
Pada 31 Disember 2010, Nik Abdul Aziz berkata soal Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) berpakaian tidak sopan atau tidak menutup aurat, adalah perkara kedua yang perlu diperbetulkan. Pandangan sebeginilah yang menjadikan DAP semakin berani untuk melanggar adab adab dalam Islam di masjid serta berani menggunakan ayat suci Al Quran di atas pentas politik. Lihat dalam gambar di atas, ada beberapa orang lelaki yang turut sama kelihatan mengambil kesempatan untuk melihat pakaian "manis" yang dipakai oleh Teo Nie Ching. Mereka bukan menegur, malah seronok pula melihat. Apakah ini yang dimahukan dalam sambutan Maal Hijrah yang diadakan di kawasan masjid?
"Di Kelantan, kelab malam kita tutup. Gambar-gambar iklan kalau melibatkan wanita kita minta tutup aurat. Habis ikhtiar kita. Nampak berlaku juga apa boleh buat" kata Nik Aziz dalam Sinar Harian 17 Februari 2009 mengulas mengenai gambar bogel Elizabeth Wong. Gambar di iklan ditutup, namun bila Elizabeth Wong dengan gambar bogel dan Teo Nie Ching berpakaian "manis" dalam masjid, Nik Aziz yang meluru ke depan untuk membela mereka. Inilah hipokrasi Nik Aziz. Dulu boleh, sekarang halal kesemuanya. Malah konsert tahun baru pun sudah diadakan di Kelantan (
baca sini).

17 April 2009, Nik Aziz telah memberi sokongan moral untuk Elizabeth Wong selepas mengakui dalam satu sidang akhbar tentang pendedahan gambar bogelnya (lihat
video ini). Mengapa perlu dipertahankan sesuatu perkara yang jelas menyalahi syariat Islam? Salah tetap salah, ianya perlu diakui. DAP akan lebih berani untuk menghina kesucian Islam kerana mereka tahu mereka akan dibela habis habisan oleh Nik Aziz. Senarai
"OK tak OK" yang diminta oleh Teo Nie Ching sebenarnya ada pada Nik Aziz. Sewajarnya persoalan syariat Islam tidak boleh dipermainkan. Perkara yang salah tidak boleh disucikan dosanya oleh Nik Aziz. Jangan persendakan hukum Allah SWT.
1 comments:
ko xpyh nk kecoh2 psl yb bkn islam la....ko tgk bini2 menteri ngan bapak2 menteri tu...nama je islam tp aurat x tutup...yg yb pr tu xpela dia bkn islam...ni islam pun dh x mcm islam
Post a Comment