Wednesday, September 22, 2010

Ngeh Koo Ham Pertikai Hak Istimewa Orang Melayu

Ngeh meneruskan tradisi mempertikaikan perkara yang berkaitan Melayu. Pada 27 Mei 2008, selepas 2 bulan lebih menang di Pulau Pinang, Kit Siang mempertikai kenapa guna "Ketuanan Melayu" dalam parlimen. Kononnya guna "Ketuanan Melayu" itu tidak adil, apakah guna "Malaysian Malaysia" dan "equal for all" itu adil?


17 September 2010, Ngeh Koo Ham (Pengerusi DAP Perak) mempertikaikan Perkara 153, Hak Istimewa Orang Melayu dalam satu ceramah anjuran DAP Cawangan Aulong, Perak. Ngeh menyatakan Perkara 153 telah disalah gunakan oleh UMNO untuk mendapatkan keistimewaan lain seperti ekuiti koprat dan diskaun pemilikan hartanah (baca sini). Tindakan Ngeh ini adalah untuk menyokong usaha Tony Pua yang mahu mansuhkan diskaun bumiputera pada 26 Julai 2010.



DAP memang suka mempertikai hak dan keistimewaan orang Melayu. Sejak terlibat dalam pilihan raya yang pertama pada 1969, mereka sudah pun berkempen untuk mansuhkan Hak Istimewa Orang Melayu. 2008. DAP berjaya memerintah Pulau Pinang. Pertama kali semenjak menjadi parti politik di Malaysia, DAP berjaya menjadi Ketua Menteri di sebuah negeri di Malaysia. Ketika Nik Aziz sudah tidak bangga lagi menjadi Melayu, inilah saat terbaik yang dirasakan oleh DAP untuk menekan agar Perkara 153 dihapuskan terus. Tindakan DAP ini sebenarnya menyerlahkan niat sebenar mereka untuk menafikan hak kaum bumiputera di tanah air ini. Mereka berani kerana ada orang Melayu yang tidak bangga jadi Melayu terus menerus menyokong mereka. Amat malang orang Melayu mempunyai seorang yang dianggap Tok Guru tetapi tidak kisah bila bangsanya ditekan oleh DAP.

3 comments:

miqun said...

Mereka datang sini..
Kita dh layan elok2...
kita bgi sumanya..
pelajaran..kemudahan..
walaupun asal mereka dr tanah lain..
tapi..mmng dasar mnusia
x kenang budi!!

Mohammad Hafifi said...

org melayu sndiri mcm Nik Aziz sendiri menyokong dorg, so maknanya Nik Aziz memg sudah xnak jadi melayu...dia menyokong Malaysia Malaysia...org melayu memg cam gini, bila dah terhantuk baru nak tergadah...bila dah sakit luka baru nak menangis...

Daeng Danial said...

Kapir Lahanat ni mmg sengaja tiup semangat ni pada kaum Cina yg buta atau membutakan sejarah mereka di Tanah Melayu ni.