Kali ini, Pro Aspirasi menang besar di 17 IPTA. Jika dilihat jumlah ini, besar kemungkinan masalah sokongan generasi muda kepada mainstream boleh diatasi. Namun kenapa masih ramai lagi pengundi muda tidak mahu sokong mainstream? Bila keluar nanti, yang berjuang bagai hendak mati menyokong kerajaan dan universiti jarang diberikan tempat yang sewajarnya. Majoriti mereka ini dilupakan begitu sahaja. Ini sebabnya mengapa gerakan Aspirasi di kampus tidak berkesinambungan macam Pro Mahasiswa. Sudah habis, tinggalkan begitu sahaja. Budak-budak pembangkang yang keluar pula diambil sebagai PTD, guru, pensyarah dan sebagainya. Mereka ini pula dibelai dan dimanja-manjakan. Tidak dibuang pun, biarpun sudah tahu sejarah dan profiil mereka terdahulu. Bila tiba musim memilih, mereka tidak pilih seperti yang diharapkan. Siapa yang salah? Generasi muda lagi atau salah pemimpin yang memilih? Baik tidak kena pada tempatnya. Kebaikan itu tidak terbalas pun. Orang yang berbudi pula tidak dikenang sedikit pun. Musuh dalam selimut pula yang diberikan makan yang secukupnya.
Sunday, January 31, 2010
Bila Yang Tidak Menyokong, Dibela & Dimanja Manjakan Pemimpin
Kali ini, Pro Aspirasi menang besar di 17 IPTA. Jika dilihat jumlah ini, besar kemungkinan masalah sokongan generasi muda kepada mainstream boleh diatasi. Namun kenapa masih ramai lagi pengundi muda tidak mahu sokong mainstream? Bila keluar nanti, yang berjuang bagai hendak mati menyokong kerajaan dan universiti jarang diberikan tempat yang sewajarnya. Majoriti mereka ini dilupakan begitu sahaja. Ini sebabnya mengapa gerakan Aspirasi di kampus tidak berkesinambungan macam Pro Mahasiswa. Sudah habis, tinggalkan begitu sahaja. Budak-budak pembangkang yang keluar pula diambil sebagai PTD, guru, pensyarah dan sebagainya. Mereka ini pula dibelai dan dimanja-manjakan. Tidak dibuang pun, biarpun sudah tahu sejarah dan profiil mereka terdahulu. Bila tiba musim memilih, mereka tidak pilih seperti yang diharapkan. Siapa yang salah? Generasi muda lagi atau salah pemimpin yang memilih? Baik tidak kena pada tempatnya. Kebaikan itu tidak terbalas pun. Orang yang berbudi pula tidak dikenang sedikit pun. Musuh dalam selimut pula yang diberikan makan yang secukupnya.
Guan Eng: Diktator, Cauvinis & Komunis
Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang) menggambarkan Guan Eng sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis. Zahrain juga berkata pakatan pembangkang perlu menghentikan sebarang tolak ansur dengan Guan Eng kerana Guan Eng gagal menunaikan janji-janji pada pilihan raya umum lalu. Cukup keras kritikan Zahrain ini. Setelah dua tahun bersama, mungkin Zahrain baru sedar dan terasa dengan perancangan sebenar Guan Eng. Bagaimana pula dengan Dr Mansor, mahukah dia bersama dengan Zahrain atau kekal bersama Guan Eng?Jika beginilah Pakatan Rakyat mentadbir negeri, sudahnya ianya tidak akan ke mana. Di Selangor, bergaduh antara puak Hasan Ali dan Khalid Samad, di Kedah antara kumpulan Dr Zamri dan Johari Abdul, di Kelantan antara kumpulan Husam Musa dan Ariffahmi. Perpecahan antara pakatan makin ketara. Berpecah kerana berebut tempat dan tender. Mangsanya ialah rakyat yang tertipu dan terpedaya. Begitulah janji janji manis Pakatan Rakyat. Percayalah lagi.
