ketinggalan teruk. Menurut Trading Economics, Global Economic Research, ekonomi Malaysia diunjurkan pada kadar yang lebih baik berbanding Indonesia dan Singapora. Malah pencapaian 4.5% adalah melebihi jangkaan biasa.

Mengapa Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan ransangan ekonomi sedangkan ianya mendatangkan kesan positif kepada ekonomi negara? Anwar yang sebelum ini berangan angan menjadi perdana menteri dengan slogan "Dari Permatang Pauh ke Putrajaya" kini mungkin sudah yakin dengan slogan baru "Dari Permatang Pauh ke Penjara". Sebab itulah apa sahaja yang baik untuk kepentingan negara dinafikan oleh Anwar. Ekonomi Malaysia tidak berkecai, yang berkecai adalah "harapan baru" yang dibawakan Anwar Ibrahim.

Tuesday, February 23, 2010

Pembunuhan Pemandu Konsulat : Sidang Khas Australia Perlu Diadakan


Seorang pemandu Konsulat Malaysia mati ditikam dan dihentak menggunakan tukul di Sydney, pada awal pagi 22 Februari 2010. Mangsa telah menjadi warga Australia dan tinggal di Sydney sejak tiga tahun lalu. Kejadian berlaku ketika mangsa tiba di rumahnya di Marion Street di Sydney yang terletak di pinggir bandar sebelah barat Leichhardt.

Seorang lelaki Melayu berusia 43 tahun menjadi mangsa buli jalanan. Ketika 50 orang ahli parlimen Australia campur tangan dalam kes liwat Anwar Ibrahim, ahli-ahli pembangkang di Malaysia menggesa agar sidang khas parlimen diadakan. Apakah berani pembangkang menggesa ahli-ahli parlimen Australia agar satu sidang khas parlimen diadakan untuk kes pembunuhan lelaki Melayu ini? Antara kes liwat dan pembunuhan kejam, pembangkang Malaysia sudah tentu hanya pentingkan kes yang libatkan ketuanya sahaja. Itulah pembangkang. Jawantankuasa khas perlu ditubuhkan untuk menyiasat kes ini. Pedulikan pembangkang, mereka hanya sibuk dengan urusan peribadi ketuanya sahaja. Nasib yang sudah terkorban tidak diutamakan.

Friday, February 19, 2010

Mengapa Australia Campur Tangan Dalam Kes Liwat?

Surat 50 ahli parlimen Australia pada 11 Februari 2010.
"We hope that Malaysia's authorities will not pursue these charges", gesaan surat terbabit.

Australia tahu bahawa kuasa legislatif tidak boleh mempengaruhi sistem kehakiman. Sistem yang diguna pakai di Australia sama dengan Malaysia. Kalau sudah sama, mengapa 50 ahli parlimen Australia campur tangan? Di Australia, frasa ini disokong kuat oleh kebanyakan ahli parlimen mereka "rights for same-sex couples, but not same-sex marriage" Apa bezanya? (baca sini). Malah kejantinaan salah seorang ahli parlimen Australia pernah dipertikaikan oleh Sydney Star Observer serta rakyat Australia sendiri.

Anwar Ibrahim bersama dengan Michael Danby (Ahli Parlimen Port Melbourne, Australia, seorang berbangsa Yahudi) ketika bertemu di Melbourne, Australia pada 4 Disember 2009. Danby turut sama menggesa agar kes Anwar digugurkan. Mengapa Danby berbuat begitu? (baca sini).

Pandangan 50 ahli parlimen Australia dan desakan daripada Amerika Syarikat bukanlah pandangan majoriti rakyat mereka. Ianya dibuat untuk meraih sokongan golongan tertentu di sana. Di Melbourne, komuniti gay dan lesbian adalah penting untuk undi bagi Michael Danby. Oleh itu, kita mungkin sudah mendapat jawapan mengapa isu liwat ini cuba dicampuri . Australia tidak perlu campuri urusan di negara ini, banyak lagi isu-isu hak asasi yang mereka sendiri perlu jawab dengan masyarakat pribumi. Hubungan dua hala sesebuah negara tidak boleh dikeruhkan hanya dengan isu moral seorang individu. Biar mahkamah putuskan siapa yang benar dan salah. Mengapa hendak takut kalau tidak salah? Usah bicara soal perjuangan kalau takut berumah di tepi pantai. Bersumpah pun takut, sudah masuk mahkamah pun takut lagi? Rakyat sedang menilai.

Sunday, February 14, 2010

DAP Berniat Halang Perarakan Maulidur Rasul


"Sebagai makluman, Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1431H/2010M dalam mesyuaratnya bertarikh 3 Februari 2010 telah memutuskan bahawa majlis perarakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul adalah dibatalkan dan diteruskan dengan Majlis Perhimpunan Ummah pada 26 Februari 2010 yang akan diadakan di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang" berikut adalah surat pekeliling yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Muhammad Yusoff Wazir.

