19 Oktober 2010, seramai lima orang ahli parlimen DAP telah membuat bantahan terhadap pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat di tapak cadangan pembinaaan lokasi tersebut. Ahli ahli parlimen DAP tersebut menyatakan pembinaan menara 100 tingkat itu membazir wang rakyat. Berbagai alasan dicipta dan fan pages di facebook diwujudkan untuk menunjukkan rakyat juga sependapat dengan mereka.
Apakah projek 100 juta ini tidak membazir? Kenapa ianya diluluskan secara tergesa-gesa?
Tanah seluas 337.9 ekar telah diluluskan di Kuala Langat dalam Mesyuarakat Exco Selangor pada 18 Februari 2009 untuk membina kandang mega khinzir bernilai 100 juta. Tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting Balik Pulau diambil oleh DAP menurut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah untuk membina kampus University Nanyang di Pulau Pinang. Tanah orang Melayu diambil dan diusir untuk bina dua projek mega DAP ini. Biarpun rakyat memprotes namun projek ini tetap mahu diteruskan. Duit rakyat digunakan oleh DAP untuk bina projek mega yang untungkan kroni mereka.
17 Mac 1978, PNB ditubuhkan sebagai instrumen untuk memacu Dasar Ekonomi Baru. Untuk memacu persekitaran baru menjelang 2020, PNB perlukan metodologi baru untuk menghadapi cabaran mendatang. Membazirkah melabur untuk potensi baru pekerjaan rakyat pada masa hadapan? Tahukah DAP siapa yang bebaskan Guthrie dari penjajah?Menara Warisan Merdeka dibina oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). DAP tidak suka sebab PNB majoritinya adalah orang Melayu. DAP bersikap rasis bila orang Melayu mahu membina dan membuat sesuatu. Bila DAP berkuasa habis duit rakyat digunakan untuk bangunkan kandang, lot tanah kubur dirampas untuk pembangunan, tanah dipajak hingga 999 tahun, rumah orang Melayu dihalau untuk pembangunan. Apakah ini tidak rasis? Mengapa tidak melihat wang rakyat hasil cukai itu disalurkan untuk memberi elaun kepada ribuan imam sejumlah RM750 sebulan. Cara pemikiran pembayar cukai perlu lebih inklusif, jangan hanya terperuk dengan persepsi yang dimomok oleh pembangkang sahaja. Bia siap menara ini, DAP pula yang beriya iya hendak menjajah menara itu. Segalanya tidak membazir bila sudah siap nanti.





6 comments:
Dulu mereka semua kata projek Putrajaya kerja gila dan pembaziran..sekarang ni mereka tak sabar nak melangkah ke sana..
Pencinta Mao Tze Dong dan Chin Peng sememangnya pembenci Melayu dan Islam....di negara ini! tak percaya lihatlah dengan mata-hati!
Entahlah dia orang semua bantah patutnya mereka minta Najib bina bangunan 350 tingkat ...Malaysia bolehhh
sedihnyer bangsa kita terikut rentak mereka...
http://menarawarisan.blogspot.com , hantar petisyen anda disana.Setuju atau tidak setuju.
http://menarawarisan.blogspot.com, the place where pros and cons flock together!
Post a Comment