13 Julai 2009, Zaid Ibrahim telah masuk ke dalam PKR setelah tewas bertanding Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu. Setahun empat bulan selepas itu, pada 8 November 2010, Zaid Ibrahim mengumumkan meletak jawatan dalam PKR dan berundur bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR. Keputusan Zaid ini dilihat sebagai klimaks kepada perpecahan dan penyelewengan pertandingan dalam PKR.Pada hari pertama pemilihan, Zaid Ibrahim mendahului Azmin Ali dengan 203 undi. Zaid masih lagi mendahului Azmin dengan 43 undi sampai hari ketiga. Namun kedudukan Zaid yang mendahului Zaid sehingga hari ketiga tiba tiba bertukar bila Saifuddin Nasuiton (Ahli Parlimen PAS Machang) menyatakan data yang dimasukkan adalah silap. Maka keputusan baru pun keluar dengan Azmin Ali pula mendahului Zaid dengan 522 undi. Daripada berbeza hanya 43 undi pada hari ketiga, tiba-tiba terbalik menjadi 522 undi. Apakah berlaku penyelewengan dan penipuan dalam jumlah undi hanya untuk memenangkan Azmin Ali? Bagaimana data boleh menjadi silap? Mana dia Human Right Watch, Amnesty International, SUHAKAM, MAFREL untuk membidas penyelewengan ini?
Dakwaan bahawa penyelewengan berlaku adalah berasas. Ini akui oleh , P. S. Janapala (Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR) yang mendakwa Anwar Ibrahim menggunakan kedudukannya bagi mendesak ketua-ketua cabang parti supaya memastikan pengundian di Sabah berpihak kepada Azmin. Inikah demokrasi dan keadilan yang dilaungkan PKR? Ternyata ayat "konspirasi, nepotisme, kronisme" yang acapkali dijadikan sebagai alat kempen Anwar untuk mengecam orang lain telah menjadi barah dalam partinya sendiri. PKR bukanlah parti yang demokrasi. Timbalan yang mahu digandingkan dengan Anwar, ditentukan oleh kroni Anwar, bukan rakyat PKR yang memilihnya. Pakat pakatlah keluar ramai-ramai.





2 comments:
Saifuddin Nasuiton jwb zaid," kalau saya memanipulasi pemilihan ini dia xdpt lgsg undi, kosong jer"
b0d0h pian bet0i laa jwpn,,klau ang bg k0s0ng kt zaid nmpak sgt laa PKR mmg x adil wlpn mmg kita tau xpernah adil,,dia saja bg perbezaan undi yg cmtu supaya nmpak mcm pertandingan yg sengit(walhal mmg sudah dirancang),,
hehe,,,,macam main pondok2 je,,,dh berhari2,,,tiba2 salah kira,,,pembetulan,,boleh gitu???untuk sebuah parti yg di katakan bakal memerintah negara ini dengan tulus dan adil,,hehehe,,,satu malaysia tahu ,,salah kira,,,agak agak nya kalau pemilihan UMNOjadi mcm ni ,,apa dia orang ckp eak?????
Post a Comment