Surat di atas adalah surat pekeliling yang ditandatangani oleh Muhammad Yusoff "Kami terkejut dengan kenyataan palsu itu dan kerajaan negeri serta Jabatan Agama Islam sebenarnya telah merancang mengenai pelbagai program sempena sambutan ini tiga bulan lalu," kata Guan Eng pada 13 Februari 2010. Siapa yang berbohong dan buat kenyataan palsu? Memang terbukti DAP ada niat untuk halang perarakan Maulidur Rasul.

Guan Eng menafikan pada mulanya menghalang perarakan Maulidur Rasul yang akan diadakan pada 26 Feb 2010. Dengan arahan siapa Muhammad Yusoff mengeluarkan surat pekeliling itu? Kalau DAP buat tindakan sebegini ianya tidak rasis, tetapi kalau orang Melayu silap cakap sikit melenting habis marah mengatakan ianya rasis. Tindakan DAP ini menyokong kuat apa yang telah disebut oleh Zahrain terhadap Guan Eng. Apakah perarakan Maulidur Rasul ini mahu dihalang kerana ianya dikatakan boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam di Pulau Pinang? Mengapa Guan Eng takut untuk berarak sama dengan orang Islam? Sudah tentu takut kerana sudah buat banyak perkara yang merugikan orang Islam di Pulau Pinang.

Lars Helle, Ketua Editor akhbar Dagbladet berani menyiarkan karikatur penghinaan tersebut kerana mereka tahu umat Islam di dunia ini tidak bersatu. Perarakan Maulidur Rasul menjadi lebih awal di Norway untuk memprotes penghinaan ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW. Kalau di negara lain buat salah, mereka akan berkokok dengan alasan hak asasi. Di mana keadilan dan kebebasan beragama untuk orang Islam di Norway?

Di Norway, sebuah akhbar harian Dagbladet pada 3 Februari 2010 telah menghina Nabi Muhammad SAW dengan menyiarkan sekeping gambar menunjukkan seorang lelaki sedang duduk di hadapan komputer dengan menggambarkan Nabi Muhammad sebagai bxxx. Pada 8 Januari 2010, seorang bernama Lynette Lincoln telah menghina Nabi Muhammad dengan cara yang sama. Di Malaysia, perarakan untuk menyambut hari keputeraan baginda Nabi Muhammad SAW juga mahu dihalang oleh DAP di Pulau Pinang. Satu demi satu, soal agama dicabar dan dipersendakan oleh orang bukan Islam. DAP berani buat begitu kerana tahu umat Islam di Malaysia berpecah kerana fahaman politik. Ini alasan kukuh untuk mengajak ahli politik Melayu dalam UMNO, PAS dan PKR duduk semeja. Jika tidak bersama dalam soal agama, lebih banyak lagi penghinaan akan dibuat. Demi alif, ba dan ta, segerakan penyatuan.

Gong Xi Fa Chai

Wednesday, February 10, 2010

Denny Thevarakam Hina Sultan Perak

9 Februari 2010, Mahkamah Persekutuan memutuskan keputusan 5-0 menolak rayuan Nizar Jamaluddin. Azizan Abdul Razak (MB Kedah) turut menyeru semua pihak agar menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka. Namun ada juga rakyat yang enggan menerima hakikat tersebut, malah bertindak melampaui batas dengan menghina institusi kesultanan Melayu dengan panggilan yang tidak sepatutnya.

Denny membandingkan Australia dengan Malaysia. Jika begitu, lebih baik duduk di Australia. Kalau hendak jadi warganegara Malaysia, sila beradab dan hormati institusi Raja Melayu.

Denny Thevarakam membuat komen menghina Sultan Perak tersebut di pages Lim Kit Siang. Satu demi satu hinaan dibuat oleh blogger dan penyokong pembangkang terhadap Sultan Melayu. Sebelum ini Aduka Taruna hina Sultan Johor, kemudian datang pula Denny yang menghina Sultan Perak. Apakah motif mereka? Sengaja memprovokasi pihak berkuasa untuk menangkap mereka dan mendapat populariti di media?


Nga Kor Ming boleh soal bercakap pasal iman dan taubat. Hebat benar tarbiah PAS terhadap Setiausaha Agung DAP ini. Orang PAS kena berani tegur cara Nga ini, jangan sampai dia pijak kepala orang Melayu baru hendak sedar. Tidak perlu lagi PAS bersama dengan DAP. Lebih baik demi ukhuwah Islam, berpakatlah dengan UMNO untuk menjaga kepentingan politik Islam di negara ini. Berpakat dengan DAP banyak merugikan. Agama dipersenda, raja dicaci.

Peliknya, pemimpin pembangkang boleh pula membiarkan penyokong mereka bersikap ekstrems sebegini. Apa guna jadi pemimpin politik jika gagal mengawal perbuatan penyokong sendiri. Bukan seorang dua yang berperangai sebegitu tetapi makin menjadi-jadi pula. Politik Malaysia sudah diheret ke kancah yang tidak sihat bila kutukan yang melampau sudah menjadi senjata untuk menjatuhkan orang lain. Raja pun turut menjadi sasaran. Jika tidak setuju dengan sistem negara ini, lebih baik jadi warganegara lain. Malaysia adalah tempat bagi mereka yang bersyukur dan tahu berterima kasih. Mereka yang salah gunakan kebebasan perlu menerima hukuman yang setimpal.

