"Jangan larang siswa ikuti kes bini puaka" ini tajuk dalam Malaysiakini pada 23 September 2010. 24 September, sekumpulan lima orang pelajar Universiti Malaya akan didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas tuduhan menyimbah petrol dan menconteng di bawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan. Ceritanya, esok sekumpulan mahasiswa pro pembangkang mahu membuat penghakiman sendiri di luar mahkamah dengan cara berdemonstrasi untuk memberi sokongan kepada lima orang mahasiswa yang dituduh tersebut.Kalau tuduhan itu tidak benar, lawanlah secara perundangan. Mengapa perlu memainkan sentimen "puaka" dan tiadanya demokrasi dalam isu ini. Tahukah orang yang mahu berdemo itu, apakah kes sebenarnya yang berlaku? Kesnya bukan puaka tetapi kes conteng. Ianya telah diputar belit secara jahat oleh media pembangkang. Ini bukan kes conteng yang pertama berlaku, sebelum ini pun ada kes seperti itu (baca sini).

Pada 24 Jun 2009, sekumpulan mahasiswa pro pembangkang disyaki telah bertindak menconteng perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebagai tanda protes kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor ke Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya untuk merasmikan "Power of 10 Sen : Gaza Di Bela". Apakah wajar pembelaan untuk kanak-kanak Palestin disambut dengan tulisan caci dan kesat? Apakah kumpulan tersebut tidak suka wang dikutip untuk membantu kanak-kanak di Palestin?. Siapa yang puaka sebenarnya?
(Gambar di dinding, tulisan telah dipadam dan dicat semula). Menurut laporan polis, perbuatan menconteng dan menyimbah petrol di permaidani dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng, dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian. Ini bermakna perbuatan ini telah dirancang. Polis masih mencari tiga orang yang disyaki untuk tampil membantu siasatan iaitu Shazni Munir Ithnin (Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM), Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani (baca sini). Jika tidak bersalah, mengapa mereka takut untuk tampil membantu siasatan polis.Esok adalah perbicaraan untuk lima orang yang terbabit. Undang-undang ada di negara ini. Menconteng, menyimbah cat atau perbuatan jenayah yang lain semuanya akan menerima hukuman yang sewajarnya. Tidak boleh meletakkan emosi melebihi undang-undang yang sedia ada. Jika didapati bersalah, pelajar lain sewajarnya tidak mengikut perbuatan-perbuatan subversif sebegini yang boleh menjejaskan nama baik universiti dan keluarga pelajar. Mahasiswa jangan mudah terpedaya dengan dakyah putar belit media pembangkang yang mensensasikan cerita untuk menghasut pelajar membuat demonstrasi. Berfikirlah secara waras. Membela sesuatu yang tidak benar adalah lebih tidak waras.





15 comments:
Kuat betul mereka membela Altantuya tu. Bagaimana dengan Dato Susilawati dan 3 yang lain; tiada perarakan pembelaan ke.
salam,
inilah namanya melayu islam yg mudah dpesongkn jatidiri mrk trutama bila dpengaruhi olh pmbangkang. otak mrk ni dah tk blh menimbang ant kbenaran dgn fitnah. apakah ini dkatakn mahasiswa melayu islam? apakah ini rupa mahasiswa harapan ibubapa, msyarakat kg mrk, bangsa, negara & agama? jauh sekali hakikatnya!
tidakkah tindakan 'barbaric' mrk(mcm org zaman batu duduk dlm gua conteng2 dinding!) mnampakkn yg mereka lbhkrg sama shj dgn anak2 cina yg menyimbah cat di surau tu? kalau tdk, mungkin mrk akan utamakn ajaran islam yg mlarang hambanya mgkhianati kemudahan(dinding bangunan) yg diberi, apa lg itu hak awam yg ddirikn olh kerajaan pusat utk semua penuntut. mrk jg tak dpt mnimbang natijah perbuatan mrk menelan bulat2 fitnah keatas PM & isterinya.