Saturday, January 30, 2010
Keputusan PRK: Mahasiswa Pro Pembangkang Semakin Ekstrems
Berikut adalah SMS ugutan yang dihantar kepada salah seorang mahasiswa Pro Aspirasi di Universiti Malaya. Ianya dihantar berikutan kekalahan tipis Pro Mahasiswa dalam pilihan raya kampus. Pro M biarpun kalah, tetapi menang 7 daripada 8 kerusi di kawasan umum. Namun mereka gagal menerima kekalahan dan bertindak ganas terhadap HEP dan pelajar yang tidak sependapat dengan mereka. Majoriti IPTA dikuasai oleh Aspirasi dalam pilihan raya kampus kali ini. 17 IPTA sudah dimenangi oleh pelajar yang pro Aspirasi.Di UIA, beberapa orang calon bebas bertindak beralih arah dan menyokong pelajar yang pro Aspirasi setelah melihat kelakuan ektrems kumpulan Pro Mahasiswa di UKM dan UM. Pro Mahasiswa juga hilang penguasaan di UNIMAS, bila kumpulan pelajar di sana menolak sepenuhnya "warna oren" untuk kuasai MPP. Hanya UMT yang dikuasai oleh kumpulan pelajar pembangkang. Itupun kerana faktor calon yang boleh bertanding MPP adalah di paras minima, iaitu 2.0 CGPA. Manakala di UTHM, pilihan raya kampus ditunda ke suatu tarikh yang lain.
Gambar atas menunjukkan kumpulan pelajar Pro M telah mengepung dan menyerbu masuk pejabat Naib Canselor di Universiti Malaya pada 29 Januari 2010 setelah mereka kalah dalam PRK. Mengapakah Pro Mahasiswa perlu menjadi radikal, provokatif dan ektrems sebegini?. Sedangkan mereka rata-ratanya datang dari Akademi Pengajian Islam? Apakah Islam mengajar kita untuk bertindak di luar batasan bila keputusan tidak menyebelahi kita? Dalam isu kalimah Allah SWT, tiada seorang pun pelajar Pro M yang berani bersuara kerana takut dengan bayangan Anwar Ibrahim. Kerana agama mereka takut, tetapi kerana kepentingan kelompok sendiri mereka bertindak di luar batasan.
Pelajar Pro M bertindak menendang CPU dan monitor komputer sebagai membantah e-voting. Setahun yang lepas, bila mereka menang dan menguasai MPP apakah aktiviti dan faedah besar yang mereka sumbangkan kepada pelajar di UM? Tiada sebarang impak yang positif ke arah pembangunan akademik dan menjaga kebajikan pelajar secara lebih berfokus diadakan oleh mereka. Aktiviti yang dibuat hanyalah berdemonstrasi, berkonflik dengan HEP dan menjemput beberapa tokoh pembangkang masuk ke dalam Universiti Malaya. Teresa Kok, Nik Nazmi dan beberapa orang lagi wakil rakyat PKR, PAS dan DAP masuk ke kampus atas jemputan MPP yang dikuasai Pro M. Apakah mereka ini yang meracuni fikiran pelajar ini menjadi ekstrems sebegitu rupa? Beranikah wakil rakyat pembangkang tersebut menegur perbuatan Pro M yang melampaui batas ini? Dari mana Pro M dapat sebegitu banyak duit untuk buat banner, badut, baju, bendera dalam kempen PRK kali ini? Ada sesiapa yang membantu gerakan mereka?