Tuesday, February 9, 2010

Saiful Bukhari Diugut Bunuh.

Pada 9 Februari 2010, jam 12.15 tengahari, Saiful Bukhari Azlan telah membuat laporan polis berhubung satu komen dalam facebook Anwar Ibrahim Fan yang mengugut untuk membunuhnya. Bapa Saiful juga turut diugut dengan SMS. Komen dalam facebook Anwar Ibrahim Fan tersebut dibuat oleh seorang yang menggunakan id Anaz Zahari.

Kenyataan Anaz Zahari itu menyebut: “Kepada rakan-rakan sekalian... Siapa-siapa yang mengenali atau pun berjumpa dengan Saiful Bukhari Azlan di mana-mana saja, anda diwajibkan membunuh beliau dengan apa cara sekalipun demi keamanan manusia sejagat”.

Namun selepas Saiful Bukhari membuat laporan polis, id Anaz Zahari terus dipadamkan dari facebook. Takut kerana salah. Fanatik dan taksub dengan seseorang menjadikan mereka membuat perlakuan yang bukan-bukan. Berbanding 1998, kali ini Saifuddin Nasuiton terpaksa mengerah orang ramai untuk berdemo bagi membela Anwar Ibrahim. Susah hendak dapat penyokong kali ini. Mungkin ramai yang sudah sedar. Sampai bila kesalahan mahu ditutup dengan tuduhan konspirasi. Lambat laun, rakyat akan tahu tentang kebenaran.

1Malaysia: Mengembalikan Semula Kepercayaan & Keyakinan Rakyat

Pada 8 Februari 2010, Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia) menggariskan empat tonggak utama agenda perubahan kerajaan termasuk konsep '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' iaitu 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (PTK), Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-10. "Agenda kerajaan berdiri atas empat tonggak ibarat sebuah kerusi. Kalau ia merupakan kerusi yang stabil (dan) hendak duduk kita rasa selamat, sebaik-baiknya kerusi perlu ada empat kaki," kata Datuk Seri Najib.

Empat tonggak ini adalah agenda perubahan untuk memulihkan semula kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN. Tempat penyandar rakyat selama 52 tahun ini diasak hebat hingga hampir patah dan runtuh. Membersihkan semula imej yang telah dibusukkan oleh persepsi dan hasutan yang melampau oleh pembangkang. Paling utama, menyucikan semula kerusi tersebut daripada petualang, duri dalam daging dan pengkhianat yang makan gaji dengan kerajaan tetapi dalam senyap dan terancang menikam dari belakang. Jika ini tidak dilakukan, kerusi tersebut akan tetapi dipandang buruk dan kekal tidak kukuh. Kekuatan untuk berubah perlukan kerjasama semua pihak bukan hanya mengharapkan Perdana Menteri seorang sahaja.

Monday, February 8, 2010

Kes Liwat: Karpal Singh Perlu Gesa Anwar Taubat.

Pada 11 Disember 1997, dalam Parlimen, Karpal Singh telah membangkitkan pengakuan bersumpah Azizan bin Abu Bakar (bekas pemandu Anwar Ibrahim) kepada Speaker Dewan Rakyat agar Peguam Negara mengambil tindakan terhadap selanjutnya Anwar Ibrahim. Karpal menganggap pengakuan bersumpah Azizan berhubung perbuatan liwat Anwar tersebut adalah satu perkara yang serius. Kemudian, pada 8 Februari 2009, Karpal Singh dengan lantangnya menggesa agar Anwar Ibrahim bertaubat dan meletak jawatan sebagai Ketua Pakatan Rakyat. "Anwar Ibrahim have make enought trouble, Anwar harus bertaubat" kata Karpal. (lihat video ini)

Pada Februari 2010, dalam perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim, Karpal Singh menjadi peguam utama untuk membela Anwar. Jika benar ada konspirasi pada 1998, mengapa Karpal sendiri yang mendesak kes liwat tersebut diambil sebagai satu perkara yang serius? Karpal seolah menipu dirinya sendiri bila membela Anwar. Hilang semua pendirian Karpal selama ini. Sebenarnya, Karpal perlu konsisten dengan kenyataan sebelum ini iaitu mendesak Anwar letak jawatan dan bertaubat. Inilah sandiwara Karpal dan Anwar. Perbicaraan masih panjang, nilaikanlah dengan konstruktif.

Wednesday, February 3, 2010

Lynette Lincoln Menghina Nabi Muhammad SAW

Minggu lepas kita dikejutkan dengan blogger yang menghina Sultan dan Aishah r.a, kali ini ada pula seorang yang bernama Lynette Lincoln yang menghina kalimah Allah SWT dan baginda Nabi Muhammad SAW. Sila joint group ini untuk mencari Lynette Lincoln. Tindakan ini amat melampaui batas. Sebagai umat Islam, marilah kita bersama-sama bersatu penentang mereka yang cuba menghina kesucian kalimah Allah SWT dan baginda Nabi Muhammad SAW.