Friday, September 24, 2010

Tun Dr Mahathir: Pesanan Berguna Buat Orang Islam

Nizar Jamaluddin (bekas Menteri Besar Perak) dikelilingi majoritinya adalah ADUN DAP.

"Kita lihat (Datuk Seri) Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan DAP sehingga (pakatan pembangkang) jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina. Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” kata Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 24 September 2010.


Bukti DAP mahukan Ngeh sebagai MB Perak. (baca sini)

12 Mac 2008, Kit Siang mengarahkan semua ADUN DAP Perak memboikot perlantikan Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak. Kit Siang sebenarnya tidak setuju Nizar menjadi Menteri Besar Perak. Kit Siang mahukan Ngeh Koo Ham pada awalnya sebagai MB. Selepas Perjanjian Pangkor 2, barulah DAP bersetuju untuk Nizar menjadi MB dengan syarat majoriti Exco DAP dalam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Apa yang berlaku di Perak tidak mustahil berlaku dalam situasi politik negara. “Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya Perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi Perdana Menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa.” kata Tun Dr Mahathir lagi.


DAP yang mendominasi parti pembangkang sekarang dengan 29 kerusi parlimen. Dalam PKR, ada 9 wakil rakyat bukan Islam, menjadikan jumlah wakil rakyat bukan Islam adalah 38 orang. Manakala 39 orang adalah wakil rakyat Islam daripada 77 ahli parlimen pembangkang. Wakil rakyat Islam hanya lebih satu berbanding bukan Islam dalam pembangkang. Ini menunjukan setiap undi untuk menangkan pakatan pembangkang bukan menguatkan Islam. Yang menjadi kuat dan meminta memansuhkan hak orang Islam adalah DAP.

Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana parti yang dominan jika menang pilihan raya boleh memilih wakil rakyat dari kalangan mereka untuk menjadi Perdana Menteri. Siapa yang akan terpilih menjadi PM dari kalangan parti pembangkang? Sudah tentu dari DAP yang menjadi majoriti dalam pakatan. Tidak mustahil kebimbangan Tun Dr Mahathir ini terjadi. Bersamalah menyedarkan rakan seagama dan sebangsa agar tidak ditipu oleh DAP. Jangan menyesal kemudian hari sesudah DAP menjadi Perdana Menteri.

8 comments:

Anonymous said...

Lepas Cina DAP jadi Perdana Menteri, orang Melayu menagis air mata darah pun tak jadi apa dah.

Pemerhati said...

Melayu mudah lupa ...........

Cata1yst said...

Pada semua yg dah baca artikel ini sila kaji berkenaan parti DAP ini dan hubung kaitnya dgn parti PAP Singapore... Sila kaji berkenaan freemason dan keadaaan negara Singapore di mana faktor-faktor peyebab kepada hukum alam yg telah meyebabkan Singapore telalu mendesak dan melabur kepada parti DAP ini sebgai menjadi parti tunjung di Malaysia, Sekian

Anonymous said...

Mamak mudah ingat. Kalau PR perintah jer Cina jadi PM. Islam akan hancur..???
Sampai bila lah orang melayu nak jadi bodoh atau diperbodoh-bodohkan?

Kalau PR perintah semua penyelewengan oleh kerjaan Umno/Bn akan terbongkar..Itu pasal Umno/Bn bermati-matian nak mempertahankan kuasa walau cara apa pun.

DAP bukan bertanding disemua kerusi. Parti komponen PR dikuasai oleh Melayu. PAS dan PKR

Yang di Pertuan Agong adalah Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera. Anggota tentera dikuasai oleh Melayu. Walau siapa pun memerintah pasti Melayu juga berkuasa di Malaysia.

Muhammad said...

Pemberitahuan - Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad
Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama' antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. Selain mereka, beberapa lagi ulama' dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu 'YAKIN' dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan Al-Imam.


Tarikh

Zon Utara (Kumpulan A)
Zon Timur (Kumpulan B)

09 Oktober 2010
Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis


12 Oktober 2010
Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan

13 Oktober 2010
Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
Masjid Besar Geliga, Cukai, Kemaman, Terengganu

14 Oktober 2010
Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang


Zon Sentral

15 Oktober 2010
Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur

16 Oktober 2010
Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor

17 Oktober 2010
Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor


Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)
Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)

18 Oktober 2010
Masjid Jame', Bandar Maran, Pahang
Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor

19 Oktober 2010
Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
Masjid Al-Adzhim, Bandar Melaka, Melaka

20 Oktober 2010
Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor

21 Oktober 2010
Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
Masjid Layang-Layang, WP Labuan


Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)
Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)

22 Oktober 2010
Masjid Wan Alwi, Kuching, Sarawak
Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak

23 Oktober 2010
Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur

24 Oktober 2010
Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor





Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat. Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.

Majlis di Melaka belum dipastikan lagi.

Sila santau semula jadual diatas kerana kemungkinan adanya apa-apa perubahan yang terpaksa dilakukan.




Sebarang pertanyaan boleh di kemukakan ke hak@alhawi.net
http://pondokhabib.wordpress.com

Anonymous said...

aku pnah dgr cina ckp..klu org(anwar ibrahim) ini haa jd pm, kita byk senang woooo...aku jd mnyampah sgt kt PR dan melayu yg mnyokong sume ni..

SHIAR ISLAM said...

Ummat Islam khasnya di Malaysia perlu berhati-hati terhadap musuh nyata yang tidak ingin melihat Islam dan Ummatnya mencapai kejayaan di Malaysia. Hal ini nyata dapat kita saksikan apa yang telah mereka lakukan ditempat-tempat yang telah mereka kuasai sepenuhnya. Lihat bagaimana nasib ummat Islam, apabila mereka menjadi penduduk Minoriti. Berbagai kezaliman telah berlaku. Lihat apa telah terjadi terhadap ummat Islam Palistin, negara mereka diceroboh penduduk aslinya diusir dari tanah airnya. Masjid tempat ibadah ummat Islam seperti Masjidil Aqsa pernah dibakar, hanya orang tua yang dibenarkan beribadah dalamnya. Semenjak tahun 1948 hingga kini, telah mencapai lebih dari 62 tahun ummat Islam dianiaya, mereka menjadi pelarian di tanah air mereka sendiri. Hal seperti ini juga telah berlaku di Negara lainnya bila penduduk Islamnya mminoriti. Sebaliknya bila pihak lain menjadi minoriti mereka dapat hidup mewah dan selesa dikalangan ummat Islam. Dimana letaknya keadilan. Semua ini patut menjadi pelajaran bagi kita semua, supaya tidak mudah berkawan dan bekerjasama dengan musuh yang ingin membinasakan kita.

man said...

MCA tu cina kapir juga kan dan MIC tu india kapir juga kan serta GERAKAN cina kapir juga. Adakah mereka ini boleh dipercayai 100% tidak menyimpan perasaan benci kepada mealayu Islam.Adakah mereka ini ikhlas bersatu dengan UMNO atau hanya sekadar hendak berkuasa. Tolong jelaskan.