Di UKM, pada 28 Januari 2010, pelajar pelajar Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mengepung dan menyerbu masuk ke tempat pengiraan undi. Malah TNC HEP yang berada di dalam tempat pengiraan undi diugut dan diancam keselamatannya. Mereka dakwa pentadbiran UKM dengan macam macam tuduhan kerana kalah dalam PRK. Lebih memalukan lagi bila melihat pelajar-pelajar perempuan GMUKM menjerit-jerit dan bertindak kurang beradab. Apakah ini yang diajar di Fakulti Pengajian Islam UKM?Apakah sebenarnya dicari oleh Pro M ini? Mereka mahu belajar atau mahu menjadi aktivis politik sepenuh masa? Jika mereka mahu menjadi aktivis politik, elok kiranya mereka berpindah ke universiti lain yang lebih demokratik di bawah kerajaan DAP, PKR dan PAS. Berdemolah minta agar Khalid Ibrahim (MB Selangor) memberikan RM1,000 kepada pelajar tahun satu yang baru masuk universiti. Sebagaimana yang dijanjikannya dalam motto pilihan raya umum. Jika tidak, PTPTN tidak perlu membazirkan duit rakyat untuk menyara pelajar yang tidak minat belajar ini. Mintalah wakil rakyat pembangkang tubuhkan dana khas bagi menyara pengajian pelajar-pelajar yang menyokong pembangkang ini. Universiti adalah tempat untuk belajar. Hormatilah hak majoriti pelajar lain yang telah bersuara melalui undi.
Thursday, January 28, 2010
Kalimah Allah: Kenyataan Anwar Ibrahim Mengkhianati Agama
Kepala Babi Datang Lagi
Monday, January 25, 2010
Zulkifli Nordin Dikecam Kerana Mahu Membela Khalid Samad
Aduka Taruna Mohon Maaf, Siapa Pula Pierre Lim?
Berikut adalah posting yang bertajuk "Dah mampos buat cara mampos la" dalam blog AdukaTaruna pada 22 Januari 2010. Artikel tersebut secara jelas menghina Almarhum Sultan Iskandar dengan ayat yang tidak beradab. Namun sehari selepas itu, Aduka telah membuat permohonan maaf atas posting tersebut. Mohon maaf tetapi masih dengan ideologinya.
Berikut adalah posting yang dibuat oleh Pierre Lim dalam Facebook yang bertajuk "i remember the golf caddy murder. HRH is a vicious mother". Pages yang diwujudkan dengan gambar Almarhum Sultan Iskandar ini juga turut mengaitkan Almarhum dengan tulisan ini "He was linked to rapes, murder and torture". Serangan dibuat oleh dua identiti yang berbeza. Satu di blog dan satu lagi di facebook.Satu gunakan nama Melayu iaitu "Aduka", satu lagi guna nama "Pierre Lim". Kedua-duanya adalah serangan ke atas Sultan Melayu. Mereka sengaja membuat provokasi dan menghina Sultan Melayu. Jika tidak dibendung, ianya akan dianggap tidak bersalah dan diikuti pula oleh orang lain. Kebebasan disalah gunakan untuk menghina Sultan Melayu. Perkara yang melampau dan biadap sebegini tidak boleh dibiarkan sebegitu sahaja. Jika pelajar Aswara boleh dikenakan tindakan, apa kurangnya pula dua orang ini. Perlu disiasat segera mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.
Sunday, January 24, 2010
Uganda Anti Sodomi
Pada Oktober 2009, draf undang-undang anti homoseks dicadangkan di Parlimen Uganda. Antara cadangan yang dibuat terhadap pelaku sodomi adalah hukuman mati. Namun cadangan Uganda ini mendapat tentangan hebat daripada PBB (UNHCR) 12 orang senator Amerika Syarikat dan beberapa NGO antarabangsa. Yoweri Museveni (Presiden Uganda) diberi tekanan hebat kerana draf anti sodomi tersebut. Populasi Uganda adalah 32 juta orang (Roman Katholic 42%, Protestant 42%, Islam 12%, Lain-Lain 4%). Uganda antara negara termiskin. Isu draf sodomi akan membuatkan keadaan ekonomi Uganda lebih meruncing dengan tekanan antarabangsa. Sewajarnya Uganda diberi peluang untuk memfleksikan cara hukuman bukan terus ditohmah kerana anti sodomi.
