"Macam mana kita mau kafirkan UMNO, saya (Guan Eng pun kafir juga" pengakuan Guan Eng di hadapan penyokong PAS di Galas pada 3 November 2010 (baca sini). Amat jelas, DAP hanya mempermainkan Islam sahaja. Mendakwa ingin menurut cara Umar Abdul Aziz kononya, namun akhirnya mengakui diri mereka yang sebenar.Deklarasi Setapak adalah pegangan DAP yang sebenar. Pada 29 Julai 1967, DAP mengadakan satu majlis makan malam sempena ulangtahun DAP yang pertama di Setapak. Dalam jamuan makan malam tersebut, DAP menyatakan deklarasi mahukan ideologi satu negara yang bebas, amalkan cara demokratik tetapi masih berfahaman sosialis, Malaysian Malaysia dan mendesak kesaksamaan dalam ekonomi. Selagi PAS masih bertanding hanya 60 kerusi parlimen, PAS tidak akan boleh memerintah negara ini bersendirian. PAS terpaksa berpakat dengan DAP yang lebih dominan dalam parlimen. Ada benarnya kata-kata Mohd Nor Deris bahawa "DAP nak memerintah Malaysia, anak generasi kita nanti jadi anjing DAP". Orang Islam perlu merenung kata-kata ini dengan mendalam. Sebelum nasi menjadi bubur, masih belum terlambat untuk bertindak.





5 comments:
Apakah PAS itu Nik Aziz? dan Nik Aziz itu PAS? Kalau begitu perjuangan PAS bukanlah untuk ugama tapi untuk Nik Aziz!
Betul tak.....?
salam ziarah..
semua orang harus sedar hakikat sebenar sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.
PAS juga harus menerima kenyataan ini..ada benarnya kata-kata ustaz nor deris itu..apa lagi yang PAS nak pertahankan dengan DAP n PKR yang terang-terang hanya memecah-belahkan umat Islam khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
betapa 'power' nik aziz smpai smua kptusan dlm pas dia yg tentukan,, betapa taksub pny0k0ng nik aziz smpai sggp gaduh 1 kg,, patut tubuh 'parti nik aziz' tr0s jerr,,
PAS = NIK AJIS
PKR = ANUAHHHHHH
KEDUA DUANYA DISEMBAH = DEWA
DAMMMMN YOUUU !
Berikut ialah sebahagian daripada sedutan rakaman video itu:
Sambil menunjukkan jari ke muka masing-masing
Mohd. Nor: Mu (kamu) la berkawan dengan DAP.
Nik Aziz: Oh, selagi UMNO berkawan dengan MCA... selagi UMNO berkawan dengan MCA.
Mohd. Nor: Yahudi nak berkawan dengan Nabi Muhammad masa di Madinah dulu.
Budak mencelah sambil menjerit suruh kedua-dua berhenti bertengkar: "Jangan gaduh!"
Mohd. Nor: Siapa yang ahzab (puak-puak) sekarang ini, siapa dia ahzab, siapa dia?
Mohd. Amar (Exco kerajaan Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah) meminta kedua-duanya bersalam.
Nik Aziz: Tak payah salam.
Mohd. Nor: Aku pun tok sir (tak mahu) salam dengan mu (kamu).
Nik Aziz: Aku tok sir (tak mahu).
Mohd. Nor: Kalu (kalau) masuk UMNO, aku dakap (peluk) denganmu.
Mohd. Amar minta Mohd. Nor bersabar kerana mereka datang bukan hendak berbahas.
Mohd. Nor: Sama dengan ambo (saya) pun.
Mohd. Amar: Kita bukan hendak berbahas, kita mari (datang) nak ziarah, kalau nak berbahas dengan ambo pun tak apa.
Nik Aziz pada ketika ini dilihat duduk atas kerusi tetapi Mohd. Nor kembali berdiri.
Mohd. Nor: Kalu (kalau) Lim Kit Siang perintah Malaysia anak generasi-generasi kita jadi anjing suruhan DAP.
Mohd. Amar: Kita bahas semula (kemudian).
Mohd. Nor: Semula tak semula pun, biar taubat sebelum DAP perintah Malaysia.
Nik Aziz: Mu dulu (taubat), dulu mu orang Pas.
Mohd. Nor: Mu orang Pas juga, aku taubat dah hari-hari (setiap hari).
Nik Aziz mencelah lagi menyuruh Mohd. Nor bertaubat dulu.
Mohd. Nor: Hey, mu nak kafir (kafirkan) dengan ayat Wa'tasimu bihablillah hijamiia' wala tafaraqqu (surah Ali-Imron, ayat 103).
Mohd. Amar: Dengar dulu ambo nak ghoyat (cakap), duduklah.
Tetamu dalam rumah itu turut meminta Mohd. Nor duduk.
Mohd. Amar: Ustaz dengar ambo ghoyat, kita sama-sama di rumah orang, bukan rumah kita, malu ko (kepada) tuan rumah...mari (datang) dengan izin tuan rumah.
Mohd. Nor: Saya duk (datang) sini doh (dah), tuan rumah izin doh.
Mohd. Amar: Tak pe sebab itu kita tanya khabar lagu mana (macam mana), sama-sama tetamu kita buat adat sebagai tetamu.
Mohd. Nor: Adat Nabi Muhammad kalau nak kafir, lagu mana? Kalau nak munafik lagu mana?
Mohd. Amar: Lepas ini, lepas ini!
Mohd. Nor: Lepas ini, tunggu bila? Tunggu kafir (DAP) perintah Malaysia dulu...ahzab-ahzab ini, siapa ahzab Malaysia ini...panggil Haji Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), panggil Ustaz Nik Aziz, bincang sesama Islam, jangan kembali kepada DAP dan PKR.
Nik Aziz kemudian bersembang dengan keluarga Omar. Antaranya beliau bertanya tentang anak-anak Omar selain bertanya mereka kerja di mana.
Post a Comment