12 Disember 2010, Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) telah turut serta dalam acara senamrobik di kawasan Masjid Taman Cheras Jaya. Senamrobik adalah program pertama dalam Karnival Maal Hijrah anjuran PAS di kawasan masjid terbabit. PAS yang selama ini kuat memperjuangkan tentang percampuran lelaki dan wanita serta aurat wanita telah menjemput wakil rakyat DAP dengan memakai pakaian yang ketat untuk bersenamrobik dalam kawasan masjid.
Apakah penyokong PAS yang berada di belakang itu tidak sedar bahawa mereka bersenam robik dalam kawasan masjid dan ada Teo Nie Ching berpakaian ketat? (lihat gambar-gambar lain)Ini bukan kali pertama kejadian ini berlaku, pada 22 Ogos 2010, Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) telah masuk untuk bertazkirah dan menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli PAS di Surau Al-Huda Kajang Sentral. Bukan sekadar masuk ke dalam surau, malah Teo pergi ke barisan saf pertama untuk berceramah kepada orang Islam di dalam surau. Bila DAP berterusan membuat perkara yang jelas bertentangan dengan Islam, PAS akan menutup mata dan mulut mereka. Takut benar PAS dengan DAP, hinggakan dicabar langkah mayat pun PAS masih lagi sanggup berkawan dengan DAP. Menjemput pemimpin DAP untuk datang ke masjid dengan tidak menjaga kesucian Islam membuktikan PAS telah menjadi parti suruhan DAP.





2 comments:
alahai...malaysia....2x5, 5x2
tunggulah masanya.
bila ketiga2 pihak(UMNO/PAS/PKR) yg sesat dan menyesatkan beserta golongan penabur fitnah dihapuskan tak bersisa.
yg dah sedar, cepat2 bertaubat dan berkecuali.
sikit masa je lagi.
p/s: hina.
Post a Comment