Muka depan Suara Keadilan, 19-26 Januari 2010. Apakah Amerika Syarikat mahu menyekat ekonomi Malaysia kerana dua kes tersebut? Atau kerana kes sodomi? Jika ekonomi Malaysia benar-benar disekat, siapa yang rugi? Demi membela kes peribadi, Anwar Ibrahim sanggup melobi Al Gore untuk kenakan sekatan ke atas Malaysia.Akibat anti sodomi, masyarakat antarabangsa boleh menghukum sesebuah negara lain. Di Malaysia, kes sodomi yang sepatutnya diadili pada 25 Januari 2010 ditangguh lagi. Entah apa pula reaksi dan hukuman masyarakat antarabangsa nanti. Sebelum kes didengar, mungkinkah perhatian dunia akan dialihkan dengan isu baru yang sengaja dicipta? Hak asasi bukanlah tiket kebebasan sepenuhnya bagi seorang manusia. Nilai moral dan agama adalah panduan sebenar.
Saturday, January 23, 2010
DAP Pertikai TEKUN
Johar Ismail (pemilik kafe Do Re Mi) menunjukan tangannya yang cedera terbakar ketika cuba menyelamatkan kedainya yang diroboh dan dibakar oleh penguat kuasa kerajaan DAP Pulau Pinang pada 21 Januari 2010. Bukan sahaja kafe Do Re Mi yang dibakar, nasib peniaga Melayu di Medan Ikan Bakar Gold Coast juga tidak menentu. Beberapa kedai milik Melayu di Sungai Nibong itu bakal dirobohkan juga oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Suatu penindasan kejam terhadap peniaga Melayu. Sedangkan di Jalan Burma, sikap DAP berlainan pula terhadap peniaga Cina di sana. Bukan sahaja diroboh, dibakar pula kedai dan tangan empunya kedai. Inikah "Middle Malaysia" yang mahu dibawakan oleh DAP? DAP berani kerana orang Melayu dalam PAS dan PKR rela melihat sahaja perbuatan DAP tersebut.Friday, January 22, 2010
Sasaran Mata Satu
Utusan Malaysia, 22 Januari 2010. Teropong sasaran buatan syarikat Trijicon yang terdapat petikan ayat Bible pada senapang M-4 Carbine yang diguna oleh tentera Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan. Trijicon menyatakan bahawa petikan Bible itu digunakan sebagai sebahagian kepercayaan mereka dalam berkhidmat untuk negara. Kepercayaan "mata satu" memerangi orang Islam. Selama lebih 20 tahun tulisan tersebut digunakan pada teropong yang dikeluarkan oleh Trijicon. Ini bermakna ianya digunakan sejak Operation Desert Strom ke atas Iraq. Sasaran mata satu amat halus dan terancang. Umat Islam di Malaysia perlu mengambil pengajaran dari nasib yang menimpa saudara seagama di Timur Tengah yang tidak bersatu. Sukar sangatkah hendak bersatu? Mungkin bila hilang kuasa, barulah ada kesedaran tersebut. Bertindaklah dengan rasional. Jangan mudah terbakar dengan sesuatu yang dicipta untuk menyemarakan emosi orang Islam. Semua ini jerat halus si mata satu.Monday, January 18, 2010
Pro Pembangkang Kuasai UMT
Apa pun pelajar di UMT sudah membuat pilihan yang terbaik untuk mereka melalui sistem e-voting yang dikatakan sebagai berat sebelah dan tidak demokrasi oleh Pro Mahasiswa (baca sini). Pada 15 Januari 2010, sekumpulan mahasiswa pro pembangkang melalui Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah mengadakan demonstrasi di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menghantar memorandum. Antara yang dibantah adalah sistem e-voting. Pro M telah menang di UMT dan dua wakilnya juga menang di salah sebuah IPTA di utara, apakah e-voting tidak adil lagi Pro Mahasiswa? Apakah Pro M lupa bahawa sejak 2006, MPP yang diterajui Pro M menang empat tahun berturut turut di UIA. Jika itu adalah tidak adil, maka Pro Mahasiswa harus mendesak MPP yang menang di UMT dan UIA meletak jawatan. Ini kerana mereka menang kerana undi yang kononnya dikatakan dimanipulasi oleh HEP.Thursday, January 14, 2010
