Wednesday, December 29, 2010

Ayuh Berikan Sokongan Untuk Negara


Malam ini, 90 minit permainan di Stadium Gelora Bung Karno menjadi detik penentuan untuk menabalkan Harimau Malaya sebagai juara bolasepak Asia Tenggara. 14 tahun lepas, Malaysia dikecewakan 0-1 oleh Thailand di perlawanan akhir. Dengan skuad yang muda dan penuh semangat, malam ini adalah peluang terbaik untuk Harimau Malaya menebus semula hutang kekalahan 1-5 kepada Garuda. Kemenangan 0-3 belum cukup lagi, masih ada baki lagi 1 gol yang perlu dibalas.

Laser yang dijadikan helah oleh Markus akhirnya memakan diri sendiri. Tiga gol yang dilepaskan bukanlah disebabkan oleh laser tetapi adalah kerana kesilapan Markus sendiri.


Kemenangan malam ini adalah hadiah terbaik untuk membalas segala provokasi yang dibuat oleh media negara jiran tersebut terhadap pasukan negara. Provokasi yang dicemuh oleh Alfred Riedl kerana menyebabkan pemain Indonesia mabuk dengan pujian. Kemenangan 0-3 baru "sebelah kaki" bergelar juara. Dengan sokongan dan doa pemain ke-12 iaitu warganegara Malaysia yang penuh patriotik, Harimau Malaya akan mengaum lagi malam ini. Lupakan seketika perbezaan pendapat demi Harimau Malaya. Ayuh semua mari kita memberi sokongan padu untuk negara.

0 comments: