Tuesday, October 19, 2010

Kampung Buah Pala 2 di Ijok

18 Oktober 2010, 24 keluarga di Ladang Coalfield, Sungai Buloh, Ijok telah diberhentikan kerja. Ladang mereka dijual untuk dibangunkan kawasan perumahan. Kawasan tapak rumah mereka akan dibangunkan oleh pemaju. Penduduk diarahkan berpindah ke rumah kos rendah yang berharga RM42,000. Penduduk tidak berpindah kerana gagal membuat pinjaman untuk membeli rumah tersebut, disebabkan oleh faktor pekerjaan dan usia. Penduduk telah berbincang dengan Xavier Jayakumar, namun hasilnya buntu. Penduduk diarah juga untuk berpindah agar projek perumahan dapat diadakan oleh pemaju (baca sini).


Kami sudah tiga generasi tinggal di estet ini. Kami desak supaya diberi pampasan sewajarnya dan jangan aniaya kami sebegini,” kata R. Lobat, wakil penduduk di situ. Penduduk kesal dengan kenyataan Xavier Jayakumar dalam Selangorkini, edisi Oktober, mukasurat 15 yang mendakwa pihak pemaju telah bersetuju membayar pampasan berjumlah RM30,000 kepada penduduk terbabit. Xavier didakwa berbohong kepada penduduk. Malah penduduk turut terkilan kerana ADUN Ijok iaitu Khalid Ibrahim tidak mempedulikan nasib mereka.


Apa yang berlaku terhadap 110 orang penduduk di Ladang Coafield seolah ulangan apa yang berlaku pada 23 keluarga di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang. Rumah mereka dirobohkan akhirnya untuk pembangunan. Lim Guan Eng lepas tangan dan tidak mengendahkan nasib mereka. Nasib 24 orang keluarga di Ladang Coafield cukup memilukan, mereka teraniaya kerana sikap ADUN dan Exco yang hanya pandai berjanji dan mencari publisiti. Inilah politik cara DAP dan PKR bila mereka memerintah sesebuah negeri. Keuntungan didahulukan kroni diutamakan. Rakyat dianiaya untuk kayakan pemaju.

1 comments:

Anonymous said...

Zaman UMNO lagi teruk daripada ni tanah milik orgx melayu sendiri dirampas. Merekax ni hanya pekerja ladang, rumah dan tanah yg mereka duduk tu serta ladang milik syarikat tersebut terpulang kepada syarikat tersebut nak memajukan tanah tu dengan cara apa pun.Tapi zaman UMNO terangx tanah milik org melayu habis dirampas.Cuba lihat di Melaka kerana nak melebarkan jalan Surau dan Taski menjadi korban.Di Terengganu tanah yg diberikan kepada rakyat semasa PAS memerintah di rampas dan masjid dirobohkan semasa UMNO menawan semula terengganu.Minta tolong pemilik blog ni menulis isi ini di blog beliau sekiranya kononxnya UMNO memperjuangkan hak org melayu Islam.