Renungilah Maksud Surah Al-Ikhlas
Surah yang ke-112 dalam Al-Quran. Mengandungi 4 ayat. Sebagai umat Islam fahamilah surah Al Ikhlas ini. Allah Tuhan Yang Maha Esa. Jangan biarkan Allah SWT disamakan dengan bapa kepada Jesus atau konsep trinity mereka. Mudah-mudahan kesatuan umat Islam berkaitan isu kalimah Allah akan kembali dengan Surah Al-Ikhlas. Kalimah Allah SWT hanya untuk Islam.Tuesday, January 12, 2010
Agenda Pendangkalan Semantik
Berikut adalah ulasan dalam artikel CNN "Malaysia has some of the tightest government restrictions on religion in the world, according to a study published last month by the Pew Forum on Religion & Public Life. The country was among the 10 most restrictive countries out of 175 in the survey". Dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan sudah jelas bahawa tiada halangan kebebasan untuk agama lain diamalkan selagi tidak mengganggu aman dan damai. Persepsi yang ditampilkan oleh CNN memberi gambaran yang agak skeptikal tentang kehidupan beragama di Malaysia. Disokong pula dengan kajian daripada Pew Forum. Siapakah Pew Forum yang berpangkalan di Washington D.C? Dari mana Pew Forum mendapat maklumat dan kajian untuk meletakkan Malaysia sebagai "tighest goverment restrictions on religion" di dunia. Apakah daripada temubual dengan pemimpin pembangkang ini?.

Biarpun Sultan Selangor sudah mengeluarkan titah, namun masih ada ahli parlimen di Selangor yang meneruskan forum berkaitan kalimah Allah. Baginda Nabi Muhammad SAW dulu menulis surat yang mengandungi kalimah Allah kepada raja bukan Islam untuk berdakwah agama Islam. Hari ini, agenda pendangkalan semantik semakin halus dan rapi. Yemen antara negara baru yang termasuk dalam grand design anti-semantic ini. Mahukah kita melihat Malaysia ini terbabit dalam kancah baru ini. Berhati hati dengan SMS dan persepsi yang mahu disusukkan ke dalam minda publik. Persepsi seolah dicipta untuk menutup satu isu yang lebih sensasi menanti pada 25 Januari ini. Ingatlah rangkap Negaraku "rakyat hidup, bersatu dan maju". Jagalah negara kita.
Monday, January 11, 2010
Lepas UMT, Banner Naik Pula Di UKM
Selepas UMT dikejutkan dengan kehadiran banner dua bulan mengambang di UMT pada 9 Januari 2009, hadir pula di UKM banner yang memburukan kumpulan Pro Mahasiswa pada 11 Januari 2009 (baca sini). Kain rentang bertulis 'GMUKM = Pro-M = Pro-Israel, Pemfitnah, Penipu dan Pengganas' itu digantung di sebuah Kolej Kediaman Ungku Omar di kampus Bangi.Kampus tersebut terletak di tempat yang amat strategik. Akses dan kebarangkalian orang luar untuk masuk dan mensabotaj pilihan raya kampus di UKM adalah tinggi. Namun mengapakah pihak Pro Mahasiswa sering menuding jari kepada orang lain sebagai punca sesuatu kejadian?. Perangai yang sama seperti abang besarnya di luar kampus. "Kami mengesyaki ia dinaikkan oleh kumpulan pro-Aspirasi kerana label-label seperti pemfitnah dan penipu itu pernah dilemparkan kepada kami sebelum ini," kata jurucakap Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) Ammar Ismail.
