Wednesday, December 1, 2010

Nik Aziz Pertahankan Kesalahan S. Kesavan


30 November 2010, S. Kesavan (ADUN PKR Hutan Melintang) bertindak kurang adab dan menjerit membuat kecoh dalam Dewan Undangan Negeri Perak. S. Kesavan digantung seminggu mengikut peruntukan 44(3) Perintah Tetap Sidang DUN Perak dibaca bersama peruntukan 44(5). Siapa yang ajar S. Kesavan bertindak biadap sedemikian? Atau Kesavan sengaja berbuat demikian untuk mencari publisiti terhadap dirinya bila dikenakan hukuman. Ini kerana beberapa hari lepas, S. Kesavan telah menafsir ayat Quran secara salah.


Pada 28 November 2010, S. Kesavan telah menimbulkan kontroversi bila membaca tafsiran ayat 190 dan 191 Surah Al Imran ketika Kongres Tahunan PKR di Petaling Jaya. S. Kesavan menyatakan “sama ada saya buat salah atau tidak, Ustaz PAS itu akan menjelaskannya kelak,”. S. Kesavan telah seolah menyalahkan Ustaz PAS tersebut kerana menyalah tafsir ayat Al Quran.


Lihat video ini. Jika salah, mengapa ustaz ustaz lain dalam PKR tidak menegur pun?

Terjemahan yang disebut oleh Kesavan berbunyi: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun”.

Sebaliknya tafsiran sebenar ayat 190 dan 191 Surah Al Imran adalah seperti berikut:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka”.


Seperti yang diduga, Nik Aziz terus mempertahankan tindakan S. Kesavan menggunakan tafsiran yang salah. "Saya tidak tahu ayat mana yang orang maksudkan salah tafsir…saya setuju benar dengan tindakan orang bukan Islam untuk mempelajari dan menggunakan ayat Al-Quran" kata Nik Aziz. Seperti yang berlaku ketika Nga Kor Ming mempersendakan ayat-ayat suci Al Quran ketika pilihan raya kecil di Bukit Gantang. Sampai bila-bila pun orang orang kafir dari PKR dan DAP akan terus mempersendakan Al Quran kerana ada orang Islam dalam PAS yang membenarkan perbuatan tersebut. Usah biarkan orang kafir mempersendakan kalimah suci Al Quran untuk tujuan politik.

7 comments:

Anonymous said...

mempersedakan ayat suci al quran
dengan terjemahan yang salah yang diubah-ubah maknanya, terimalah
nanti azabnya dari Allah. Bukan saja kesavan tetapi mereka-mereka yang bersuhabat bersamanya kerana mempersedakan ayat suci al quran. Baiklah bertaubat bagi mereka orang islam kerana kamu semua telah disesatkan oleh syaitan yang bertopengkan manusia.

Anonymous said...

Al Quran adalah rahmat untuk seluruh alam. Untuk org dan orang bukan Islam. Jd, apa salah kalu dipetik beberapa ayat al quran oleh bukan bukan niat menyerang Quran dan menghinaya. Kita kena open minded sikitlah ye

Bentaraguru said...

Fatwa Pas banyak bercelaru yang boleh memesongkan umat Islam, khususnya pengikut taksubnya. Sayugia diingatkan, jika ketaksuban ini berpanjangan dan menjadi darah daging mereka, berkemungkinan keselamatan negara terjejas. KDN wajib memantau keadaan supaya jangan lebih parah, kerana pada masa-masa lalu, peristiwa al ma'uunah dan Memali adalah contohnya.

Bentaraguru said...

Fatwa Nik Aziz banyak songsang, mengelirukan. Fatwanya menyentuh hati budi umat Islam. Kini timbul fatwa, bukan Islam boleh membaca dan mentafsir Al-Quran. Semua ulamak mengharamkannya. Apa dah jadi dengan Nik Aziz ni
Umat Islam wajarlah mendo'akannya kembali kepada Islam Al Din. Bertaubatlah sebelum ajal datang.

Anonymous said...

INILAH MANUSIA YANG TELAH DIRENGUT MARUAH,HARGA DIRI,KEIMANAN DAN IHSAN OLEH ALLAH SWT......INILAH KECELAKAAN BESAR YANG DITURUNKAN ALLAH KE ATAS NIK AZIZ....IANYA TURUN TANPA SEDAR DAN IANYA TURUN DI DALAM NIKMAT.......SESUNGGUHNYA PEMBALASAN DARI ALLAH SEDANG MEMUSNAHKAN BELIAU......KITA TUNGGULAH KESUDAHANNYA.

Anonymous said...

Kalau betul dia nak belajar alQuran,kenapa dia tak sebut nama Allah,nampak sangat dia tu hanya nak seronok membaca ayat tu,maklum lah orang orang pas bukan nya pandai sangat,hanya main ikut je,

Anonymous said...

Nik Aziz temui blogger jelaskan isu semasa

KOTA BHARU, 16 Dis: Adakah anda seorang penulis blog. Peluang terbaik untuk mereka yang bergelar blogger menghadiri majlis makan malam dan dialog bersama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Program anjuran kerajaan negeri itu turut melibatkan kesemua anggota Exco kerajaan negeri dijangka diadakan pada awal tahun depan. Program berkenaan dijangka diadakan di Kuala Lumpur.


Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus berkata, pertemuan tersebut terbuka kepada semua blogger tanpa mengira ideologi politik mereka.


“Diharap melalui pertemuan terbabit blogger akan mendapat gambaran sebenar perkembangan semasa di Kelantan sepanjang di bawah pentadbiran PAS,” katanya di sini.


Oleh itu blogger yang berminat boleh menghubungi pejabat Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di talian 09 7433529 (Puan Hazami) atau email: mnyahya65@gmail.com.