apa yg kamu conteng tu mungkin dah dipadamkan tetapi di akhirat kelak contengan2 kamu itu akan Allah tunjukkan kepada kamu kembali sebagai neraca/pertimbangan perbuatan kamu sendiri...yg bersubahatpun akan ditunjukkan juga. macam mana nak padam/lari?
adakah mrk begitu yakin dakwaan palsu RPK(yg tidak islamik sedikitpun kerana berpoya2 dgn perempuan2 mat salleh di eropah & suka mabuk2, isteripun 2x5 kaki sosial; sedangkan dia dikehendaki oleh polis utk brtanggungjwb terhadap fitnahnya, jika manusia pengecut ini dijadikan contoh, rosakla anak2 melayu kita!!!) & sumpah palsu bala p.i. yg direka oleh konco2 nwar penuh putarbelit walhal bala tidak pandai menulis@berbahasa dgn baik. stlah buat dajjal, lari ke london & dilindungi pula oleh nwar & pr. sayang..orang2 pr sgt suka kpd penglipurlara mabuk ini!!!
apa kata jika perkara yg sama menimpa mrk sendiri @ ibubapa mrk yg mungkin dfitnah, sesenang mrk mnfitnah orang lain? jgn bila dah terhantuk, baru nak tengadah. tak payahla terlalu yakin bahawa kamu semua benar. jika kebenaran yg kamu cari, lihatlah kembali kedlm diri sendiri. adakah kamu semua penuntut cemerlang? berwibawa? mampu mengawal peribadi sendiri? beriman? jauh sekali! orang2 yg beriman tdk bertindak mlampau spt awak semua...jgn nanti di masa depan anakcucu malu mengaku ada pertalian dgn awak semua yg dangkal akal, suka brtindak melulu...tk fikir panjang sblm bertindak. kan dah malu satu negara? kalau tidak diejek oranglain, mujur. tapi rasanya lepas ni orang2 kg akan berkata anak sapa tu perangai buruk begitu? pelajar universiti mana yg pendek akal tu?
apakah kamu semua tidak mempunyai rasa kesal sedikitpun memburuk2kan isteri pemimpin negara? sempatkah kamu meminta maaf kpd isteri PM sebelum kamu menutup mata? kerana manusia ni jika berdosa dgn Allah, Allah akan ampunkan tetapi jika berdosa dgn manusia, selagi manusia tu tidak memaafkan kamu, susahla kamu utk memejam mata!!!! dah banyak kisah & teladan begitu ada dimuka bumi ni..
insafla.. apakah dgn bertindak begini kamu dapat menyatakan kebenaran? maafla..makin dibenci ramai orang adala. yg suka dgn tidakan kamu hanyalah orang2 seperti kamu..pendek akal & kurang beriman......
padan le universiti ni makin hari standard makin tercorot...student berpolitik lebeh rupanya..
sape dak yg dtg sok mmang bodo!!
ataupon 'blagak pndy'!!
org kt sni sebok ngn exm ngn signment
ko sebok2 g nyokong org 2
Masuk la Universiti PAS..
Boleh dengar ceramah kutuk Najib hari2 & conteng dinding..
Nik Ajis Halalkan..perbuatan Mulia.
terajang keluar je dr UM tu. masih byk anak2 melayu lain yg nk belajar. suruh je mereka tu pegi berpolitik ngan PAS je.
nilah anak2 tak sedar diri, dpt masuk belajar tu dh bertuah dan patut bersyukur, ni tidak dok sibuk berpolitik spai fail exam.padanlah dgn pentadbiran UM pun dok biar sgt pelajar2 berpolitik....
Ada antara mereka tu aku kenal keluarga mereka. Kesian mak bapak mereka
Hmmm..Berpolitik sampai ke menara gading..berpolitik boleh di "U", tp kenalah dgn ape yg dipolitikkan cthnye, politik utk sama2 dpt 4.0 CGPA ke, politik buat assignment ramai2 ke, atau yg baik utk diri sendiri dan org ramai..