Tahun ini ada banner di Kolej Kediaman Ungku Omar, tahun lepas ada kes SMS ugutan, dua tahun sebelum itu ada kes ugutun pisau di UKM. Satu demi satu isu wujud dalam pilihan raya kampus di UKM. Mahasiswa perlu menilai semua isu ini secara matang dan tidak terburu-buru. Usah termakan dengan persepsi yang diwujudkan oleh GMUKM. Pihak Aspirasi di UKM perlu membuat laporan polis atas tuduhan yang dilemparkan oleh GMUKM dalam Malaysiakini.
Saturday, January 9, 2010
Menjelang Pilihan Raya Kampus, Bulan Mengambang Muncul Di UMT


Implikasi Kalimah Allah
Berikut adalah antara risalah yang diterbitkan oleh Kristian. Implikasinya amat besar bila kalimah ALLAH digantikan dengan GOD oleh Kristian. (baca sini).
Risalah ini lebih berbentuk kartun dan tulisan yang mudah difahami. Sudah tentu target dan sasaran risalah ini adalah golongan kanak-kanak dan generasi muda. Bayangkan apa akan jadi kalau kanak-kanak yang berusia 5 tahun membaca risalah ini? Balik di rumah kanak-kanak itu akan bertanya ibu dan bapanya atau di sekolah dia akan pergi bertanya pada cikgunya. Kalaulah ibubapa dan gurunya gagal memberikan penjelasan yang baik, sudah tentu kanak-kanak itu akan terkeliru. Bagaimana pula jika kanak-kanak itu ternampak sebuah gereja yang bernama "Gereja Harapan Baru Allah"? Gereja itu pula menawarkan aiskrim,wang ringgit, dan segala macam tarikan materialistik untuk menarik minat kanak-kanak tersebut. Tentunya kecelaruan akan berlaku dalam masyarakat.
Friday, January 8, 2010
Kalimah Allah: Majlis Raja Raja Perlu Bersidang Segera
Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan, (1) "Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan". Boleh diamalkan secara bebas selagi ianya tidak menggugat perasaan dan ketenteraman penganut agama Persekutuan yang majoritinya lebih besar. Apa yang telah berlaku pada pagi 8 Januari 2010 di Gereja Assumption di Petaling Jaya, Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Gereja Life Chapel, Seksyen 17, Petaling Jaya menunjukkan bahawa terma aman damai dalam kebebasan beragama sudah tiada lagi.
Tidak pasti siapa punya angkara kebakaran gereja tersebut. Mungkin ada pihak ketiga yang cuba menaguk di air keruh. Tindakan menyerang gereja tersebut amatlah tidak wajar. Apa yang pasti ianya berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah SWT yang dipohon penggunaannya oleh Herald Tribune dan Gereja Katholik. Di Sarawak pada awal penyebaran Kristian dulu, perkataan yang digunakan adalah "alloah" bukannya "Allah". Seharusnya pihak Gereja Katholik membuat semakan yang terperinci mengenai sejarah awal bukan menjadikan alasan permintaan daripada Vatican City untuk mencetuskan keadaan tidak aman dan damai di negara ini.
Benar, Allah adalah Tuhan untuk semua manusia dan sekalian alam. Namun yang membezakan antara orang Islam dan kafir adalah dua kalimah syahadah. Orang Islam bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah. Bezanya kafir tidak mengucap dua kalimah syahadah. Mereka hanya mahu gunakan satu kalimah sahaja. Kristian percaya bahawa "Jesus is son of God". Apa akan jadi kalau God itu digantikan dengan kalimah Allah oleh Kristian? Ini jelas sekali bertentangan dengan sifat-sifat Allah SWT. Mereka yang liberal tetap dengan fahaman mereka. Namun yang sedihnya, ada juga pemimpin mahasiswa yang memimpin Persatuan Islam di USM menyatakan "jadi tidak perlulah kita menjadi hero seolah-olah kita menjaga sungguh agama kita, sedangkan pada hakikatnya sebaliknya yang berlaku" (baca sini). Kumpulan Pro M ini pandangannya sudah sama dengan Anwar Ibrahim. Tidak berani mereka bercanggah pendapat biarpun perkara itu dikatakan wajib oleh Majlis Fatwa. Apakah YDP PMIUSM ini tidak membaca keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan (baca).
