Monday, October 25, 2010

Demi Undi: Hatta Ramli MengGalas DAP


Apa sudah jadi dengan Ahli Parlimen PAS Kuala Krai, Hatta Ramli? Sibuk benar nampaknya Hatta Ramli menggantung lambang DAP di tiang elektrik menuju ke Parlimen. Apakah sudah habis ahli-ahli DAP hinggakan Hatta Ramli kena gantung lambang roket di situ? Beginilah jadinya bila PAS hanya ada 24 kerusi berbanding DAP yang ada 29 kerusi dalam parlimen. Disuruh apa pun, PAS kena ikut. Sudah sanggup jadi "kuli" DAP nampaknya.

Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) dan Lim Lip Eng (Ahli Parlimen DAP Segambut) turut sama memperbetulkan lambang parti DAP bersama dengan Hatta Ramli. PAS sudah sanggup menggadai prinsip "Membangun Bersama Islam" untuk menagih bantuan DAP di Galas. Apa yang DAP suruh akan digalas juga oleh Hatta Ramli. PAS sudah letak ketepi soal prinsip dan maruah partinya kerana mahu bantuan DAP. Padahal roket chauvinis itu hanyalah mahu menembak bulan semata-mata. Apa yang bulan minta, roket tidak mahu ikut pun. Roket minta bulan langkah badannya dulu tapi bulan mengalah kerana tidak cukup kerusi. Menggalas apa yang disuruh untuk tagih undi dari DAP.

7 comments:

Anonymous said...

haiya,

banyiak bolo la ini olang.
jali kuli loket.

stupid dumb dumb....hahahaha

Penyokong said...

Mohon bantu promosi blog Galas untuk BN. bngalas.blogspot.com

Terima kasih.

- Galas untuk BN -

maha2020 said...

Inilah "kebijaksanaan" PAS dalam berpolitik. Kononnya mahu bertindak sebagai "big brother".

Apabila isu berkenaan dengan pemerintahan DAP di Pulau Pinang, yang membadutkan diri menjawab isu adalah PAS, padahal jika ada kes di Kelantan jangan harap DAP membuka bibir sekalipun.

Malahan jikalau ia bersangkut dengan kepentingan dan kebudayaan Cina disentuh, maka tentulah PAS pun akan diterkam DAP, contohnya kes ladang babi di Kedah sehingga wakil DAP tidak mahu bersama dengan kerajaan PAS Kedah.

Inilah kebijaksanaan PAS dalam berpolitik.

~Maharaja Zhou~

hangkedee said...

Bodoh sombong susah nak ajar sebab tahap kesombongan di perigkat gaban

akureformasi said...

Salam,
Ada masalah ke nk tolong gantung bendera DAP tu..?

Ntah pape ntah punya isu..

Anonymous said...

Woi akureformasi, nak tolong gantung memang tak ada masalah, tapi yang tolong gantung tu memang bermasalah sebab sanggup diperkudakan DAP haram jadah ..tau dak?

Anonymous said...

UMNO tu lagi haram jadah kata nak memperjuangkan nasib orgx melayu tapai kat Kelantan,Kedah tu ramai orgx melaytu tapi kenapa dianak tirikan.Kat Pulau Pinang habis tanah orgx melayu masa zaman UMNO la.Itu orang UMNO sendiri mengaku.Masa UMNO dulu depa x perasan tanah orgx melayu dah habis dirampas tapi baru 2 tahun PR pegang Pulau Pinag baru UMNO perasan tanah orgx melayu dah berkurangan di PP tapi masih x mengaku itu kerja UMNO tetapi kata PR yg merampas tanah melayu.Punya la bodohnya UMNO ni dah tu nak perbodohkan org lain pula.Hanya orgx UMNO saja boleh diperbodohkan oleh UMNO sebab memang UMNO ni bodoh piang.