Tapi kalo dah berpolitik mcm org yg tak de otak, baik blk kampung jek..tak abiskan duit mak bapak, duit Kerajaan, dan tak menyesakkan "alam sekitar"..
Mcm manalah Negara nak maju, kalau hari2 sibuk ngan politik. Org lain dah jauh meninggalkan kita disebabkan politik bodoh kita sendiri... mase nak pilihanraya, jenuh buat janji2 yg amat baik diatas kertas sahaja, tapi nak menjadikan kenyataan hanya lah angan2 kosong, disebabkan politik bodo..
Guna akal fikiran yang waras supaya diri tak terbabas...
esok berkesempatan ke kl urusan keja part time...boleh sambil2 tgk budak2 ni berdemo...klu aku jumpa budak2 sama tmpt aku study ni mmg dah tepgaruh la...
aku naik peliklah, x habis2 lg budak U ni buat hal..apalah sgt nk kecoh smapi nk berhimpun..dok buat tugasan lagi baik, kang minta tangguh nak hantar plak..ni da nk hujung semester..adoi...
Adakah begini cara didikan Rasullullah terhadap anak muda ketika menjadi pemimpin? Atau inikah cara anak muda berjuang dizaman Rasullullah? ... Jgn diburukkan peribadi Rasul dgn berkata perjuangan kamu spt perjuangan Rasullullah sedangkan kalau Rasullullah masih hidup sudah teru baginda sangat sedih apabila nama baiknya dicemari sebegini rupa oleh umatnya sendiri yang TAKSUB pada ideologi kepartian mengatasi mencintai ukhwah sesama muslim
Terajang keluar aje budak2 4 ekor tu...mak bapak hantar suruh belajar..ni tidak belajar lain lak..ni la anak melayu..jenis tak kenang budi.....suruh depa masuk pas/pkr atau DAPig.....
berita terbaru mereka didapati tidak bersalah oleh mhkamah,,,semua gembira,,,,pertanyaan di sini,,,siapa yg menconteng di tembok tersebut...,bahan api apa
yg di gunakan untuk membakar,,,
MISTERI pulak kes ni,,,pendakwa tk cukup bukti...agaknya,,kalau kes kematian,,,org yg membunuh terlepas hukuman,,sebab tk ckup bukti dakwaan,tak ada saksi,,,orang buat benda tak betul takkn lh,,nak buat di tengah2 ramai orang,,,,apa daaaa
kerajaan mebi akan lebih berhati2 memilih student masok u. duh~ like i care. tapi, ape yg student tu buat memang macam budak tak skolah je.
haa bebudak tu dah terbukti tak salah ? ape lagi yang korang nak pusing...kaki pusing...nak suruh keluar universiti...sapa nak masuk? anak2 korang ke adik2 korang? belajar tinggi ke? aku tengok umno tempat aku semua jawatan besar majoriti blajar spm je paling tinggi camne nak masuk u kalau spm pun SAP je ? nih la Umno dengki no satu...salah ke bebudak tu benci pemimpin islam yang isterinya tak pakai tudung? hahahahah umno yang islam katanya...buat la solat hajat agar isteri PM kita pakai tudung oii!!! permaisuri elok dah pakai tudung tu...
Memang patut dipanggil puaka Islam pun dia sanggup hina.Buat pertunjukkan fesyen Islam konon tapi mendedah aurat itu bukankah namanya menghina Islam.Najib nak perbanyakan hub hiburan habis 1Malaysia puakx UMNO sokong konon utk tramformasi ekonomi biarpun benda mendatangkan keburukan asalakan UMNO buat semua halaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaal.Kalau DAP yg cadangkan org pertama yg jadi hero pembela adalah UMNOoooooooooooooo.
Post a Comment