Majlis Raja-Raja perlu menamatkan polemik isu kalimah Allah ini dengan segera. Fatwa yang sudah dikeluarkan pun diketepikan. Mungkin mereka yang menolak itu lebih alim dan warak dari mufti sendiri. Apa akan jadi di masa depan jika semakin ramai orang Islam yang sebegini. Pegang kuatlah pada dua kalimah syahadah dan ikutlah ajaran "imam" sebenar. Mengapa perlu menyokong permohonan paderi dan bishop-bishop, sedangkan pandangan mufti sendiri diketepikan. Penyelewengan Yahudi dan Nasara amat halus, berhati hatilah. Jagalah aman dan damai di negara ini.
Tuesday, January 5, 2010
DAP Pulau Pinang Tutup Tabika KEMAS

Memang pembangkang suka tutup tabika KEMAS. Masa perintah Terengganu dulu pun, PAS pernah tutup tabika KEMAS (gambar atas). Apalah dosa budak-budak itu, hinggakan terpaksa usung kerusi keluar dari tabika. Mereka jadi mangsa kebencian politik pembangkang pada tabika KEMAS. Kemudian perintah PAS Perak sekejap. Mereka hendak tutup tabika KEMAS juga. Pada 5 Januari 2009, sejumlah 11,000 orang murid tabika KEMAS di Perak tidak dapat meneruskan pengajian bila Nizar Jamaluddin ketika menerajui kerajaan Pakatan Rakyat Perak bertindak menutup 700 kelas tadika KEMAS.Selepas merobohkan dewan belajar Al Quran di Flat Gugusan Melati, Kota Damansara, Selangor. pada 29 Disember 2009. Seterusnya tiba giliran DAP Pulau Pinang pula bertindak kejam menutup Tabika Kemas. Apakah Tabika Kemas ini hanya dibuka pada orang-orang UMNO sahaja? Jika UMNO zalim, PTPTN pun tidak akan diberi pada anak-anak orang PAS, PKR dan DAP yang masuk IPTA. Tapi bila DAP, PKR dan PAS perintah, mereka melakukan kezaliman pada budak-budak yang belum kenal lagi erti politik. Apa salah mereka hendak belajar ilmu dan mengaji Al Quran? Inilah pakatan rakyat untuk menganiaya budak-budak. Kasihanilah mereka.
PKR Sokong Permohonan Ketua Paderi
Yang tiada keputusan konsensus adalah Pakatan Rakyat sebenarnya. Di Sabah, Christina Liew (Timbalan Pengerusi PKR Sabah) mengalu-ngalukan keputusan mahkamah membenarkan kalimah Allah SWT digunakan oleh Gereja Katholic dan Herald Tribune. "Malaysia must be the only country...Indonesia, which has the largest number of Muslims, the word is never an issue" kata Christina Liew dalam Daily Ekspress pada 1 Januari 2010. Itu pandangan PKR di Sabah, namun sampai hari ini Anwar Ibrahim selaku ketua PKR tidak bercakap apa-apa pun mengenai isu ini. Sebagai seorang Islam, Anwar tidak berani tegur pun kenyataan ahlinya. Anwar nampaknya masih bersetuju dan menyokong permohonan Ketua Paderi (lihat video ini). Bila ada Melayu sebeginilah, orang Islam jadi berpecah."Anwar said since an entire generation of Malaysians had grown up using Bahasa Malaysia as a medium of communication, he saw no reason why Christian Malaysians in their prayers could not use the Arabic term for God – ‘Allah’" kenyataan Anwar pada hari Rabu, 30 Januari 2008 sewaktu Anwar bertemu dengan 200 orang pemimpin Kristian secara tertutup di Petaling Jaya. Selepas di Petaling Jaya, Anwar berjanji pula di depan bishop bishop di Batang Air, Sarawak. Semata-mata kerana undi, Anwar sanggup gadaikan agama. Inilah padahnya bila Melayu berpecah, undi bishop pun ditagih oleh PKR untuk berkuasa. Anwar lebih menyebelahi siapa sebenarnya? Kristian atau Islam?
