Monday, October 18, 2010

Universiti Nanyang: Pelan Terancang Usir Orang Melayu


15 Ogos 2010, kerajaan DAP Pulau Pinang telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting Balik Pulau di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah untuk membina kampus University Nanyang di Pulau Pinang. Semalam, 100 orang penduduk di Kampung Genting telah membantah cadangan Lim Guan Eng untuk mengambil tanah orang Melayu dan membina kampus University Nanyang.

'Kami tak mahu P. Pinang jadi macam Singapura, ada faham!!', 'Mana CAT hang Guan Eng, cakap tak serupa bikin' dan 'Kami tak rela tanah kami dirampas, langkah mayat kami dulu! Guan Eng perampas tanah Melayu', berikut adalah antara sepanduk yang dipaparkan oleh penduduk kampung yang marah terhadap Lim Guan Eng.


DAP mahu membayar harga tanah yang murah dan rendah berbanding pasaran kepada penduduk kampung. SPRM perlu menyiasat kenapa pemaju mahu membeli dengan harga yang rendah. Pembinaan Universiti Nanyang ini adalah satu pelan terancang untuk mengusir keluar orang Melayu dari Pulau Pinang. Sila lihat siapa yang kuasai Universiti Nanyang (baca sini). Balik Pulau adalah parlimen yang majoritinya Melayu di bahagian pulau. Usaha DAP untuk membina Universiti Nanyang atas nama Education Hub sebenarnya adalah untuk menguasai keseluruhan kawasan pulau agar DAP boleh menguasainya secara mutlak. DAP semakin rakus untuk berkuasa. Apa yang memalukan, yang membantu usaha DAP ini adalah orang Melayu sendiri. Kerana umpan kemewahan, tanah Melayu akan tergadai.

9 comments:

Anonymous said...

Nanti akan keluar yang orang UMNO sogok untuk buat demo ni.. Kesian "air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak akan jadi milik orang"...

Kesian aku tengok member aku penyokong tegar puak PAS kat Penang... Dok rumah dah la sempit, ada pintu depan je, pintu belakang tak ade,... Ruang tamu kalau masuk 10 orang, nak duduk buat tahlil pun tak muat,...

Ini kah rumah ku syurga ku puak PAS...

Kesian....

Anonymous said...

Aku dah kata....Melayu mudah lupa yang terseksa semasa zaman British, zaman kominis dan zaman jepun.Malaysia tanah kepunyaan Melayu hendak dirampas dengan rakus oleh agen2 bangsat ini. Melayu P.Pinang perlu bangkit dari sekarang dan jatuhkan kerajaan chauvenis Cina LGE ini.Apa tunggu lagi.........

Anonymous said...

tunggu apa lagi ganyang laaa bodo piang laa korang nie dok demo apa dapat ....take out both of u muahahhaah

Anonymous said...

renungkan kate-kte ini : aku boleh kasi Malaysia bebas dengan komunis, tapi aku tetap dengan pemahaman aku.x kan luput...siapa cakap? ape tindakan yang akan di ambil kalo x boleh kuasai malaysia secara kekerasan. inilah carenye...hrmmmmm...anak melayu..,

Hariz Hussein said...

salam saudara..
minta izin link kn post ini ke blog saya...
penulisan yang mantap dan berkesan..
harap dpt diberi tunjuk ajar...
saya telah memasukkn blog saudara dlm blog pilihan saya..
harapan juga agar saudara membantu saya mempromosikn blog sesat jalan bertanya

hariz hussein
blogger sesat jalan bertanya

SHIAR ISLAM said...

Kita perlu belajar dari sejarah. Bagaimana nasib Pribumi dan Ummat Islam di Singapura. Regim PAP membeli dengan harga murah tanah ummat Islam seperti disekitar Masjid Sultan dan lain-lainnya dan kemudian disitu dibangun bangunan mewah dan dijual atau disewakan dengan harga yang jauh lebih mahal. Inilah yang berlaku bila musuh telah berkuasa, peribumi semakin terdesak dan gigit jari sahaja.

Anonymous said...

Salam, kawanx tanah orgx melayu di PP tu habis dirampas oleh siapa agaknya. PR baru 2 tahun memerintha PP takkan dah habis tanahx org melayu dirampas.Cuba lihat zaman UMNO ada ka tidak tanah orgx melayu dirmpas.Rasaxnya ada tapi sebab UMNO yg buat semua boleh kononnya demi kemajuan la katakan.Untuk Shiar Islam cuba anda fikirkan selama ini kebanyakan tanah milik org melyu terhakis oleh kerana siapa. Sipakah yg berkuasa selama 53 tahun adakah PR atau UMNO.Kenapa UMNO tidak boleh mempertahankan harta orgx melayu.Awak bangkitkan masalah tersebut tetapi masalah tersebut berpunca dari siapa.Selama 53 tahun adakah org yg tidak berkuasa senangx merampas tanah orgx melayu, sudah tentu tidak sebaliknya merekax yg berkuasa sahaja.

Anonymous said...

Nama bangsa tu pun dah lemah, MELAYU, so layu-layuan le. Apa nak buat. orang Melayu jugaklah yang beri nama Melayu ni dan yang nak pertahankan Melayu yang dah nak layu ni. Apa-apa pun ada Pemimpin Teratas Melayu yang memang dah layu-layuan, tidak berani ambik tindakan kalau berkaitan nasib orang Melayu, tapi jadi champion untuk bangsa lain. Kita tengok bila isu Interlok, kedua-dua pemimpin teratas Melayu heboh dalam akbar Melayu, keluar kenyataan seolah tunduk kepada tekanan. Tapi bila isu MY Balik Pulau dan University Nanyang, takde nampak muka batang hidung deme. Kena beli ke?????

Anonymous said...

heh....politik ni sume gila kuasa jer
sume da kene racun dek sistem kapitalis...
ape pemimpin paham pasal orang bawah?
dok pon umah banglo 2-3 juta harge.....
yg rakyat ni jgn kate la umah, kekadang tinggal kat tepi tangga pon ade.......
pastu dorg nk kate yg dorg da FAHAM masalah kite? GI MAMPOS LA BN KE PKR ke...