Sunday, January 3, 2010
Dalang Yang Membenarkan Kalimah Allah Diguna Kristian
"Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang telah dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain".
Perdana Menteri sudah menyatakan komitmen untuk mengadap sembah Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu berhubung isu kalimah Allah SWT ini. Diharapkan keputusan Majlis Raja-Raja mampu menghalang usaha Gereja Katholik untuk menggunakan kalimah Allah SWT. Hairan juga kenapa ada lagi pemimpin Melayu dalam PAS dan PKR yang masih bersama dengan tuntutan gereja ini? Ikutlah cara Nasharuddin Mat Isa dan Pemuda PAS Pulau Pinang yang melihat isu ini sebagai isu agama dan sejagat.
Raja Petra Main Aci Nyorok Dengan Wanita Poland
Berikut adalah gambar Raja Petra bersama dengan dua orang wanita Poland di luar negara. "While the IGP and AG were cracking their heads trying to figure out how to get me, I was ushering in the new year with these lovely Polish lasses. Oops....I better check if Malaysia has an extradition treaty with Poland. Ah, never mind, Europe is a big place anyway". tulis Raja Petra dalam Malaysia Today pada 1 Januari 2010.
Raja Petra bersama dengan isterinya, Marina Lee Abdullah. Jika benar Raja Petra ada bukti kukuh silalah hadir ke mahkamah. Buat apa lari sampai ke luar negara dan sanggup pula menyorok dengan dua orang wanita asing. Tindakan Raja Petra ini seolah mencabar undang-undang negara. Menurut Anuar Shaari (Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim), ada individu tertentu yang menaja Raja Petra di luar negara. Individu terbabit dipercayai sering berjumpa di luar negara bersama beberapa orang lagi think thank mereka mengenai cara menguasai negara ini. "RPK has become our bigger than Che Guverra to Cuba, He is bigger than Lech Walensa to Poland. He is even bigger than Robin Hood" berikut adalah antara komen dalam blog Malaysia Today pada Raja Petra (baca sini). RPK sebenarnya bukan sehebat mereka, kerana dia takut berdepan dengan kebenaran. Penaja Raja Petra perlu disiasat dan Raja Petra perlu dihadapkan ke muka pengadilan. Larilah ke dalam peti besi sekalipun, kalau salah ianya tetap salah.Saturday, January 2, 2010
Nik Aziz Salahkan Orang Lain Lagi, Isu Kalimah Allah, Nik Aziz Diam Menyepi

"Benda ini orang lain yang buat, sampah orang lain yang buang, kita kena sapu. Ini penyakit bagi jaga negeri kepada orang yang tidak pandai. Benda ini bila kita bagi jaga negeri atau Malaysia kepada orang tidak pandai akhirnya imej politik lebih jadi buruk, setengah tok guru tidak mahu ceburi politik kerana disangka buruk, politik itu yang buruk, tetapi politik saya comel, politik Nabi Muhammad, politik Nabi Muhammad yang pertama," kata Nik Aziz di Ibu Pejabat PAS Kelantan pada 1 Jan 2010. Nik Aziz menyalahkan BN bila PAS diminta membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan, Timbermine Sdn. Bhd. Sudah habis kering duit disapu untuk kaum keluarga, mudahlah dituduhnya orang lain yang membuat sampah. Beginikah sikap Tok Guru yang comel?






